14

670 76 3
                                    


Rais mengangkat wajah melihat gerangan memberi salam,

"Waalaikummussalam, datang pun! Duduk-duduk."

Khalif terus mengambil kerusi di sebelah kiri seorang budak lelaki, mata melihat ke kanan dan perlahan senyumannya memudar.

Hanum..

Hanum makin cantik, tapi bukan raut wajah begitu yang dia ingin lihat. Sayu, sedih, mata yang menderita, perasan bersalah kembali berhurung di dalam diri.

"Khalif, ni kenalkan kawan saya nama Hanum."

Hanya Khalif yang melihat wajah Hanum, tapi wanita itu terus mengalihkan pandangan.

"Pakcik. "

Khalif melihat kanak-kanak lelaki di sebelah kanannya,

"Ya?"

"Pakcik ni..

Babah saya ke?"

Tiba-tiba Hanum berdiri.

"Hadi jom balik, Aisyah saya kene pergi dulu ada hal."

Tangan Hadi dicapai, namun belum sempat apa-apa lengannya yang berlapik pula dipegang oleh Khalif.

Hanum membesarkan mata,

"Hanum, makanla dulu. Saya order banyak ni.." Pujuk Aisyah yang turut berdiri.

"Hanum, please?" Wajah Khalif pula merayu.

"Lepas." Tegasnya senada sebelum kembali duduk.

Setelah steamboat siap dihidang, mereka mula membaca doa yang diketuai oleh Khalif sebelum semuanya mula menikmati hidangan.

"Ibu, nak bola-bola tu.." Hadi menunjukkan jari ke arah steamboat di depannya.

Hanum mula berdiri lalu mangkuk Hadi diangkat,

"Saya buat." Terus mangkuk dirampas oleh Khalif.

Hanum berdecit geram, apa masalah laki ni? Selesai mengisi, mangkuk diletakkan di depan Hadi, terus teruja budak tu tengok bebola memenuhi mangkuknya.

"Hadi." Panggil Khalif.

"Emm?" Mulut dipenuhi bebola.

"Ibu tu garangkan? Takut pakcik."

Hanum terus tersedak dan batuk beberapa kali, Aisyah cepat-cepat menghulurkan secawan air masak kepada Hanum.

"Ibu memang macam tu pakcik, tapi ibu baik."

"Owww centu, ibu ada boyfriend tak?"

Hanum menghempas sudu,

"Awak ada masalah ke dengan saya?"

"Eh, kita tanya je lek ah.." Khalif terus menyambung makan.

Wajah Hanum garang gila. Rais menggeleng melihat perangai tak semenggah Khalif, nak kata bangang kan doa pulak.

***

"Terima kasih Hanum sudi datang, saya dengan suami balik dulu ye? Bincang elok-elok dengan Khalif tu, dia tu sengal sikit saya tengok."

Hanum hanya mengangguk, mereka berpelukan sebentar sebelum Aisyah dan keluarga kecilnya berlalu.

"Hanum." Panggil Khalif.

"Saya nak min.."

"Ibu, Hadi nak berak." Terang Hadi sambil tangan memegang perut, habis berkerut dahi budak tu.

"Nak ibu teman ke?"

"Eh coii, orang dah besarla." Hadi terus berlalu ke tandas di restoren itu sendiri.

Apa ibu ingat dia tak pandai berdikari ke?

"Saya minta maaf."

Hanum hanya diam, malas melayan.

"Hanum, saya tengah berc.."

"Kau boleh diam tak? Ingatkan dah mampus, hidup lagi. " Kasar bicara Hanum.

Khalif mengeluh, dia tahu bukan mudah untuk Hanum menerima, melihat seseorang yang telah memusnahkan hidupnya kini berada di depan mata.

"Hadi anak kita?" Soal Khalif tak putus asa.

"Hadi anak aku seorang."

"Saya akan bertanggungjawab, kita kahwin?"

Tiba-tiba Hanum tergelak, bukan gembira tapi sinis.

"Dah 8 tahun, tiba-tiba ajak kahwin? Dulu aku cari kau macam orang gila, kau pergi mana?!" Soal Hanum dengan nada sedikit tinggi.

Ada juga beberapa pelanggan disekitar meja mereka melihat.

"Kau pergi mana waktu aku kene hina dengan semua orang?

Kau pergi mana waktu aku tanggung malu mengandung anak luar nikah?

Kau pergi mana waktu aku terpaksa lahirkan Hadi sorang-sorang?

Kau pergi mana? Larikan diri ke luar negara, sambung belajar dengan bahagia? Aku? Kau tinggal aku macam binatang."

Mata mula panas, air mata mula memenuhi di tubir mata namun cepat Hanum mengelapnya, dia tak mahu menangis lagi, penat.

Khalif menggigit bibirnya sambil menunduk, tangan diramas. Rasa bersalah semakin menggunung, semua salah dia tapi dia hanya mahu bebas dari bayangan Qayeed,

Dia juga tersepit.

"Teruskan dengan hidup kau, biar aku jaga Hadi seorang diri."

"Tapi saya betul-betul nak memperisterikan Hanum."

Diam tanpa balasan. Dari tempat duduknya, Hanum dapat lihat Hadi berjalan ke arahnya, wajah Hadi sangat serupa dengan Khalif

Dan dia tak boleh nak nafikan bahwa mereka mempunyai talian darah.

***

"Kau jumpa Khalif?!" Jerit Dee terkejut.

"Dia buat apa dekat sana?!"

Dee menghentakkan mug di meja yang berada di pantry, haih budak ni jarang tak over.

"Makanla, takkan berak." Air milo suam ditiup sedikit sebelum dihirup.

"Kau ni kalau aku pelempang sia-sia jugak kan?"

Hanum tersenyum melihat wajah cemberut Dee.

"Dia kawan suami Aisyah, dia nak jumpa aku sebab nak minta maaf dan semalam diaa.."

"Dia?" Soal Dee tidak sabar.

"Lamar aku?"

"Hah?!" Jerit Dee membuatkan beberapa doktor di pantry memandang mereka.

Puk!

"Aduh, sakitla."

"Kau jerit kenapa? Buat malu aku je."

"Alah, sorrylaa.. " Dee mengusap lengan yang dipukul Hanum.

"Kau terima tak?"

"Kau nak aku mati kene tibai dengan abang Harris ke?"

"Hanum, kau dah besar dan kau dab boleh pilih masa depan kau, sekarang ni bukan masa fikir abang Harris tapi masa untuk kau fikir masa depan kau dan masa depan Hadi, anak kau tu makin besar Hanum.

Aku takut kalau Hadi tu kene hina lebih parah dari kau rasa dulu, aku tak nak Hadi rasa sebab aku nampak macam mana sakit tu bila kau kena Hanum. Fikirla baik-baik, aku bukan sokong atau membela sesiapa tapi buatla keputusan mana yang terbaik."

Dee menepuk-nepuk bahu Hanum lalu sebuah senyuman diberi sebelum dirinya berlalu ke singki membasuh cawan yang diguna, bahagianya Hanum bahagianya juga dia.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now