24

694 74 12
                                    

Wajah dingin Khalif dilihat, menyesal pula dia buka topik pasal Aiman dan arwah Qayeed.

"Khalif." Panggil Hanum perlahan.

Khalif hanya mengangkat kening seolah bertanya apa, tangan dan mata fokus ke hadapan, tak mahu kemalangan berlaku.

"Saya minta maaf."

Khalif hanya mengangguk. Hanum melepaskan keluhan, Khalif pasti marah lagi.

Tiba-tiba tangannya terasa digenggam.

"Saya tak marah dah.." Khalif tersenyum dan memandangnya sekilas sebelum kembali memandang jalan raya.

Hanum mengemam bibir, ya Allah buang perasaan nak jerit ni, tolonglah.

Hadi di belakang hanya memalau kedua orang tuanya, syok layan tiktok, guys!

Sebaik sahaja sampai di rumah umi dan abi, Hadi terus berlari keluar kerana tidak sabar mahu berjumpa dengan tokminya, sampai pintu pun tak tutup.

Bertuah punya anak.

Tangan Hanum digenggam,

"Kenapa?" Soal Hanum pelik.

"Love you." Lalu terus dirinya berlalu meninggalkan Hanum.

Hanum?

Tahan lompat.

***

"Ni la menantu kau Khalisa? Cantik, tapi ni anak siapa? Takkan Khalif berkenan dekat janda kot?" Sindir adik Puan Sri Khalisa, Khalida.

"Menantu aku bukan kau, gelabah pulak la orang tua ni." Balas Puan Sri Khalisa sinis.

Terus sahaja adiknya itu diam dengan wajah memerah, malu barangkali.

"Huh! Kalau janda lebih baik abang Khalif kahwin je dengan Ainul. Ainul ni anak dara lagi tau!" Ainul anak Datin Khalida mencelah.

Khalif mengeluh, tak suka bila Hanum direndah-rendahkan dengan ahli keluarganya sendiri.

"Abang tak nak tahu pun Ainul anak dara ke tak, dan untuk pengetahuan semua Hadi ni anak Khalif. Darah daging Khalif sendiri, dan Hanum bukan janda. Harap semua faham, terutama sekali aunty Lida, kalau masih nak menghina isteri Khalif, Khalif tak teragak-agak bankrupkan aunty dan gugurkan pangkat Datin tu."

Tangan Hanum dan Hadi dicapai menuju dapur, dengan keluarga aunty Lida memang dia tak ngam sebab wanita itu akan menghina orang sesuka hati, malah anak sendiri disanjung seperti tiada dosa.

"Wau! Abang Khalif lah guys.." Usik sepupu Khalif yang berumur 16tahun.

"Apa dia Khair?"

"Takdelah, Khair saja je nak tegur-tegur, semalam abang kemain balik rumah laju-laju, watpetuw?"

"Khair, kau ni behavela sikit. Kotor punya otak!" Bahu Khair dipukul.

"Alah akak ni kecoh pulak, Hadi jom kita main game freefire dengan abang nak?"

Hadi pantas mengangguk dan melepaskan genggaman tangan ayahnta, tab sentiasa dibawa kemana.

Melihat Khair dan Hadi berlalu, Khairunnisa kakak kepada Khair pantas memohon maaf atas kelakuan adiknya yang tak semenggah.

"Rilekla Nisa, abang dengan kakak kau ni okay je."

Makanan dihidangkan oleh pembantu rumah, ahli keluarga mula berkumpul memenuhi meja makan mewah tersebut.

Adik beradik umi ada 5, Khalisa iaitu uminya, Khalida, Khalid, Khalis, dan Khaliq, manakala abinya hanyalah anak tunggal.

Kebanyakkan sedara maranya dari belah umi, termasuk sepupu-sepupunya, dan hampir semua nama mereka dimulakan dengan K.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now