33

662 64 0
                                    


"Mak kau hijau!"

"Asal pulak mak aku hijau?" Balas Hadi tidak puas hati.

"Suka hati aku lah, kau pun hijau." Balas rakannya Aimin.

Hadi mengecilkan mata, wajahnya sudah merah padam menahan marah.

"Kau nak kene cucuk ke? Mak aku doktor tau!"

"Eleh, mak aku polis lah! Mak aku tangkap kau masuk penjara kang!"

Pergaduhan kanak-kanak berusia lapan tahun diperhati oleh Khalif, kepala digaru. Macam mana nak selesaikan masalah budak ni.

"Dah ah, aku tak nak kawan dengan kau." Aimin berlalu pergi meninggalkan Hadi.

Hadi mencebik,

"Ingat aku kesah la pulak? Muka macam tapir."

Aimin berhenti berjalan, lalu menoleh ke arah Hadi kembali.

"Kau asa.."

Khalif pantas mendekati, sebelum acara bantai-membantai berlaku, baik dia bertindak.

"Hadi!" Panggil Khalif gembira.

"Eh pakcik." Aimin mula membetulkan suaranya.

Hadi hanya menjeling rakannya Aimin, sok suci elu! Tangan ayahnya ditarik menjauhi Aimin.

"Ya Aimin, ibu kamu tak sampai lagi ke?" Ramah Khalif.

"Ish, ayah tak payahla cakap dengan dia. Mak dia dengan dia dua-dua nak rampas ayah dari ibu dengan Hadi."

Khalif menahan tawa, memang benar selama ini dia mengambil Hadi ke sekolah, sering diusik oleh mak Aimin yaitu seorang ibu tunggal.

"Hadi, tak baik cakap macam tu. Okaylah Aimin, pakcik dengan Hadi balik dulu."

Hadi sempat menjelir lidah kepada Aimin.

***

"Eh, ibu!" Teruja Hadi sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Ye budak kecik." Mata Hanum masih melihat telifon yang dipenuhi mesej dari Aisyah dan Dee.

Ada juga Tiara dan Misha bertanyakan kenapa majlis haritu batal tiba-tiba.

"Hanum." Panggil Khalif.

"Larat tak kalau kita pergi makan sekejap?"

Risau melihat keadaan Hanum yang masih tak bermaya, Hanum baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital.

Hanum memandang Khalif seketika sebelum kembali melihat telifonnya, tiada seorang pun tahu dirinya masuk ke hospital di tempat kerjanya sendiri.

Kerana itu Dee dan Aisyah bertanyakan macam-macam, kenapa dia tak masuk kerjalah, kenapa majlis batal lah.

"Ikutla, larat je."

Khalif mengambil tangan Hanum lalu digenggam, tangan sebelah kanan memegang kemas stereng kereta.

"Sorry.."

***

"Khalif beritahu aku, memaafkan secara ikhlas itu susah. Tapi dia akan cuba, buat masa ni itu sahaja aku boleh bantu."

"Kami nak sangat keampunan dari Khalif, lebih-lebih inilah yang arwah beritahu sewaktu nafas terakhirnya. Tak tenang arwah kalau tak dimaafkan Rais."

Rais menghela nafas, wajah lima orang lelaki dihadapannya dipandang bersilih ganti.

"Apa kata kita adakan family day, dari situ korang rapatkan balik hubungan dengan Khalif." Cadang Rais.

"Aku sanggup sponsor." Celah Asiddiq.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now