44

759 62 6
                                    


"Yeay puasa!" Jerit Hadi suka.

Pengunguman puasa disaksikan oleh mereka beramai-ramai, sedar tak sedar lusa mereka akan menyambut bulan ramadhan.

"Lusa nak masak apa kak?" Soal Tiara kepada Hanum.

"Tak fikir lagi lah, tapi apa kata esok kita keluar ramai-ramai ke pasar nak?" Cadang Hanum kearah Tiara, Aisyah, Misha juga Kaisara.

Sejak abang Harris meluahkan perasaan kepada Kaisara, alhamdulillah hubungannya dan Kaisara semakin membaik, tak adalah dia fikir Kaisara ni nak ushar Khalif.

"Setuju." Jawab mereka.

"Tapi, akak rasa nak makan nasi tomato." Aisyah mengemam bibir, salah dia pergi scroll instagram sampai terjumpa gambar nasi tomato dengan ayam merah. Habis kecur air liur.

"Boleh juga, kita masak nasi tomato untuk buka puasa first day ramadhan, esok cari bahan." Putus Hanum dipersetujui semua.

"Tiara dengar tak lama lagi akak nak dapat kakak ipar." Usik Tiara sambil memandang kearah Kaisara.

Habis merah wajah Kaisara saat itu, tahu-tahu ibu bapanya telifon bahawa ada seorang lelaki meminangnya atas talian, sah-sah lah Harris. Hanya Harris seorang dia berikan nombor telifon ibu bapanya.

"Kakak ipar sama umur." Mereka tertawa.

"Apalah saya nak panggil awak nanti Kaisara. Kak Kai hahahaha."

Suara gamat kaum isteri membuatkan Khalif, Rais, Kamal, Zikir dan Harris tersentak. Eh lupa, kaum isteri kecuali Kaisara.

"Diam sikitlah, ingat rumah ni ada awak semua je ke?" Tegur Kamal geram.

Tengah syok layan movie anime sedih, boleh pula wanita-wanita itu gelak. Terus tak jadi nak menangis.

"Wah! Abang marah saya?" Tiara membulatkan mata.

"Tak, maksud abang slow sikit suaranya ya? Hehe." Kamal mengangkat tangan tanda bendera putih, mahu dihambat keluar bilik kalau Tiara marah. Sudahlah Tiara itu jenis marah tak bertempat.

"Abang tak cakap apa apa sayang, abang tak tahu." Rais mengangkat bahu tanda tidak memihak Kamal.

"Eh, saya tak cakap apa pun."

Rais menelan air liur, kenapa aura kaum isteri malam ini garang? Seram sejuk pula, memikirkan pergaduhan Aisyah dan pembantu rumah bernama Lisa lagi dia seram.

Selepas sahaja Lisa bergaduh dengan Hanum, habis pembantu itu menggodanya juga Kamal dan Zikir. Marah besar Aisyah, Tiara dan Misha. Puan Aminah turut memarahi pembantu rumah bernama Lisa itu.

Mujur abang Harris tak kena goda, awal-awal lagi dia dah jauhkan diri dari Lisa dengan riak wajah tak berminat juga tak berselera.

"Esok Hanum dengan dia orang semua nak ke pasar pagi, beli lauk sahur dan berbuka." Beritahu Hanum kepada Khalif.

Khalif memandang Hanum lama, ditenung wajah Hanum. Sejak Hanum mengandung, wajah isterinya semakin seri, seri yang luar biasa. Geram je tengok, macam nak gigit!

"Khalif?" Hanum mengerutkan dahi, punyalah dia cakap, boleh Khalif termenung.

"Sayang saya cantik, dari sekolah cantik. Suka tengok." Khalif mencuit sedikit hidung Hanum.

"Amboi kau, nak manis-manis tak agak kan? Adik aku tu..." Tegur abang Harris, sudahlah dia seorang sahaja masih single.

"Alahai, itu Kaisara ada tu. Kahwinlah cepat-cepat, baru boleh pegang-pegang ha. Macam ni." Khalif memegang tangan Hanum.

"Macam ni." Pipi Hanum dipegang.

"Macam ni." Tubuh Hanum ditarik ke pelukan.

Abang Harris apa lagi, terbakar je melihat perangai adik iparnya.

"Tunggulah aku kahwin karang, 24jam aku pegang tangan Kaisara, huh!"

Kaisara yang mendengar kata-kata Harris terus menekup muka, malu sangat. Sudahlah Harris cakap depan orang ramai.

"Malu tapi mahu." Sampuk Misha.

***

Keesokkan harinya,

Hadi melihat lembu yang berada di depan matanya. Tangan naik menyentuh badan lembu tersebut sebelum ditarik kembali.

"Badan dia lembut, geli Hadi." Khalif tersenyum melihat reaksi Hadi, geli yang dimaksudkan bukanlah jijik tetapi geli yang geli.

Buat-buat faham je please?

Petang itu mereka santai di ladang lembu milik Nenda, bermacam jenis lembu ada, nak pula Nenda seorang usahawan yang mengeluarkan produk susu segar.

"Nak cuba naik atas lembu?" Soal Khalif sambil memandang Hadi.

"Wooo, minta simpang ayah. Hadi tak nak." Awal-awal dia bergerak ke belakang.

Tengoklah lembu tu, sudahlah muka garang nanti kalau dia naik lembu tu marah pulak sebab dia berat.

"Wei Khalif, boleh picit tak susu lembu ni?" Soal Kamal, teruja benar suaranya.

"Boleh, sekejap aku panggil orang yang jaga ladang ni. Biar dia terangkan dan tutorial."

Tak lama selepas itu muncul pekerja Nenda bernama Pak Mail, diajar mereka cara untuk memicit susu lembu.

"Jadi sekarang siapa nak cuba dulu?" Soal Pak Mail kepada mereka semua.

"Saya, saya! Saya memang suka picit-picit ni pakcik!" Teruja Kamal.

"Tak payah buat ayat lelaki gersang boleh tak?" Kata-kata Zikir membuatkan yang lain menahan ketawa.

"Kau diamlah." Kamal terus masuk ke dalam ladang, tangan memakai sarung tangan getah lalu perlahan-lahan dipegang kepunyaan lembu.

"Jangan tekan terlalu kuat." Sempat Pak Mail berpesan lagi.

Semua melihat,first time tengok depan mata. Selalu tengok dalam iklan tv je, tapi hari ini real punya.

Saat susu mula keluar ke dalam baldi besi, wajah Kamal tak usah dicakap. Teruja lain macam, siap dipanggil nama anaknya.

"Tania, ayah ada susu!" Tiara yang mendengar mula mengucap, kenapalah Kamal begini ya Allah..

"Rais, ada susu doh!" Terujanya, kalau boleh semua orang dia nak beritahu, macamlah orang tak nampak.

"Kalau aku sepak kau, jangan tanya kenapa." Balas Rais malas layan.

Melihat baldi besi itu dipenuhi susu, Pak Mail segera menyuruh Kamal memberhentikan picitan.

"Ibu mengandung boleh minum susu ni kan?" Soal Khalif, dari tadi wajah Hanum seperti mengidam.

"Boleh, sekejap Pak Mail ambilkan cawan. "

"Tak bahaya ke?" Misha memandang Khalif.

"Ibu mengandung, elok minum susu kambing sebenarnya tapi kalau nak minum susu lembu pun tak apa cuma tak boleh ambil dalam kuantiti yang banyak, fahamkan maksud saya?" Terang Khalif ringkas.

Mereka mengangguk faham, kalau susu ini sudah diproses nak minum sampai berbotol pun tak apa, tapi ini belum diproses jadi kuantitinya terhad.

Sebaik sahaja Pak Mail kembali, setiap seorang diberi rasa susu lembu fresh dengan sukatan yang terhad. Kamal yang tadi teruja habis muntah, tak biasa barangkali manakala ibu-ibu mengandung juga Kaisara dan Tiara menikmati susu segar itu, lepas pun mengidam.

"Sedap tak?" Soal Khalif pada Hadi.

"Hadi lagi suka coklat, susu lembu coklat tak ada ke ayah?" Polos Hadi bertanya.

"Kalau dah diproses barulah ada, macam sekarang ni tak ada lagi." Jawab Khalif lalu rambut Hadi digosok.

Budak banyak bertanya itu budak yang genius, semoga Hadi membesar dengan pintar.

***

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now