19

662 79 3
                                    


Aku terlanjur cinta kepadamu,
Dan telah ku berikan seluruh hatiku,
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan,
Cintakuu..

"Diam la ibu."

"Eh tibeee, biala suara ibu sedap bukan macam suara Hadi serupa kambing hahahah. " Usik Hanum.

"K. "

Hanum melihat sekilas wajah Hadi, murungnya muka! Biasa Hadi akan balas balik, tapi harini diam je.

"Kenapa ni?"

"Takde apa." Jawapan dari mulut Hadi membuatkan Hanum tidak berpuas hati.

"Hadi Ehsan anak ibu, ceritala.." pujuk Hanum sambil mencucuk bahu Hadi, sebelah tangan masih memegang stereng kereta.

Terdengar Hadi mengeluh,

"Hadi ni anak haram ke ibu?"

Tersentak Hanum mendengar soalan yang keluar dari mulut Hadi. Tidak pernah-pernah Hadi menyoal soalan yang terlalu serious begini.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Nama ayah Ahmad Khalif, tapi kenapa nama Hadi bin Abdullah? "

Hanum tersenyum, kan dia dah cakap Hadi ni pandai, dia akan sedar sendiri jadi tiada guna menyimpan rahsia.

"Hadi akan tahu nanti sayang."

Hanum memberhentikan kereta di depan pagar sekolah Hadi,

"Tapi ibu, Hadi na.."

"Dah sampai sekolah, cepat! Nanti lambat pula." Hanum menghulurkan tangan.

Tangan disambut lalu dicium oleh Hadi, Hanum mendekatkan diri untuk mencium dahi Hadi lalu kedua belah pipi Hadi dipegang.

"Tak kira lah Hadi anak apa pun, ber bin kan apa pun, ibu akan tetap sayang Hadi sampai bila-bila. " Tubuh kecil itu ditarik ke pelukan.

"Walau seribu orang membenci, ibu tetap ada dan akan terus sayangkan Hadi macam ibu sayang nyawa ibu."

Mata yang sedikit berair dikesat pantas sebelum meleraikan pelukan, dapat dilihat wajah Hadi sedikit ceria dari yang tadi.

"Hadi pun sayang ibu."

"Ehh awak siapa?" Usik Hanum.

"Ibu nii!"

"Hahahaha"

Melihat Hadi menutup pintu kereta dan berjalan memasuki kawan sekolah membuatkan Hanum kembali sebak.

Seketika telefon berbunyi, pantas beg tangan dicapai dan dicari telefon bimbitnya, earphone dipakai.

Hanum mengerut dahinya, nombor siapa pula ni?

"Hello?"

"Kamu Hanum ke?"

"Ya, saya kenapa?"

"Saya Puan Sri Khalisa, ibu kepada Khalif. Lunch ni free?"

Membulat mata Hanum.

***

"Umi, phone Khalif mana?" Kalut dia pagi ni apabila bangun sahaja telefon lesap entah kemana.

Dah la notification meeting di setkan dalam telefon.

"Ada atas meja depan ruang tamu, tadi umi pinjam kejap."

"Umi buat apa?" Wajah dikerut sedikit, pelik.

"Umi download Tiktok."

Khalif terkedu.

***

Hanum memimpin tangan Hadi dan memasuki hotel yang Puan Sri Khalisa sharekan locationnya.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now