10

745 86 3
                                    


Hanum berjalan sendirian ke kedai runcit setelah mendapat kebenaran pengetua untuk membeli peralatan menulis .

Dee? Kesian wanita itu sedang menahan sakit senggugut, jadi sengaja dirinya tidak mengajak.

Fikiran mula mengingati kesah 3 tahun lepas,

"Abang! Kita terlanggar orangla!" Panik Hanum.

"Ha?! " Harris segeri membuka seatbelt, lalu pintu dibuka laju dan berlari ke arah mangsa yang dilanggar.

"Kita nak buat apa ni?!" Soal Hanum yang turut keluar.

"Hanum tolong abang, kita bawa dia pergi hospital."

Qayeed, lelaki yang dilanggar secara tak sengaja oleh abang Harris adalah Qayeed, saat itu dia tidak lagi berpindah ke sekolah berasrama. Jadi hariannya begitu gembira mendapat Qayeed sebagai teman, segalanya dicerita, tiada rahsia.

Namun tak lama selepas itu, Qayeed pergi tanpa meninggalkan sepatah kata, dan setelah menghadapi peperiksaan di tingkatan tiga dan layak masuk ke sekolah berasrama, dia berjumpa kembali dengan Qayeed.

Dan lelaki itu sudah tidak seperti dulu.Tanpa sedar, satu susuk tubuh lengkap hitam mengikuti dari belakang.

Melihat Hanum berjalan seorang diri, pantas didekati dan tak sampai seminit Hanum sudah pengsan menghidu cairan yang diberi oleh Qayeed.

Hoodie yang dipakai ditarik menutup mukanya, tubuh Hanum diangkat menghampiri hotel terdekat.

Maaf Hanum, maaf.

***

8 tahun kemudian,

"Ibuuu!! Mana baju Hadi?" Jerit anak kecil itu yang bertuala di pinggang.

"Kan ibu dah letak dalam almari, tengokla!" Laung dia dari bawah.

Geram betul dengan Hadi, semua benda cuai, rasa macam nak gigit-gigit je budak tu, roti bakar yang sudah siap disapu jem coklat.

Air milo kesukaan Hadi disediakan selaju yang mungkin, jam di tangan di lihat.

7:15a.m!

Habisla, mesti dia akan diceramah lagi kerana selalu datang lambat. Sedang fikiran melayang, dilihat Hadi turun memakai baju sekolah dengan beg bercorak itik.

Aduhla anak.

"Ibu?"

"Nah cepat makan, nanti lambat sekolah cikgu marah."

Sekeping roti bakar bersalut jem coklat diletakkan di atas pinggan lalu dihidangkan di depan Hadi, air milo dibahagikan separuh ke dalam gelas Hadi, separuh lagi dirinya punya.

Bukan budak ni habis pun minum segelas, membazir!

"Siap!" Jerit Hadi apabila sarapnnya habis licin.

Erk!

"Eee.. tak senonohnya!"

"Rilek la bu, ibu macam la tak pernah."

"Diam la budak."

"Paiti ibu?"

"Letak pinggan dengan gelas dalam singki cepat, ibu tunggu dalam kereta."

Handbag dicapai, lalu kunci kereta yang digantung di dinding diambil dan kereta dituju, nafas dihembus.

"Hanum, saya minta maaf..." Rayu Khalif sambil melutut.

Lagi-lagi kejadian itu menyinggah memorinya, dan terus menyinggah bahkan disetiap mimpi.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now