39

637 57 5
                                    


"Penat?" Soal Khalif sambil menanggalkan stokin di kaki Hanum.

"Sikit."

Setelah masak dan makan tengahari beramai-ramai, mereka diberi waktu berehat dan aktivit akan disambung semula selepas solat asar.

Petang ni aktiviti untuk anak-anak, mandi pantai dan sebagainya.

"Nak tidur tak?" Soal Khalif lagi.

Hadi sudah diculik oleh abang Harris, katanya nak bawak Hadi berjalan sekejap. Dia anggukkan aja lah kepala.

"Tak nak lah, tidur je kerja." Tolak Hanum.

Habis lenguh tangan duk buat ayam sambal tadi, nasibla sukatan dia jadi. Jarang masak untuk orang ramai, biasanya dekat rumah hanya masak untuk tiga orang sahaja.

"Alah.. tidur yang tu lah."

"Eh, apa benda awak merepek ni?"

"Kan Hadi tak ada, jomla."

Wajah gatal Khalif dipandang, laki dia biar betik? Angin apa datang sampai miang macam ni?

"Tak baik tau tolak suami." Ucap Khalif lagi.

Khalif ni dah kenapa?! Jerit hati Hanum.

"Bukan tolak, tapi tengoklah ini tengahari. Awak ni tak pernah-pernah macam ni, dah kenapa?"

"Kalau dekat rumah waktu ni makan, hantar anak, hantar awak. Tapi sekarang bercuti, kita kene bercuti sungguh-sungguh sayang." Khalif merapatkan tubuh dengan Hanum.

"Geli Khalif." Bukan dia geli dengan suami dia, tapi geli dengan topic yang dibicarakan.

Walaupun dia dah ada anak, dan bakal menimang cahaya mata kedua, dia tetap rasa seperti budak yang baru berumur 16tahun.

"Awak.. geli dengan.. saya?" Khalif memandang Hanum tidak berkelip.

Kan dah salah faham pulak, haih.

"Bukan sayang, saya cakap saya geli dengan topic ni."

"Tapi awak tak sebut perkataan topic pun tadi?" Khalif mula menjauhkan diri.

Mata khalif mula kemerahan, sedihnya isteri cakap macam tu. Sampai hati Hanum dah geli dengan dia?

"Tak geli lah Khalif, ya Allah!" Pipi Khalif dipegang.

Terasa halus jambang yang sudah di shave, cucuk-cucuk tajam! Mata Khalif yang berair diusap menggunakan ibu jarinya.

"Bukti tak geli?"

Hanum tersenyum, dia berdiri lalu menghulurkan tangan. Khalif mengangkat kening pelik.

"Nak pergi mana?" Soal Khalif.

"Nak ajak awak bercuti dengan bersungguh-sungguh."

Khalif tersenyum dan terus menarik tangan Hanum ke arah bilik.

(Diorang main kad uno, so jangan fikir bukan-bukan!)

***

Kaisara mengeluh hampa. Walaupun dia sudah move on dari Khalif, tapi tetap hatinya terasa perit tatkala melihat kemesraan Khalif dan isterinya, Hanum.

Kehadiran abang Hanum yang bernama Harris, sedikit sebanyak membuatkan hidupnya kucar-kacir dan melupakan Khalif.

"Aiskrim?" Kaisara memandang tangan tersebut.

"Awak skodeng saya ke?" Tak mungkinlah dia boleh terserempak dengan Harris.

"Ingat saya ada masa ke? Itu Hadi. Saya datang sini sebab bawa dia berjalan, suka hati je cakap kita skodeng dia."

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now