41

649 69 3
                                    


(Sorry - Halsey)

Hanum memandang Khalif yang hanya termenung. Sejak kejadian petang itu Khalif banyak mendiamkan diri.

Jam menunjukkan pukul 10 malam, tubuh Khalif yang sedang di balkoni berhadapan dengan pantai didekati. Tangan naik memeluk suaminya dari belakang.

"Khalif."

Tubuh Khalif sedikit tersentak apabila dipeluk begitu secara mengejut. Tangan Hanum di pinggangnya diusap.

"Ya?" Air kopi panas diletakkan di atas meja yang berada di balkoni itu.

"Fikir apa?"

Khalif tersenyum, tubuh dipusing menghadap isterinya. Rambut Hanum diusap dan diselitkan di belakang telinga.

"Tak ada apa, cuma masih terkejut."

Hanum mendongak sedikit memandang wajah Khalif yang jelas muram dan tidak ceria.

"Rindu Qayeed?" Pipi Khalif dipegang.

Perlahan-lahan wajah itu berubah sebelum air mata laju turun membasahi pipi. Siapa yang tidak rindukan sahabat? Biar jahat mana pun, rindu itu tetap akan ada.

Hanum menarik Khalif ke dalam pelukan, rambut Khalif diusap. Belakang badan Khalif turut diusap perlahan.

"Saya tak sangka dia dah tak ada, dia dah tinggalkan saya dengan yang lain Hanum.."

"Kalau saya tahu, saya akan maafkan dia. Saya tak sangka selama ni saya kejam, saya ego. Saya seksa dia dengan tak maafkan segala perbuatan dia.

Salah saya Hanum. Salah saya sebab menangkan ego, saya rindu mereka tapi saya bohong Hanum. Saya jahat, saya kejam Hanum." Tubuh Hanum dipeluk erat.

Hanum hanya membiarkan bahunya menjadi tempat Khalif menangis. Biar suaminya meluahkan segala-galanya, dia mahu tahu isi hati Khalif yang telah lama dipendam.

"Khalif.."

Terdengar esakan Khalif yang tidak tertahan, dia tahu lama Khalif memendam segalanya. Berpura tiada apa sedangkan hati lelaki itu tidak pernah tenang.

"Awak tak jahat Khalif, awak tak kejam Khalif. Awak sahabat terbaik, mungkin silap awak sebab tak peka dan ego tapi bila awak tahu, awak terus menangis. Itu tanda awak sayang, awak rindu. Awak sahabat yang baik Khalif, walaupun mereka buat jahat, akhirnya awak maafkan. Saya bangga, bangga dengan diri awak."

Bertemankan cahaya dari bulan, ego seorang Ahmad Khalif tumpas, dengan rela hati dia memaafkan kesemuanya rakannya,

Dan Ya Allah, tempatkan Syed Qayeed ke tempat orang beriman,

Al - Fatihah.

***

"Rais." Pantas tubuhnya memandang gerangan yang memanggil namanya.

Dilihat kelima-lima tubuh itu menghampirinya. Wajah mereka muram, tiada langsung sinar ceria.

Tanpa apa-apa tubuhnya dipeluk, matanya turut membulat.

"Terima kasih sebab sanggup buat percutian ni." Ucap Aiman.

Selepas ini Aiman akan sibuk dengan kerjanya, akan kembali ke kota untuk meneruskan pekerjaan sebagai perisik rahsia.

"Aku pun nak ucap terima kasih." Asiddiq.

Asiddiq pula bakal menggantikan tempat ayahnya untuk menguruskan syarikat, pasti masa akan terhad dan padat.

"Aku dengan Amad pun nak ucap terima kasih tau Rais." Idan dan Amad hanya tersenyum sayu.

Pasti mereka akan turut sibuk mengembangkan lagi perniagaan cafe mereka, jika boleh biarlah hingga ke luar negara.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now