15

747 83 1
                                    

Amaran!
Akan ada beberapa watak yang mungkin awak semua tak tahu.  Cerita ini ada 10% sambungan dari Novel Rais Alif, sebab itu saya sarankan baca Rais Alif dahulu, takut awak semua pening dengan watak yang muncul secara tiba-tiba dalam novel ini.

Enjoy!


***

"Ish, kau tepi la!" Lengannya menolak tubuh Kamal menjauh.

"Alah Zikri... Kamal induuuu."

"Bapak kau la nak rindu-rindu." Ditolak wajah Kamal sejauh yang mungkin dari terus mencuba menciumnya.

"Kamal, behave la sikit kan umum ni." Teguran dari isteri Kamal, Tiara membuatkan lelaki itu terus kembali seperti biasa.

"Abang cuma rindu Zikir, lama tak jumpa hmm..."

Melihat wajah Kamal yang merajuk membuatkan Zikir ingin muntah, sumpah geli.

Tapi normal bagi lelaki yang bakal bergelar bapa seperti Kamal, mengidam dan segala jenis alahan ditanggung olehnya itu yang manja tanpa batas tu.

"Ini terus menetap di sini ke?" Soal Tiara sambil memandang wajah Zikir dan Misha silih ganti.

Misha memandang Zikir lalu mereka mengangguk dan tersenyum, akhirnya jumpa juga orang yang sesuai untuk menjaga syarikat di luar negara.

"Alhamdulillah, bolehla nak jumpa selalu. Eh Rais dengan Aisyah dah tahu?"

"Kami balik diam-diam ni, nanti nak surprisekan dia hehe.."

"Jom pergi rumah Rais?" Ajak Kamal tiba-tiba.

"Awak okay tak? Ke penat?" Soal Zikir kepada Misha.

Mereka baru sahaja sampai dengan beg pakaian yang berat, tak sempat jejak rumah lagi terus Kamal ajak makan ketika menjemputnya.

"Larat, tapi saya kene tukar pampers dan susukan Wafie sekejap, boleh?"

"Boleh, saya dengan Zikir tunggu sini." Jawab Kamal.

Tiara pantas berdiri menolong Misha mengangkat beg pakaian Wafie, manakala Wafie yang sedang ketiduran didukung oleh Misha dan mereka berlalu ke tandas.

Selepas memastikan para isteri hilang dari pandangan, Kamal mendekat diri dengan Zikir.

"Eh kau ni aku debik juga kang, kau nak apa menempel kat orang ni?" Garang Zikir.

"Nak gosip lah, ish!" Kamal memuncungkan bibirnya.

Sumpahla Kamal, rasa macam nak tumbuk je muka lelaki ni, nasib member.

"Kau tahu pasal Khalif?"

Zikir mengerut dahi sebentar, cuba mengingati.

"Ouh budak punk tu?"

Laju Kamal mengangguk,

"Ha kenapa dengan dia?"

"Dia sebenarnya dah ada anak tau.."

"Anak?"

"Haah, tapi aku tak tahu sangat ceritanya jadi jap lagi kita tanya Rais jela."

Zikir hanya mengangguk, lalu secawan kopi diangkat dan dihirup perlahan.

"Takde baby dari luar negara ke?"

Soalan Kamal membuatkan Zikir tersedak, aih budak ni memang mintak kene pukul.

***

"Assalamualaikum, kum, kum.." Laung Kamal kuat.

Tiara hanya menggelengkan kepala, nak sorok mana lagi muka dapat suami perangai tak semenggah macam ni?

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now