8

647 81 5
                                    


"Ouhh, kira sebelum ni kau budak agamala? Macam tu rupanya..."

Hanum hanya mendiamkan diri, malu berhadapan dengan Khalif. Abangnya selamba badak menarik Khalif duduk semeja dan berbual.

"Haah, tapi kan syarat untuk saya ambil alih syarikat mestila berpendidikan, sebab itu saya masuk ke sekolah biasa nak ambil spm. " Sambung Khalif sambil mengunyah keropok lekor.

Sesekali mata melihat Hanum yang hanya diam, Hanum cantik walaupun dengan tudung yang disimpul bawahnya, apa tah nama tudung

Bawal?

Bawang?

Emm biarla, dia lelaki bukan tahu.

"Aik, kau ushar adik abang dah kenapa? Sikit-sikit je, lebih-lebih aku sebat bontot kau! "

" Uhuk!" Tersedak Hanum mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh abangnya.

Ya Allah, kenapa abang Harris buat dia macam ni? Malula dia nanti...

"Awak okay?" Soal Khalif sambil menghulurkan tisu.

" Perghhh!!! Panggil awak siaa! " Harris mencebik bibir kepada Hanum, padu kau dik.  Abang pun single lagi.

" Diam abang Harris." Ucap Hanum perlahan dengan wajah memerah.

Setelah sejam lebih, Khalif mula bangkit meminta diri, segala makanan dan minum turut dirinya bayar.

"Terima kasihla Khalif, haih ciri-ciri adik ipar yang bagus!"

"Err.. sama-sama, saya minta diri dulu assalamualaikum. " Tangan abang Harris disalam sebelum bergerak ke motor kawasakinya.

Sempat jugak mata memandang Hanum sekilas lalu menghadiahkan senyuman sebelum helmet dipakai, enjin dihidupkan dan hilang dari pandangan.

Harris sempat melambai Khalif.

"Abang kenapa cakap macam tu, Hanum malulah! Nanti macam mana Hanum nak pergi sekolah? Eeeeee..!" Rungut Hanum sambil jalan ke arah kereta abangnya.

" Pergi sekolah? Pakai kakila, takkan tangan."

"Abang ni!"

Harris tergelak melihat wajah cemberut Hanum.

" Alah, abang bergurau jelah. Khalif tu budak baik, nak malu apa dengan dia? Ouh! Abang tahu..

Hanum malu sebab kat sekolahkan Hanum pendiam, tadi bila Hanum cakap dia dengar suara Hanum yang tak sedap tu, lepastu Hanum malu? Kan?! "

Melihat Hanum yang hanya diam.

" Ye la tuu.. "

Enjin kereta dihidupkan, sebelum pacuan empat roda bergerak. Melihat Hanum yang diam tanpa berkutik menjadikan Harris serba salah.

"Abang minta maaf buat Hanum rasa malu, sorry Hanum" Sempat tangan menggosok kepala adiknya.

"Okay." Balas Hanum ringkas.

"Abang rindu Hanum yang macam tadi, banyak cakap. Kalau dulu abang jaga Hanum dengan baik, mesti Hanum tak jadi macam ni kan?" Harris hanya tersenyum tawar.

"Abang, dah la.. "

***

"Umi, abi."

"Aa my baby boo, yes Khalif sayang kenapa?" Soal Puan Sri Khalisa sambil mendepakan tangan sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

Khalif memeluk Puan Sri Khalisa sebelum meleraikannya. Kenapa umi dengan abi terlalu sibuk dalam kehidupan? Dia pulang dari asrama, tak terdetikkah umi dengan abi untuk meluangkan masa bersamanya?

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now