34

695 58 16
                                    


"Awak setuju ke dengan apa yang Rais ajak tu?" Hanum melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan Khalif.

"Setuju je, kenapa awak tak suka?"

"Suka, tapi boleh ke apply cuti kerja lagi? Takut pihak atasan tak bagi je." Hanum mencebik, perut yang sedikit membukit diusap.

"Cuba minta dulu boleh?"

Hanum hanya mengangguk, mata memandang tv di hadapan, rancangan memasak.

Kecurnya air liur tengok dia masak udang gulai, dimakan bersama pulut.

"Khalif."

"Hmm?"

Tangan ditunjuk ke arah rancangan memasak,

"Nak tu.."

"No no, jangan mengidam pelik-pelik Hanum." Jangan cakap dia nak makan tv sudah.

"Nak pulut dengan gulai udang." Pinta Hanum dengan mata yang berair.

Mula dah...

"Saya tak reti masak Hanum." Sumpah weh, yang dia masak ayam kicap tu pun google.

Kalau nak masak pulut, gamaknya meletup periuk dekat dapur. Itu belum cerita lagi nak masa gulai udang.

"Baby nak."

Ya Allah aku difitnah, ucap baby di dalam perut.

"Saya minta umi masakkan boleh?"

"Tak nak, nak awak masak.."

Khalif melepaskan keluhan, orang kata pandai buat pandai tanggung. Kalau tak ikut apa yang isteri mengidam nanti anak lahir air liur meleleh je.

"Iya Hanumku, Khalif masak ye? Tapi esok."

Mata Hanum pantas bersinar, tubuh lelaki itu dipeluk erat. Laki kita!

***

"Umi tolonglah umi, Khalif tak reti umi." Rayu Khalif.

Langkah Puan Sri Khalisa diikuti, kemana sahaja umi pergi di situlah dia ada.

"Isteri kamu kan? Kamu lah buatnya, apa pulak umi."

"Tapi Khalif tak reti langsung umi." Baju kemeja yang sudah selekeh membuatkan Khalif nampak seperti orang yang sedang mengalami masalah kemurungan.

"Okay fine, umi tolong ajar je."

Lama Khalif berdiam diri.

"Nak ke tak nak?" Puan Sri Khalisa mengangkat kening memandang raut wajah anaknya.

"Bolehlah dari takde."

Seketika itu Tan Sri Ahmed yang baru sahaja selesai solat asar, memandang Khalif dan isterinya.

Dah kenapa sampai ke bilik mereka, Khalif ikut?

"You tak payah nak pandang macam nampak harimau terlepas."

"Pelik je, kenapa kamu ada dekat sini Khalif?" Sejadah dilipat sebaik sahaja songkok dibuka.

"Hanum mengidam, nak Khalif masak."

"Ouh." Tan Sri Ahmed terus berlalu keluar.

Baik main Facebook dari layan dua beranak tu.

***

Ting!

Hanum pantas melihat telifon yang berbunyi itu, group WhatsApp ditekan.

Family Day!♥️

Tiara
Nak ikut family day, tapi next week boleh tak? Ngam habis pantang.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now