6

650 83 3
                                    

"Baik, harini saya akan membuat kuiz."

Seluruh kelas mula mengeluh, namun ada juga yang menepuk tangan gembira, budak pandai la biasanya.

"Ha Khalif, harapnya jawab soalan nanti dengan bagus la ye? Memandangkan ini paper pertama awak." Pesan Cikgu Zaki.

Khalif hanya mengangguk, lalu kertas yang dihulur diterima, pen dan juga alat tulis lain dikeluarkan.

Hanum melihat Khalif disebelah, pelik. Orang pakai calculator kot jawab math, ke dia tak tahu?

Sticky note dalam poket baju sekolah dikeluarkan, lalu pen di dalam pensel box diambil sebatang, selesai menulis sticky note tersebut diberi kepada Khalif.

"Apa?" Soal Khalif sambil tangan menyambut huluran Hanum.

"Mana calculator kau?"

Khalif menepuk dahinya, benda penting dia boleh lupa. Hanum menggeleng kepala, nampak sangat lah yang Khalif tak bawak.

"Takpe lah Hanum, saya cuba je la buat apa saya ingat."

Keadaan kelas mula senyap saat cikgu Zaki mengatakan masa kuiz bermula. Sampai sahaja di soalan 20 iaitu soalan terakhir, Khalif memandang sekeliling kelas.

Ada yang tidur, ada yang merenung kertas soalan itu bagai nak tembus, dan ada juga yang menekan calculator laju-laju.

Tiba-tiba calculator berada di depan matanya. Pantas Khalif menoleh ke kirinya, Hanum memandangnya beku.

"Awak betul ke kasi pinjam ni?" Soalnya berbisik.

Hanum hanya mengangguk, terus tangan Khalif pantas mengambil calculator tersebut, masa tak kurang 25minit lagi membuatkan dirinya agak terburu-buru.

"Okay masa tamat!" Jeritan cikgu Zaki mengejutkan hampir seluruh pelajar di dal kelas.

"Siapa tercorot akan didenda, dan siapa markah tertinggi akan dapat hadiah, faham?"

"Faham cikgu!"

Sebaik sahaja cikgu Zaki beredar, Khalif mengemas segala alat tulisnya. Baru sahaja dia ingin bangun ke tandas, pantas tubuh menghadap Hanum.

"Err.. terima kasih?"

Hanum hanya mengangguk lalu berjalan ke meja Dee. Qayeed yang melihat hanya membuat muka menyampah.

***

"Hye bro!" Sapa Qayeed bersama rakan dormnya.

Khalif hanya diam, jujur dia takut, lebih-lebih lagi Qayeed, nampak sangat misteri dan tarikan adiksi yang dia sendiri tak boleh hindari.

"Kau takut dengan kita orang ke Khalif? Tu cuma gurauan jela, kau ni..." Bahunya ditolak oleh Aiman.

Gurauan? Dipaksa meneguk arak itu gurauan? Gurauan yang boleh heret ke neraka macam tu?

"Jangan sentuh aku lah!" Ucap Khalif tegas apabila bahunya dipegang oleh Qayeed.

"Dah pandai kau aku sekarang? Mana ana anta kau tu? Sekali aku dah tarik kau ke dalam kumpulan aku, jangan mimpi nak lepas Khalif!" Mata Qayeed tajam menikam matanya.

Dia tahu Qayeed bukan orang biasa, melihat cara Qayeed bergaya dirinya sudah tahu Qayeed pasti orag berada, tapi apa kuasa Qayeed untuk mengarahkannya sesuka hati?

"Makan la, nanti sejuk pulak." Qayeed menjauhkan diri dari Khalif.

Sempat senyuman sinis diberikan kepada Khalif. Makin lama sekolah di sini makin gila dia apabila Qayeed memperlakukan dia seperti tak punya hati.

"Qayeed siapa?! Siapa dia untuk mengarahkan aku?!" Jerit Khalif kuat sehingga menarik perhatian pelajar di kantin.

Langkah Qayeed terhenti,

"Kau akan tahu aku siapa, dan kau tak kan berani untuk lawan aku Khalif, sebab aku adalah aku dan kau takkan mampu hilangkan aku dari hidup kau."

***

Dua minggu berlalu sejak dia menjerit  di kantin, malu la jugak bila fikir balik tapi benda dah lepas, biarlah malas nak peduli.

Tv di hadapan tidak menarik minat, hujung minggu pelajar asrama dibenarkan balik, pada awalnya dia tak nak balik sebab umi dengan abi bukannya ada, outstation.

Tapi dia tetap balik, dari duduk asrama jumpa makhluk makhluk menyakitkan hati. Jam di dinding dilihat sekilas, asar sudah, makan sudah, mandi sudah, kerja rumah pun sudah.

Mata beralih pulak kepada dinding yang menyangkut perbagai kunci, mahu kereta ataupun motor.

Ting!

Khalif tersenyum sebelum kakinya pantas mendaki tangga lalu baju dan seluar ditukar kepada yang lebih sopan sebelum kunci motor kawasaki h2r pantas dicapai.

Harini Khalif akan bawa saki jalan-jalan! Semangatnya sendiri.

***

"Hanum."

"Ya?"

"Ikut abang kejap." Harris menarik lengan Hanum ke arah keretanya.

Saat pacu empat roda itu mula bergerak, Hanum hanya diam tidak berkutik, nasibla tadi dia pakai tudung sebab nak buang sampah.

"Kita nak pergi mana?"

Harris hanya senyap, mata fokus pada pemanduannya. Hanum mendengus sedikit, dah la tarik-tarik orang lepastu orang tanya tak jawab.

Sebaik sahaja kereta berhenti, Hanum terkedu. Jangan cakap abang Harris nak bawa dia berjumpa..

"Jom turun." Belum sempat sepatah perkataan keluar dari mulutnya, pantas dia keluar dari kereta apabila melihat abang Harris sudah bersedia mengunci kereta.

"Abang."

Langkah Harris terhenti, wajah adiknya dilihat.

"Hanum tak nak."

Harris mendekati Hanum, wajah adiknya direnung, kasihan Hanum. Menderita sejak kecil sehingga kini kesannya masih ada.

"Abang ada, jom.." Tangan Hanum ditarik perlahan.

Berat langkah Hanum, tapi tetap dituruti. Segala cebisan sejarah hitam mula terbayang kembali.

"Tak nak, Hanum taknak.."

"Sikit je, tak sakit pun.. sini Hanum sayang."

"Hanum tak nak pakcik, Hanum tak nak!" Jeritan budak berumur 11tahun nak dibandingkan lelaki berusia 35tahun? Apa la sangat.

Pang!

"Aku cakap baik-baik kau tak nak dengar kan, mati kau aku kerjakan!" Tali pinggang dilonggarkan dan..

"Hanum?" Panggil Harris.

Hanum berdehem sebentar, ya allah memori tu.

"Hanum okay tak ni?"

Hanya anggukan dibalas, tangannya masih berada dalam genggaman abang Harris.

***

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now