45 (Akhir)

1.3K 84 23
                                    


Gambar dirinya, Hanum dan Hadi dicapai. Perlahan-lahan senyuman terlakar di bibirnya, wajah Hanum diusap.

"Khalif rindu Hanum." Mata beralih memandang langit biru, matahari tidaklah terlalu terik juga tidak terlalu sejuk.

Bersama Hanum bukan pilihannya, memiliki Hanum juga bukan kemahuannya, mengenali Hanum sudah tentu bukan kehendaknya.

Tapi Hanum adalah ketentuan yang Dia beri, untuk dijaga, untuk dikasihi dan untuk dicintai. Menjadi suami Hanum bukan impiannya sama sekali, pada mula ia berlaku hanya demi tanggungjawab.

Tanggungjawab keatas apa yang dia lakukan pada Hanum beberapa tahun yang lepas, tiba-tiba terasa bahunya dipegang.

"Tengok apa Ahmad Khalif?" Hanum melabuhkan punggung bersebelahan Khalif.

"Tengok gambar kita waktu anak satu." Khalif memberikan gambar tersebut kepada Hanum.

"Sekarang anak nak masuk dua dah."

Perlahan-lahan tangan milik Hanum ditarik lalu digenggam.

"Saya sayang Hanum kerana Allah, saya cinta Hanum dengan izinNya, saya mahu Hanum hingga akhir nafas saya."

Hanum tersenyum mendengar luahan Khalif. Tubuh Khalif ditarik lalu dipeluk namun dek bonjolan di perut agak membataskan pelukan mereka.

"Saya sayang Khalif dan cinta Khalif dengan izinNya, saya tak janji akan hidup sampai bila tapi insyallah saya hanya nak Khalif bersama saya hingga akhir nafas saya."

Terdengar esakan Khalif di dalam pelukannya, ah suaminya memang kuat toucing! Tubuh Khalif dan dirinya dijarakkan, lalu air mata Khalif dihapus.

"Apa pagi raya menangis ni? Belum sesi mohon maaf."

Khalif tersenyum, tangan Hanum masih digenggam. Hanum mula berdiri lalu berjalan beriringan Khalif keluar dari bilik.

Balik dari solat raya tadi, rumah Khalif kini dipenuhi sahabat-sahabat dan ahli keluarga.

"Selamat hari raya ayah!" Jerit Hadi sebaik sahaja melihat kelibat si ayah.

Khalif melepaskan tangan Hanum lalu tubuh Hadi dirapati, mereka bersalaman.

"Ayah, selamat hari raya. Hadi minta ampun, Hadi banyak buat salah dengan ayah." Baru sahaja Hadi mahu mencium tangan, Khalif pantas menahan.

Idea nakal terlintas.

"Banyak macam mana salah Hadi?" Suara ditegaskan, terus kecut Hadi dihadapannya. Songkok dibetulkan bagi menghilangkan gementar.

"Hadi curi ambil gambar ayah waktu ayah mandi."

"Lagi?" Soal Khalif garang.

"Had... Hadi curi-curi minum air waktu puasa."

"Lagi?

Dapat dilihat wajah Hadi sudah mencebik, lalu mata memandang ke arah Hanum, ibu tolonglah Hadi.

"Hadi conteng dinding pakai marker"

"Habis dah ke?" Khalif mengangkat kening sinis.

Hadi terus menangis teresak-esak disitu, gamat ruangtamu dengan gelakkan melihat perangai Khalif yang kuat mengusik.

"Dah-dah, ayah gurau je." Tubuh Hadi ditarik ke pelukan.

"Sekarang ayah pulak minta maaf dekat Hadi."

"Eh? Boleh pulak macam tu ya?" Soal Khalif terkejut, kemain nak suruh kita minta maaf.

Tapi betullah, terkadang ibu bapa juga ada buat silap terhadap anak-anak mereka, pilihan untuk minta maaf atau tidak hanya perlu dipilih.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now