29

618 67 4
                                    


Hanum menghidangkan roti bakar bersama kaya buat sarapan pada pagi ini, kopi dan air milo turut disediakan.

Dilihat Khalif yang turun dari tangga tanpa tali leher, pasti lelaki itu memintanya untuk memakaikan.

Namun sangkaannya salah apabila Khalif terus berlalu ke muka pintu, begitu juga Hadi yang mengikut langkah Khalif.

"Eh, sarapan dulu. Hadi, ibu masak roti bakar tau!" Ucap Hanum gembira.

Namun dirinya dipalau, nafas dihela. Pasti kerana kes semalam dimana dia tak sengaja muntah.

"Khalif." Selipar dipakai cepat-cepat, lalu pintu kereta suaminya ditahan.

"salam?"

Khalif hanya menghulurkan tangan, begitu juga Hadi yang tiba-tiba meminta untuk menyalamnya seperti rutin harian mereka.

Melihat kereta Khalif yang berlalu pergi, tubir matanya panas. Nak nangis tapi tak nak sebab nanti buruk.

Sarapan dimakan sendiri.

"Aku bukan sengaja pun nak muntah, dah alahan takkanlah aku nak tahan telan pulak!" Roti bakar dipicit-picit.

Geram tau tak?!

***

"Nah kad kahwin aku, dan kenapa muka kau monyok?"

Kad yang Dee hulur dicapai kasar, lalu nafas turut dihembus. Nama tunang Dee dibaca.

Muhammad Aqil & Nur Deeyana

"Aqil ni bukan budak kelas belakang tu ke? Yang hingus meleleh selalu? And dulu bukan kau kutuk-kutuk dia ke?" Soal Hanum tanpa henti.

"Oi, kau dah kenapa baran pulak? Soal aku macam ajak gaduh."

Hanum dijeling, sukati je kutuk tunang kita. Tahula waktu dia tunang dulu Hanum tak dapat datang kerana ada emergency case.

"Ye, Aqil yang aku kutuk dulu tunang aku. Eh kau dah bagitahu Khalif ke?"

Hanum hanya geleng, lalu biskut kering digigit.

"Tu kan anak dia juga, kenapa tak bagitahu?"

"Dia marah aku, Hadi marah aku. Aku nak mati lah macam ni.." Kata Hanum sambil menundukkan kepala.

Dee menepuk dahi, kenapalah ya Allah aku ada sahabat macam ni. Air milo dihabiskan lalu dibasuh cawannya disingki.

"Kalau kau mati, anak kau pun mati. Dah jadi mak orang cerdik sikitlah telor."

"Aku gurau je kan? Hish! Tepilah!" Bentak Hanum.

Emosi wanita begitu pelik, lebih-lebih lagi hormon mengandung. Hanum seorang doktor dan bila tubuhnya terasa lain dia pasti tahu, hajat mahu membuat kejutan dihari lahir Khalif minggu hadapan tapi tak sangka alahan membuatkan mereka renggang.

***

"Lama tak lepak kat tepi tasik kan?" Soal Rais sambil menghulurkan aiskrim malaysia kepada Khalif.

Huluran disambut baik, lalu hujung aiskrim digigit sedikit sebelum disedut. Dirinya turut melabuhkan punggung diatas rumput bersebelahan Rais.

Suasana yang nyaman terasa, tasik dihadapan dilihat, tenang. Begitu hidup, yang tenang namun kadangkala ada angin ada guruhnya. Mata dipejam seketika, segala beban terasa hilang saat angin menyapa lembut pipinya.

"Aku baca dekat group whatsapp, Aisyah mengandung lagi?" Soal Khalif sambil mengalih pandangan memandang Rais.

"Haah, sebenarnya aku tak nak anak lagi. Aku nak bagi Raisyah besar sikit, takut tak menang tangan nak urus nanti, tapi dah rezeki kan? Aku terima je." Wajah Aisyah yang merajuk sakan terlayar di minda.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now