17

657 74 2
                                    


"Nah." Huluran aiskrim dari Khalif disambut.

"Tadi ada bagi Hadi minum air gas tak?" Soal Hanum sambil mata leka memandang Hadi yang berseronok bermain di taman seorang diri.

"Saya tahu dia tak boleh minum air gas."

"Macam mana tahu?" Soala Hanum dengan wajah terkejut.

"Anak saya, saya tahu la Hanum."

"Emm.."

Gugusan awan yang menutupi cahaya matahari yang terang membuat suasana petang ini mendung dan angin yang menyapa di pipi sangatla indah.

Terdapat juga sekumpulan kanak-kanak sedang bermain layang-layang, berlari ke sana ke sini sambil tersenyum,

Zaman kanak-kanak adalah zaman terindah kerana tiada rasa yang menyakitkan mahu diri yang menyakiti.

Aiskirim yang cair dijilat pantas, wajah Hanum yang sedang memandang Hadi dilihat. Hanum wanita yang hebat, ingin sekali dirinya memeluk Hanum tapi tak bisa.

"Saya dah fikir masak-masak."

Mendengar kata-kata Hanum membuatkan keningnya sedikit terangkat.

"Saya terima demi Hadi, tapi jangan cuba untuk buat benda bukan-bukan dengan saya nanti. "

Lama Khalif berfikir sebelum perlahan-lahan dia tersenyum. Khalif hanya mengangguk, asalkan dirinya memiliki Hanum.

"Dan jangan ingat saya dah maafkan awak." Tegas Hanum sebelum berlalu ke arah Hadi.

Matanya tak lepas memandang langkah Hanum,

Maka saya akan pastikan untuk dapat kemaafan dari Hanum.

Dirinya turut bangkit berjalan ke arah Hanum dan Hadi.

***

"Kenalkan anak saya, Ahmad Khalif. Dia akan mengambil alih jawatan sebagai CEO syarikat ini dengan pantauan saya sendiri. "

Pekerja di situ mula menunduk hormat kepada Khalif, dan Khalif hanya melemparkan senyuman.

"Saya harap kita dapat bekerja dengan baik."

"Boss single tak?" Soal pekerja bernama Siti dengan wajah di makeup tebal nak mampus.

Sekali jentik, cuti satu Malaysia sebab jerebu. Jentik tau, belum sepak.

"Saya tak single, dah ada anak sorang." Jujur Khalif

Tan Sri Ahmed berdehem sedikit.

"Semua boleh sambung kerja."

Khalif hanya mengikuti langkah abinya ke arah sebuah bilik yang nampak begitu mewah.

"Ini bilik Khalif, dan kejap lagi PA Khalif akan masuk untuk terangkan semuanya, faham? "

"Ye faham abi, Khalif dah belajar semua benda ni. "

Tan Sri Ahmed berlalu sambil menutup pintu bilik yang kini bertanda Ahmad Khalif, alhamdulillah anaknya kini terbuka hati.

"Aku kerja? Hahah.." Gelak Khalif sendiri.

Tak sangka sebelum ini dia bertujuan menghabiskan duit abi umi, tapi sekarang dia kerja? Lawak Khalif, tapi tak apa demi nak sara Hadi dan Hanum, semangat!

Sebaik sahaja pintu diketuk, Khalif terus memberi keizinan.

"Salam tuan, harini saya akan menerangkan tentang tugas tuan dan beberapa projek yang sedang kita jalankan, nama saya Kai.. "

"Kaisara?!" Soal Khalif terkejut.

Kaisara mengangkat wajahnya memandang ke arah boss baru, ta.. tak mungkin.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now