11

699 83 2
                                    

(Penat - Andi Bernandee)

"Hadi, nah."

Hadi melihat Aimin dengan mata bulatnya, haih.

"Kau bagitahu abang kau ke?"

Aimin mengangguk.

"Kenapa bagitahu? Aku tak nak buat." Kertas yang Aimin beri ditolak.

"Hadi, kau kan pandai. Kau tolongla abang aku?"

Soalan form4 itu dilihat Hadi, dia tahu jalan penyelesaian kerana dia selalu terbuka nota ibu dalam tablet dulu, dia memberitahu Aimin, tapi makin lama dia rasa kesal.

Sebab abang Aimin selalu memberi kerja sekolah lelaki itu untuk dirinya buat.

"Aku tak nak buat."

Dia baru darjah dua, bukan tingkatan empat.

"Nanti abang aku cubit aku Hadi.. "

"Abang kau, bukan abang aku. "

Aimin mengambil kertas yang mengandungi soalan itu kasar sebelum berlalu ke tempat duduknya.

Hadi hanya mencebik, ingat dia bodoh ke? Nak biar abang Aimin membulinya selalu.

***

"Hanum, tunggu sekejap."

Aiman memegang tangan Hanum yang berlapik baju kurung lengan panjang.

"Apa?" Kasar Hanum, tangan ditarik melepaskan pegangan.

"8 tahun dulu, bukan salah Khalif, di.."

"Ouh, salah aku? Haah, memang salah aku pun. Dah? Berambus. "

Aiman menunduk, dibiarkan Hanum berlalu pergi, dia tak kan tenang selama kesalahan ini tak dibetulkan. Biar kejadian sudah berlalu, tapi rasa bersalah terus menganggunya.

Maaf Qayeed, aku akan cuba dapatkan kemaafan mereka lagi.

***

"Kenapa masam-masam? Hadi buat hal?" Dua gelas milo di letak di atas meja.

Satu untuk Hanum, satu untuk dirinya.

"Aiman.."

Uhuk!

"Aiman?! Aiman yang dengan Qayeed dulu?!" Terjerit Dee di situ.

Hanum menjeling Dee tajam, suara perempuan ni dari sekolah sampai sekarang bingit.

"Ya."

"Omaigoat, apa sepet tu nak? Dengan Qayeed sekali ke?" Soal Dee teruja.

Hanum menggeleng, sudah kali ketiga Aiman menganggunya dan mengatakan semua bukan salah Khalif.

Habis salah siapa? Dia? Keluhan dilepaskan.

"Nanti balik, aku tumpang kau eh?Sebab tunang aku takde, dia outstation." Bahu Hanum dicucuk-cucuk lalu wajah secomel yang mampu ditunjuk.

"Dah hodoh, makin hodoh." Balas Hanum bersahaja sebelum meninggalkan pantry hospital.

"Hanummm!!!" Jeritan Dee diabaikan.

Sedang dirinya berjalan, fikiran mula melayang.

Kenapa Aiman cakap bukan salah Khalif? Lelaki itu dibawah pengaruh dadah? Arak? Malam itu Khalif sangat normal seperti biasa.

Dan Khalif menipunya, dia tak kan mengandung?

Hadi,

Hadi hasil daripada malam itu. Dia yang dihina selama bertahun, abang Harris juga menanggung malu, bahkan abang Harris juga terkena tempias.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now