38

635 53 2
                                    

"Harini kita akan adakan acara perlawanan bola tampar. Disebabkan pekerja lebih dari 100 orang, kita akan bahagi kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan akan ada 30 orang dan selebihnya ibu-ibu mengandung duduk tepi tengok je ye. " Ucap Khuwalid iaitu pengurus percutian mereka.

Nama dibaca dan kemudian terbentuklah tiga kumpulan, lalu tiga kumpul itu dibahagi kepada dua pula dimana menjadi 15orang setiap kumpulan. Mereka akan berlawan bola tampar 15vs15.

Tapi tak semua main lah, kalau ada yang penat mereka akan bergilir sehingga semuanya merasa main.

"Kau asal satu team dengan aku pulak?" Khalif mendengus geram.

Tak sangka syarikat milik bapa Asiddiq turut bergabung, habis semua bekas rakannya yang dahulu ada kecuali Qayeed.

"Lah, kita kan bestfriend!" Aiman memeluk bahu Khalif.

"Ish! Lepaslah! Sayang.. tak nak dengan diorang." Adunya kepada Hanum.

Hanum hanya mengangkat bahu, dia juga turut terkejut melihat mereka berlima ada disitu, tetapi setelah dijelaskan oleh Rais dia mula mengerti.

"Eleh, sikit-sikit mengadu dekat bini." Sindir Asiddiq.

"Kau diamlah, aku cakap dengan bini aku kan? Kau tak payah nak tengok bini aku lah!" Marah Khalif.

Dia dah la dapat satu team dengan lima ketul bekas rakannya dan beberapa lagi pekerja yang lain. Tak sukalah lima ekor tu! Bentak hatinya.

"Boss,kami tak reti main bola tampar. Jadi apa kata boss main, kami tengok. Okey?" Mimi pekerjanya tersenyum girang.

"Eh apasal pulak say.." Baru sahaja Khalif mahu meninggikan suara, tangannya dipegang Hanum.

"Mainlah, mereka kan perempuan. Awak dengan kawan semua lelaki, tak macho la kalau bagi perempuan main."

"Esh! Kau amik bola ni." Bola dibaling ke arah Pian.

"Alololo, Khalif mayah Pian kew?"

"Diamlah babi." Carut Khalif.

Membulat mata Hanum, terus dipukul mulut Khalif. Nasib Hadi tak ada, kalau tidak mau anaknya ikut apa yang Khalif cakap.

"Eh kau dah kenapa babi-babi kat sini?" Aiman menjeling Khalif.

"Geli aku dengar Pian cakap macam tu gila."

"Diamlah! Aku pelempang sekor-sekor kang." Itu dia suara garau Rais mematikan pergaduhan mereka.

Khuwalid mula meniup whistle menandakan permainan bermula. Disebabkan gelanggang kecil, jadi mereka hanya memainkan sembilan orang pemain sahaja.

Team lawan mereka ada abang Harris, Kaisara, Rais, Kamal, Zikir dan beberapa orang pekerja lagi. Nak masuk team sana!

Bola dipukul oleh pihak lawan iaitu Rais. Sebaik sahaja bola melambung, Khalif yang menjaga kawasan dibelakang ingin melantunkan bola tersebut namun entah dimana salahnya, tubuhnya dan Asiddiq berlaga membuatkan kedua-dua jatuh, dan team Rais mendapat satu mata.

"Eh, kau asal kat sini pulak?" Marah Khalif.

"Kau tu yang masuk tempat aku, aku nak pukul bola. Kau langgar-langgar pahal?" Balas Asiddiq tidak mahu kalah.

"Bila masa pulak bola tu pergi dekat kau? Bola tu pergi dekat aku kan? Kau tu yang semak nak pukul kenapa?"

Hanum menggeleng kepala, bergaduh tak sudah.

"Eh apahal kau nak salahkan aku pulak? Kau tu.." Kata-kata Asiddiq dipotong oleh Zikir.

"Nak main ke nak gaduh?"

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now