25

708 75 4
                                    


"Aku akan cuba cakap dengan Khalif."

"Minta tolong sangat tau, kalau tak mesti arwah tak tenang."

Rais hanya mengangguk, tubuh lelaki bernama Asiddiq yang keluar dari kedai makan dan semakin jauh sebelum hilang dari pandangangannya dilihat.

"Nak tak nak, aku kene tolong diorang."

***

Kehidupan yang dahulunya kosong dilengkapi, waktu terus merentas dengan pantas, dan setiap detik kenangan akan dikenang, tepat tiga bulan hidup bersama si dia.

Hanum,

Nama yang berjaya membuatkan diri ini berdebar, dan diri ini berharap rasa ini takkan hilang, biar seribu tahun.

"Awak ambil Hadi balik sekolah?"

"Macam biasa."

Tali leher Khalif diambil, lalu dipakaikan. Wajah Khalif dilihat sekilas sebelum membetulkan tali leher, dada suaminya ditepuk beberapa kali supaya kelihatan kemas.

"Masih marah?" Tangan Hanum yang mahu melepaskan tali leher digapai.

Hanum hanya diam tidak menjawab, malu sebenarnya dekat macam ni dengan Khalif, tapi suka hihihi.

"Hanum, saya tanya ni. Masih marah ke?"

Kedengaran Hanum mengeluh,

"Marah tu dah pudar asalkan awak tak buat saya dan Hadi macam dulu lagi, jangan tinggalkan kami okay?"

Khalif tersenyum lalu mengangguk, tubuh Hanum ditarik ke pelukannya. Dahi Hanum dicium seketika.

"Asal awak sanggup hadap perangai saya, saya tak tinggal lah.  Sayang kot, gila ke nak tinggal?"

Hanum mengemam bibir, sukanya Khalif cakap sayang dia.

Tuk! Tuk!

"Yuhuu?" Suara Hadi diluar.

Pelukan dileraikan, kacau lah budak ni, pukul baru tahu.

"Kejap, nanti ayah dengan ibu turun." Laung Khalif.

Mendengar derapan kaki Hadi menjauh, wajah Hanum dipandang.

"Awak dah hidup dengan saya 3 bulan tau! Malu lagi ke?"

"Malu lah, dah lah sibuk je! Bye!" Handbag yang berada di atas tilam diambil sebelum berlalu meninggalkan Khalif.

"Malu-malu, nanti malam cari juga." Khalif berkata sendiri sebelum mengikut langkah Hanum.

***

"Rais."

"Ye?"

Aisyah melihat lama wajah Rais, takut sebenarnya ingin memberitahu Rais tentang kehamilan dia kerana haritu Rais menyuruh dia memakan pil perancang supaya Raisyah besar dahulu,

Tapi dia tak makan.

"Kenapa sayang?"

"Raisyah dah setahun lebih kan?"

"Ye, jadi?"

Rais kembali menyuap bubur ke dalam mulut Raisyah, bertuah punya anak. Dah makan boleh dia sembur-sembur.

"Sayang pregnant." Beritahu Aisyah dengan nada perlahan.

"Apa dia? Tak dengarlah, kuat sikitlah."

"Sayang pregnant." Ucap Aisyah sedikit kuat.

Tangan Rais yang menyuap bubur terhenti, mangkuk bubur diletak di atas meja lalu wajah Aisyah dipandang.

"Awak apa?"

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now