43

675 62 8
                                    


Rumah mewah itu riuh dengan suara gelak ketawa, juga suara kanak-kanak menjerit.

"Hadi, kasilah Raisyah main." Tegur Hanum.

Tab di tangan dipandang lama, dia baru nak main game di tabnya, tapi Raisyah sudah menarik-narik tab tersebut.

Nafas dihela, tab diberikan kepada Raisyah. Terus dirinya berlalu ke dapur, geram! Tapi ayah berpesan lelaki harus mengalah, barulah nampak macho.

"Eh Hadi, nok air ko?" Terkejut Hadi tatkala disergah begitu.

"Ye, Hadi nak air." Wajah Cik Lisa dipandang.

Macam badut, tapi takpelah dia cakap kang sentap pulak Cik Lisa.

"Mari cik tolong, Hadi nok air gapo?" Lisa memberi senyuman, kalau nak pikat bapa kenalah tambah hati anaknya dulu.

"Hadi nak air sirap sejuk, ada ke?"

"Amboi budok ni, ingat keda make ko?" Ucap Lisa perlahan namun tetap tangannya membancurmh air sirap buat Hadi.

"Nah, siap doh!"

Hadi menyambut dan meminumnya rakus, seketika cawan diletak di atas meja makan, kepala dibaringkan di atas meja makan.

"Cik Lisa."

"Bakpo?"

"Hadi sedihlah, Hadi dah nak ada adik. Nanti kalau adik Hadi nak tab Hadi, macam mana?" Soalnya pada cik Lisa.

"Tak payah lah bagi."

"Tapi ibu kata kena beralah dengan adik, macam tadi ibu suruh Hadi bagi tab dekat Raisyah."

Lisa tersenyum jahat,

"Kalau gitu, apa kata Hadi ambik cik Lisa jadi mama Hadi. Cik Lisa tokwi budok ambik tab Hadi." Lisa berharap sangat budak itu termakan dengan kata-katanya.

Hanum yang mendengar disebalik dinding mengetap bibir, geram! Kalau tak kerana iman dan kesabaran, dah lama dia tarik rambut hantu Lisa tu.

Tak cukup gesel-gesel, nak hasut anak dia pula.

***

"Asal Hanum kau monyok je?" Tegur Rais.

Khalif dan yang lain memandang kearah Hanum, jelas raut wajah wanita itu sedang marah atau geram sehinggakan pipi berubah menjadi merah.

"Oi, ushar sikit-sikit je. Bini aku tu." Mata dibesarkan tanda amaran.

"Itu pasal semalamlah, si Lisa tu bergesel dengan aku. Mana tak mengamuk orang rumah." Khalif melepaskan keluhan seketika.

"Pulak dah.." Fahamlah mereka kenapa Hanum badmood.

Sedang leka berbual, terdengar jeritan seorang kanak-kanak lelaki, yakni Hadi.

Kalut Khalif bangun kearah dapur, terkedu melihat situasi di depan matanya.

Baru tadi dia nampak Hanum di ruang tamu, tapi lihatlah sekarang tangan isterinya elok berada di rambut Lisa, manakala tangan Lisa berada di tudung Hanum.

"Kenapa ni?" Hadi dipandang.

"Syok tengok ibu fight-fight woo!" Jerit Hadi teruja.

Astagfiruallah anak ayah..

"Hanum, lepas tangan tu sayang. Apa gaduh ni?"

"Awak jangan dekat!" Baru sahaja tubuh mahu melangkah, terus ditegah.

Asudah, ramai orang ni lah Hanum nak buat drama.

"Sayang, nanti umi abi tengok. Nenda lagi, kawan-kawan saya lagi. Awak lepas eh? Nanti saya belanja aiskrim okey?" Pujuk Khalif sambil mendekati.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now