3

762 90 0
                                    


Suasana kelas 5 cempaka diam tiba-tiba apabila melihat Qayeed melangkah masuk bersahaja.

"Kamu kemana Qayeed? Masuk kelas sesuka hati, keluar sesuka hati." Bebelan dari Cikgu Zaki tidak diambil peduli.

Baru sahaja Cikgu Zaki mahu menyambung bebelannya, terhenti apabila melihat pelajar lelaki bersongkok masuk.

"Assalamualaikum?"

"Waalaikummussalam, kamu pasti pelajar baru kan? Kenal kan diri."

Khalif meneguk air liurnya, pahit ditelan. Songkok diperbetulkan.

"Ana.. saya Ahmad Khalif."

Hanum ditempat duduk belakang tersenyum sinis, budak alim dari langit ni.

"Itu je?" Soal Cikgu Zaki.

Khalif hanya mengangguk.

"Takpela, kamu boleh duduk sebelah Hanum, ha Hanum angkat tangan." Dengan penuh selamba gadis itu mengangkat tangan.

Khalif melihat Qayeed seolah meminta pertolongan, dia mana biasa berdua dengan wanita selain umi. Melihat Qayeed tiada respond perlahan-lahan dia mendekati gadis bernama Hanum.

"Hye hensem boy, kacak!" Usik Dee yang duduk di hadapan Khalif.

Khalif hanya tersenyum kekok, tak biasanya! Selesai pembelajaran Hanum menulis sesuatu di sticky note.

"Kau faham ke?"

Khalif melihat Hanum sekilas, dia boleh je bercakap kan? Kenapa dia nak menulis?

"Anti bisu?" Soal Khalif ragu.

Hanum memutarkan mata ke atas, susahla mamat ni.

"Aku memang tak cakap, malas."

Hanum menghulurkan sticky note yang baru kepada Khalif. Khalif hanya terangguk faham, mungkin ada la sebab kenapa dia tak nak cakap.

"Sebenarnya, masa dekat madrasah dulu saya dah belajar semua ni, maksudnya walau kami mendalami ilmu agama, tetap ilmu duniawi kami belajar." Terang Khalif panjang lebar mendapat anggukan dari Hanum.

Bunyi sahaja loceng, Dee terus menarik Hanum keluar untuk rehat. Perlahan-lahan Khalif mengukir senyuman, Hanum..

Bila menyebut terasa debaran.. astagfiruallah! Khalif meraup mukanya, baru hari pertama dah macam ni kau leka Khalif?

Qayeed menghampiri Khalif yang masih diam membatu di meja sedangkan pelajar semua berpusu keluar rehat.

"Kau lapar tak?"

Khalif hanya menggeleng, dia tak makan sangat pagi, entah loya nak muntah.

"Qayeed, kenapa Hanum tu tak cakap eh? Dia bisu?"

"Hanum tu memang macam tu, dia nak bercakap memang susah macam ada emas dalam mulut, kadang-kadang yang selalu berbual dengan dia Dee je, tu pun kene palau selalu, kesian! Kalau aku, aku cari je kawan lain, berkawan dengan budak takde mulut buat apa? Sikit-sikit sticky note!"

Qayeed masih teringat saat Hanum menulis sesuatu yang membuatkan dirinya sentap, waktu itu dia sedang merokok di dalam tandas.

"Tak baik anta cakap macam tu, mungkin dia ada sebab?" Khalif cuba berfikiran positif.

Qayeed hanya mengangkat bahu, matanya melihat tingkah laku Khalif yang mengeluarkan sebuah kitab kecil.

"Apa tu?" Soal Qayeed ingin tahu.

"Ini mini Al-quran, anta nak baca?" Pelawa Khalif.

Qayeed segera menolak, dia nak baca Al-quran? Mimpi. Solat pun tak reti. Menyetan reti lah.

"Woo.. aku tak baca benda macam ni." Qayeed menyeluk rokok di dalam poket seluar, lalu hujung potong rokok dibakar sedikit sebelum disedur sedalamnya dan dihembus lega.

Khalif terus berdiri, rokok?!

"Kau dah kenapa?" Soal Qayeed selamba.

"Anta merokok?!" Terkejut Khalif masih tak habis.

"Yelah rokok, ada nampak macam lolipop ke?"

"Atau... Kau nak try? Yela kot teringin tapi takut?"

Khalif terus berdiri menjauh, dia tak suka bau rokok, busuk!

"Ini tak elok untuk kesihatan, membazir pula tu anta." Nasihat Khalif lembut.

Qayeed hanya tergelak melihat reaksi Khalif yang terkejut, lebih dari ni pun aku pernah buat Khalif, tunggu masa kau pulak yang hanyut! Bisik hati Qayeed sebelum senyum sinis dilempar.

"Rilekla, kau ni gelabah la Khalif,bukan ada apa pun..."

Rokok kembali disedut lalu asap dihembus betul-betul dihadapan wajah Khalif.

Terbatuk-batuk lelaki itu sambil menekup mulut dan hidung, Al-quran dipegang erat.

Allah kuatkan la iman seorang Ahmad Khalif.

***

"Hanum, Khalif tu hensem siot! Geram aku!" Ucap Dee teruja.

Hanum hanya menguap, ngantuk! Semua lelaki Dee kata hensem, bagi pakcik kebun pun hensem.

"Hanum, kau tak nak berbual ke dengan aku? Pagi tadi kau cakap kot dengan aku." Dee menguis-nguis mee goreng di dalam pinggan dengan wajah suram.

Hanum mengeluh, sticky note dan pen di dalam poket dikeluarkan lalu tangannya mula menulis.

"Sorry Dee, tapi aku malas nak cakap. Takpe kau cakap je aku dengar okay? Jangan merajuk nanti kau tak cantik la :) "

Dee yang membaca sticky note itu mula tersenyum.

"Okayla! Aku ada cerita best, haritu aku layan cerita psycho! Kau tahu tak blalalalala..."

Hanum hanya menopang dagu mendengar Dee bercerita, siap ada bunyi sound effect lagi. Meja sebelah pandang je Dee sebab bising.

Sabar la Hanum, siapa lagi nak kawan dengan kau kalau bukan Dee?

***

"Amacam bro first day sekolah?" Soal Aiman yang hanya berseluar pendek.

"Alhamdulillah, okay je cuma ana pelik dengan budak perempuan nama Hanum, dia tak bercakap langsung."

Mereka berlima memandang Khalif, cerita pasal Hanum kot! Gadis pujaan para lelaki di sekolah, tapi sayang perempuan itu terlalu sombong dan angkuh untuk diajak kenal.

"Hanum? Hanum budak pengawas ke?" Soal Idan sambil duduk merapat dengan Khalif.

"Ye kot?" Soal Khalif dengan riak ragu apabila kelima-lima rakan satu dorm itu melihatnya tajam.

"Kau jangan suka Hanum pulak, tu awek aku tu!" Ucap Asiddiq.

Semua disitu membeliakkan mata, dan..

"Apasal pulak tu awek kau?! Tu awek aku lah!" Bantah Paan.

"Eh kau asal Paan? Tu bakal bini aku la sia!" Bicara Amad tegas.

Khalif menggaru kepala, pening dengan situasi begini.

"Cop-cop! Korang tak tahu ke Hanum tu bakal zaujah aku?"

Keempat-empat melihat Aiman dengan renungan yang tajam, terkecuali Khalif yang masih pening.

"Kau nak ajak aku gaduh ke Man? Nak rembat awek aku pulak!"

"Haah, kau asal man? Sini lai gaduh, babi punya Aiman! Hanum aku la sial!" Jerit Asiddiq tak puas hati.

Pergaduhan lima jejak itu terhenti tatkala..

"Apa benda bodoh korang buat ni?!" Jerik Qayeed di hadapan pintu dorm.

Baju Aiman yang dicengkam Asiddiq terlepas, rambut Idan dan Amad dilepaskan oleh Pian, semua berpura-pura seolah batuk bagi membetulkan suasana.

Qayeed ketua mereka, gila tak takut? Nak mampos?!

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now