23

695 70 2
                                    


"Ambilkan kentang dalam peti ais Hadi."

Hadi terus turun dari kerusi lalu menghampiri peti ais, bahagian atas dibuka lalu sebungkus kentang dicapai, namun tidak sampai.

Baru sahaja dia mahu menarik kerusi mendekati peti ais, ada tangan membantu.

"Nak ni?" Soal Khalif.

Hadi mengangguk. Khalif menghulurkan sebungkus kentang kepada Hadi. Melihat Hanum yang sedang tekun menggoreng nasi, membuatkan Khalif tersenyum.

Ada isteri, bangun tinggal makan je guys.

"Hadi pergi duduk depan sayang, ayah nak cakap sikit dengan ibu."

Hadi hanya menurut, ipad dibawa bersama, sejak-sejak ada tiktok ni dia selalu tengok video-video diy, tak pun video kartun diubah, entahla yang penting best.

"Hanum."

Hanum hanya mengangkat kepala menandakan apa, Khalif mendekati Hanum tangannya cuba memegang lengan Hanum.

"Eh? Apa pegang-pegang ni?" Hanum pantas menarik tangannya.

Nak masak pun tak senang, kang nasi ni hangit bising pulak.

"Nak cakap sikit."

"Cakap pakai mulut, bukan tangan."

Khalif mengeluh, nak pegang sikit pun tak boleh. Bukan luak pun kalau pegang, aku ni suami dia juga kan?

"Saya ada beli rumah, memandangkan kita baru kahwin, awak nak kita duduk dekat rumah ni atau pindah rumah yang saya beli tu?"

"Area mana?"

"Perumahan Iskandar, dekat dengan tempat kerja saya dengan hospital awak. Sekolah Hadi pun dekat je, tak jauh mana."

Hanum menuangkan kopi ke dalam cawan lalu dihulur kepada Khalif.

"Terima kasih." Kopi beralih tangan sebelum dirinya menghirup sedikit.

"Sama-sama."

Hanum kembali ke posisinya, nasi goreng diletakkan ke dalam bekas. Kuali di dalam kabinet diambil lalu minyak diisi dan dipanaskan sebelum menggoreng kentang pula.

"Saya tak kesah, asalkan semua okay."

Khalif hanya mengangguk, dia pun masih ada baki cuti 5 hari lagi, nak tak nak tu sahaja tempoh untuk menguruskan barang dalam rumah ini ke rumah baharu.

"Esok, saya panggil lori bawak almari ke apa semua ke sana, atau awak nak beli almari baru?"

"Bawak je almari, perabut dari rumah ni. "

Diam tanpa sebarang kata, masih janggal.

***

"Maaf, tapi kawan encik tak dapat diselamatkan. Dos dadah yang diambil sangat berlebihan, sekali lagi kami minta maaf."

Dirinya memandang sepi pemergian doktor lelaki itu dari belakang, tangan digenggam.

Kenapa kau mati awal sangat bodoh?
Kau dah janji nak berubah sama-sama dengan aku, tapi kenapa kau mati?

Kau tinggal aku Qayeed!

Mata terbuka luas. Nafasnya tak teratur, peluh membasahi dahi dan badan juga terasa haba.

Aiman terus bangun dari katil dan berlalu ke tandas, wajah dibasuh beberapa kali. Saat keluar dari tandas, jam dilihat.

"Baru pukul 3 pagi."

Terus dia mengambil wudhu dan solat sunat, mereka bukan mereka yang dulu. Kematian Qayeed membuatkan itu sebagai pengajaran untuk mereka berubah.

Gambar di atas meja diambil, Qayeed, Khalif, Asiddiq, Pian, Idan, Amad dan dirinya diusap. Rindu, sangat rindu.

Romance : Ahmad Khalif ✓Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz