bab 9

5.1K 331 27
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

" KENAPA takada seorang pun yang beritahu along apa yang jadi pada adik ? Kenapa nak rahsiakan ?! " Marah Azreen apabila  dia dapat tahu adiknya sudah seminggu lebih terkurung dalam bilik tanpa makan .

Abang mana yang tak risau kalau adiknya tiba - tiba saja berkurung bertambah lagi langsung tak jamah apa - apa makanan . Beritahu , abang mana ? kalau ada pun itu abang syaitan .

Suasana ruang tamu kelihatan tegang ketika ini . Dato Sri , Datin Sri dan Ariq hanya menundukkan pandangan . Gerun mereka melihat raut wajah Azreen ketika marah . Seperti raksasa yang kelaparan bertambah lagi bila dikaitkan dengan orang yang dia sayang . semakin menggerunkan lah mukanya .

" Kenapa diam ?! Jawab lah ! " Jerkah Azreen . Bergema suara nya di ruang tamu itu . Muka nya sudah merah padam menahan amarah yang semakin membara di hatinya saat ini . Tiada siapa berani melawan panahan matanya atau mengangkat muka untuk melihat Azreen . Bila dia sudah marah tiada siapa berani melawan , termasuk lah mama dan papanya .

Mereka tahu amarah Azreen tiada siapa dapat tenang kan kecuali diri sendiri atau Qalisha . Kerana Qalisha pandai membuatkan amarah Azreen hilang serta merta . Tengok saja wajah cantik Qalisha mampu membuat dia berasa tenang .

Ariq memberanikan diri untuk bersuara walaupum risiko untuk dijerkah balik hampir 98.9% .

" Bukan kitaorang taknak beritahu kau , along . Tapi kami taknak ganggu kau kat sana . Kami ingat kami boleh pujuk Qalisha sebelum kau balik tapi " Ariq diamkan diri sekejap . dia mengeluh berat sungguh dia takut saat ini ." Qalisha tetap tak bersuara . Tak menyahut " Sambung Ariq .

" Dah tu kau ingat kerja  aku lebih penting dari Qalisha ke apa ?! Sampai takut ganggu aku kat sana ?! " Jerkah Azreen . Sungguh dia geram saat ini . Ada ke patut , taknak beritahu aku sebab takut ganggu aku . kau ingat aku akan pentingkan kerja  lagi ke dari adik yang aku sayang . satu - satunya adik perempuan yang aku ada .

Kan dah kata confirm kena jerkah balik punya . Azreen bukan boleh bawa main . Kalau dah marah , siapa depan dia pun dia tak kesah . Orang tua sekalipun .

" Bukan macam tu along .." Kata - kata Ariq di potong laju oleh Azreen .

" Tak payah nak buat alasan apa - apa lagi . Aku nak naik bilik , tenangkan diri . Tak pasal - pasal aku tumbuk orang nanti " Usai bersuara , Azreen terus meluru ke tingkat atas untuk kebiliknya .

Ruang tamu yang tadi tegang menjadi suasana sayu . Datin Sri Aisyah melihat belakang tubuh anak sulungnya dengan pandangan sayu . Dia rasa sangat bersalah saat ini kerana merahsiakan tentang Qalisha . Dia nak anaknya balik ke Malaysia dan tersenyum bahagia tapi lain pula yang jadi .

Ariq meraup muka nya dan mengeluh berat . tak tahu macam mana nak terangkan lagi pada alongnya . Tapi kalau dia di tempat Azreen pun dia mesti akan mengamuk juga . kerana keluarga sendiri merahsiakan semua ini . Dia pun takkan boleh terima punya .

Azreen yang berada di dalam bilik menghempas pasu bunga yang berada di dalam bililnya . Berkecai pasu bunga itu bila bertembung dengan lantai . Api kemarahan nya saat ini tidak boleh dikawal lagi .

Dia menghempaskan punggung nya dengan kasar ke birai katil . Dia meraup mukanya dengan kasar .

Dia fikir bila dia balik , dapat lah lepas rindu pada keluarganya . Tapi haih . masalah pula yang timbul .

Dia cuba berfikir macam mana untuk memujuk Qalisha supaya keluar dari bilik itu . Hatinya terpaut risau bila memikirkan adiknya yang langsung tak jamah apa - apa makanan selama seminggu lebih ini .

Bagaimanakah keadaan adiknya . terurus atau tidak ? mesti mukanya sudah cekung bila difikirkan balik . tak sanggup dia bayangkan keadaan adiknya .

Sumpah dia akan mencari siapa penyebab adiknya menjadi seperti itu . Dia akan belasah orang itu secukupnya . Supaya sakit macam mana hati nya rasa . baru dia puas .

Tunggu lah kau ! Aku akan ajar kau cukup-cukup !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now