bab 40

5.1K 271 31
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

" MAMA PAPA , kita orang ada nak beritahu sesuatu " Rayyan memulakan bicara setelah semua sudah berada di ruang tamu . Dato sri dan Datin sri menumpukan perhatian pada pasangan pengantin baru yang baru bergelar suami isteri seminggu yang lalu . Ariq dan Azreen hanya menadah telinga manakala mata mengadap skrin televisyen yang sedang menayangkan filem boxoffice .

" Ada apa ni ? Nampak penting saja " Kata Dato sri .

" Qalisha dah mengandung ke ? " Tanya Datin sri tiba - tiba . Tersedak air liur Qalisha mendengar soalan itu . Rayyan disebelah menepuk lembut belakang isterinya . Azreen dan Ariq pula terus mengangkat muka mengadap Qalisha dan adik ipar mereka silih berganti .

Dato sri menampar lembut bahu isterinya . " Apa awak ni . Baru aje diaorang berkahwin . Takkan cepat macam ini " Aduhai isteri aku ini . Macam - macam . Tahu lah tak sabar nak dapat cucu tapi cuba bawa bersabar . Ini tak gelojoh samacam .

Datin sri mencebik bibir . Orang tanya saja pun . Itu pun nak marah . Umph merajuk lah macam ni !

" Heh ma tak ada lah . Kami nak bincang pasal benda lain " Kata Rayyan untuk leraikan salah faham itu . Dia mengusap belakang lehernya . kekok . Qalisha pula sudah menundukka muka . Rasa malu bertandang di hati . Haih author tak boleh ke kau buat sceen yang tak buat aku malu ?

" Dah tu ? Nak bincang apa ini ? " Sampuk Azreen pula setelah lama dia hanya menjadi pendengar .

" Hujung minggu ini kitaorang cadang nak berpindah rumah . Pindah rumah Iyan . Tak jauh sangat pun dari sini " Terang Rayyan . Dia melihat semua yang berada disitu supaya kata - kata dia tadi jelas di pendengaran ahli keluarga mertuanya .

Datin sri mula menayangkan wajah sedih . " Wajib ke pindah ? Tak boleh duduk sini ? " Tanyanya lirih . Qalisha tersenyum kecil melihat mama nya .

" Tak wajib pun ma cuma kitaorang nak privacy sikit . Kalau duduk rumah ni ada saja yang nak mengusik adik " Jawab Qalisha bersama pakej perli untuk abangnya . Ariq dan Azreen hanya tayang sengihan kecil .

" Eleh nak privacy . Padahal nak menjerit kuat malam - malam . Macam lah orang tak tahu . Kan along ? " Kata Ariq nakal . Senyuman mengusik langsung tak pudar dibibir .

" Betul lah tu . Kat sini kena cover sikit takut orang lain dengar " Sokong Azreen . Membuntang mata Qalisha dan Datin sri mendengarnya . Laju saja tangan Datin sri mencubit ketam pada lengan Azreen dan Ariq . Haih tak mengusik adik dalam sehari memang tak boleh ke ? Mati agaknya kalau tau mengusik .

Rayyan dan Dato sri hanya tersengih . Bukannya tak faham apa yang dikata kan oleh Ariq dan Azreen . Tersangatlah faham dah . Tapi tak nak lah ketawa kat sinikan . Nanti tak pasal - pasal kena tidur luar bilik seminggu .

Tiba - tiba terdengar esakan halus . Semua mata terus terarah pada Qalisha Terhinjut - hinjut bahu Qalisha menahan tangis . Wajahnya menunduk . Semua di ruang tamu berpandangan antara satu sama lain .

" Ya allah Qalisha ! Kenapa ni ? " Tanya Datin sri cemas . Menggelabah semua bila tangisan Qalisha semakin kuat .

" Sayang kenapa ni ? hm ? " Tanya Rayyan lembut . Bahu Qalisha dipeluk dan diusap bahu itu supaya bertenang . Azreen dan Ariq mula rasa bersalah kerana usik Qalisha terlampau teruk tadi .

Bukan diaorang tak kenal si Qalisha itu . Boleh nak mengusik tapi jangan teruk sangat kalau tak macam ini lah jadinya . Menangis , merajuk dan tak bercakap selama beberapa hari . Lebih teruk berminggu . Fuh tak leh macam ni . Tak boleh hidup aku tanpa mendengar celoteh manja Qalisha .

Rayyan mula menarik Qalisha ke dalam pelukkannya . Dicium ubun - ubun milik isterinya . Tidak dihiraukan lagi mata - mata yang ada di ruang tamu itu . Yang penting adalah isterinya .

" Shhh ... jangan nangis sayang . Along dengan angah gurau - gurau jelah . Takmo nangis macam ni " Pujuk Rayyan . Belakang badan Qalisha diusap lembut .

Azreen dan Ariq berpandangan antara satu sama lain .

" Hmm adik , along minta maaf . Along cuma gurau - gurau je . Tak tahu pulak sampai menggores hati adik . Sorry princess " Sayu Azreen memohon maaf kepada adiknya .

" Angah pun sama . Sorry baby "

Esakan Qalisha mula reda . Dia mula mengangkat wajahnya . Dikesat sisa air mata yang berada di pipinya menggunakan baju Rayyan . Rayyan yang melihat hanya redha . Kalau tak diikutkan Qalisha isterinya dah lama dia bagi penampar sulung . Nasib sayang .

Qalisha mengangkat wajahnya . Mata nya melihat semua wajah yang berada di ruang tamu itu . Tiba - tiba Qalisha ketawa sendiri . Berdekah - dekah dia ketawa . Penghuni di ruang tamu itu semua menayangkan wajah pelik .

Dah kenapa Qalisha ini ? Takkan nangis boleh jadi gila ? Parok sungguh ni .

" Adik ? Kenapa gelak tiba - tiba ? " Tanya Dato Sri . Pelik dengan perangai anak bongsunya . Kena sampuk ke apa ni ?

Ketawa Qalisha masih lagi belum reda . Kemain gelak dia . Dah serupa langsuir .

" Heh ! Sayang , what's wrong ? Are you okay ? " Tanya Rayyan . Ditepuk pipi Qalisha supaya sedar . Berkerut Qalisha menerima tamparan itu .

" Awak ! Kenapa tampar saya bagai ?! " Marah Qalisha . Hilang terus ketawanya . Rayyan menggarukan kepalanya .

" Nak sedar kan sayang lah " Jawab Rayyan polos . Qalisha terus menampar kasar peha Rayyan . meringis sakit Rayyan .

" Sha gurau jelah " Kata Qalisha . Yang lain mengerutkan dahinya . Gurau ? Gurau apa ?

" Maksud adik ? "

" Sha gurau aje pasal nangis tu . Bukan Sha nangis betul - betul pun " Semua yang berada disitu tercengeng . What the fish ?

" Prank ! Tengok situ ada kamera . Sana ada kamera . Kat sini ada kamera " Sambung Qalisha ceria dan disambung dengan ketawa besar . Terhibur dengan diri sendiri .

" Ariana Qalisha ! "






kebodohan apakah ini ?
entah pape bangang aku tulis . HAHAHHAHA . just enjoy it . sorry kalau mengarut . cuma tak ada idea saja . hohoho

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now