bab 15

5.2K 287 17
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

ENGKU Katrina berjalan dengan santai di dalam mall . Senyuman nya langsung tidak lekang di bibir merahnya yang disaluti gincu merah pekat miliknya .

Sungguh dia terasa bahagia . Emran sudah menjadi miliknya dengan sekelip mata sahaja . Dia terasa dunia adalah miliknya sekarang . Sungguh indah ! Semestinya dia akan disebut - sebut pada mulut orang nanti bila dia berkahwin dengan Emran , anak orang kaya .

Walaupun dia orang berada tapi Emran lagi kaya darinya . Dan itu salah satu sebab kenapa dia nak kan Emran . Harta semata - mata . Dan mungkin ada secebis rasa sayang di hati .

Dari satu butik ke butik yang lain dia masuk dan membuatkan paper bag di tangannya semakin bertambah dan bertambah .

Setelah penat dia bershopping sakan . Dia mengambil keputusan untuk pergi mengisi perutnya yang sudah membuat fetival rock di dalam perut . Terlihat di matanya satu restoran makanan korea .

Belum sempat dia ingin melangkah . Dia ternampak figura dua insan yang amat dikenalinya memasuki restoran itu . Dengan selambanya dia memasuki restoran itu dan duduk di meja yang diduduki dua figura tadi .

" Haih panas nya hari ni " Kata Katrina pada dua figura itu .

" Kan Hana , Deli ? " Sambung nya lagi sambil ketawa kecil di hujung ayat nya . Terkejut Hana Damia dan Tengku Delisya dengan kedatangan tiba - tiba kawan baik diaorang ini ataupun dah jadi bekas kawan baik lepas apa yang berlaku pada Qalisha .

" Kau buat apa kat sini ? " Tanya Hana kasar . Jelas disitu bahawa Hana tidak suka akan kedatangan Katrina .

" Aku buat apa ? Tengah lepak dengan kawan - kawan baik aku laa " Kata Katrina selamba sambil tersenyum manis . Dia buat macam tak ada apa berlaku . Delisya menjulingkan matanya ke atas . Meluat dia dengan manusia di hadapannya ini .

" Kawan baik ? Oh sorry , biar aku betul kan , bekas kawan baik . Ops ! " Balas Delisya sambil tangannya menekup gedik di mulut . Acah - acah tersasur kata . Hana pula senyum mengejek .

Merah muka Katrina dibuatnya . " Heh ! Aku pun tak nak lah kawan ngan korang ni ! Bukannya cantik pun . Tak setaraf dengan aku ! " Katrina membalas geram . Sakit hatinya bila dikatakan begitu .

" Heh kau mulut tu baik - baik sikit ! Kau ingat kau cantik sangat ke ? Dengan perangai rampas boyfriend kawan baik sendiri ! Ada hati nak mengata orang ! " Sinis senyuman dibibir Hana . Puas dengan ayat yang dileparkan kepada Katrina . Biar betina ni tahu langit itu tinggi ke rendah . heh ada kaitan ke ?

Katrina tersenyum sinis . " Aku bukan rampas hak dia . Dia dah putuskan ? So Emran dah tak berpunya "

" Itu selepas Qalisha tahu hubungan korang ! Kalau kau tak ada hubungan dengan si Emran tu ! Takada nya Qalisha putus dengan Emran ! " Marah Delisya bengang . Dia rasa nak mencarut saja . tapi ditahan niatnya kerana dia di tempat awam .

Pelanggan di dalam restoran mula melihat ke arah mereka selepas mendengar suara Delisya yang agak kuat memarahi Katrina .

Katrina terkedu bila di tengking sebegitu oleh Delisya merangkap kawan baiknya dulu sebelum semua ini terjadi . Dia akui memang Delisya tak pernah menekingnya . Kerana meraka ibarat adik beradik seperti Qalisha dan Hana . Tapi tak serapat Qalisha dan Hana yang seperti belangkas .

Tapi semua dah musnah . Hubungan persahabatan yang terjalin semakin lama semakin retak . Salah dia ke ? Dia cuma menolong . Haih .

" Asal diam ? Dah tak ada modal nak menjawab huh ? " Tanya Hana . Dia pun terkejut juga bila Delisya meninggikan suara tadi . Marah betul Delisya kali ini .

Katrina tanpa jawab apa - apa terus pergi meninggalkan restoran itu . Niatnya yang ingin menjamu selera terbatut apabila terjadinya pertengkaran antara dia dan bekas kawan baiknya .

Mungkin salah nya juga sebab pergi mengacau mereka . Haih ! Tapi dia tak kisah , asalkan Emran dah jadi miliknya .

Hana dan Delisya hanya melihat belakang Katrina yang hampir menghilang . Delisya mengeluh berat . Penat dengan apa yang jadi walaupun bukan pada dirinya . Dia kesiankan Qalisha tapi dia tak sanggup putuskan tali persahabatan dengan Katrina .

Dia tak tahu nak buat apa sekarang .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now