bab 48

4.3K 238 3
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

MEJA makan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah itu menarik minat Rayyan yang baru turun ke bawah . Seharian hari ini , dia hanya terperuk dalam bilik kerja saja . Banyak kerja yang perlu dia selesaikan . Lagi - lagi bila dah dapat projek baru ni , lagi sibuk lah dia . Tapi kesibukkan itu langsung tak menghalang dia untuk bermanja dengan si isteri tercinta . Ahaks !

Dahi Rayyan berkerut seribu melihat juadah yang hampir penuh meja itu . Bini aku ni dah kenapa ? Banyak betul masak . Kebulur ke macam mana ni ?

Qalisha yang keluar dari dapur hanya mengabaikan saja suaminya itu . Tanganya sibuk meletak makanan - makanan yang di bawa dari dapur . Rayyan yang perasan akan kewujudan Qalisha . Mengalihkan matanya melihat Qalisha .

" Sayang , kenapa banyak sangat makanan ni ? Sayang nak buat apa banyak - banyak ni ? Kenduri ? " Tanya Rayyan . Qalisha yang mendengar soalan Rayyan terus menghentikan aktivitnya . Kepala diangkat memandang Rayyan .

" Seriously ? Awak lupa ke ? "

" Lupa apa ? "

Qalisha yang mendengar sudah menepuk dahi sendiri . Ya allah suami aku ni . Dah kenapa jadi pelupa pula ni ? " Family kita nak datang rumah lah . Semalam kan saya dah beritahu "

Rayyan yang mendengar seperti nak ketuk kepala sendiri ke dinding . " Ya allah saya lupa lah sayang . Aduh lah . Ada apa - apa nak saya tolong tak ? "

" Macam mana tak lupa kalau dalam kepala otak tu ada kerja jee . Sibuk betul ! Tak ada nak buat apa - apa dah . Semua dah siap cuma air jee nanti buat " Balas Qalisha . Lepas saja letak hidangan terakhir terus dia berlalu pergi ke dapur kembali . Rayyan yang mendengar nada berjauh hati Qalisha sudah mengutuk diri sendiri .

Bebal lah kau Rayyan . macam mana boleh lupa ni ? Bodoh betul ! Habis isteri kau dah jauh hati . haih .
























Siang sudah pun melabuh kan tirai , malam pula menjelma kembali dengan bintang yang bertaburan indah di dada langit .

Qalisha sibuk persiap kan diri di depan cermin . Tudung bawal yang berada di atas katil di ambil dan diletakkan pada kepala setelah anak tudung dipakai . Kerongsang yang sudah diletakkan di atas meja solek di ambil dan dipinkan di bawah dagu . Awning tudung dibetulkan apabila ada yang kelihatan kembung .

Rayyan keluar dari bilik air dengan hanya memaikai seluar . Dia pergi ke wardrope dan mengambil baju t-shirt berwarna putih . Setelah siap di pakai , dia keluar dari wardrope . Matanya terlihat Qalisha yang sedang duduk di meja solek . Dari kejadian petang tadi lagi , Qalisha tak menghiraukannya . Terasa hati betul isterinya itu . Dalam tak sedar Rayyan mengeluh perlahan .

Kakinya  menapak perlahan ke arah Qalisha . Qalisha yang berada di meja solek hanya buat tak tahu akan kedatangan suaminya . Bukan dia tak nampak Rayyan yang melihat kearahnya lama tadi melalui cermin . Namun saja dia endahkan . Sesampai saja di belakang Qalisha , Rayyan memegang lembut dua belah bahu isternya .

Pengganti Cinta ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang