bab 1

18.1K 454 13
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

SEORANG gadis yang memakai blouse berwarna pink muda bersama seluar jeans hitam dan diikuti tudung shawl hitam yang dibelit ringkas di atas kepalanya sedang meneliti dirinya di cermin solek biliknya . Dia tersenyum kecil selepas puas dengan penampilannya hari ini .

Dia terus ke bawah untuk menjamah sedikit sarapan yang telah disedia kan oleh pembantu rumahnya yang telah lama berkhidmat untuk dia dan keluarganya , Mak Mah .

Sampai saja di meja makan , terus dia menyapa papanya yang sedang menghirup sedikit kopi di meja makan .

" Good morning , papa ! " Sapa Ariana Qalisha dengan ceria .

Duduk saja di kerusi , dia terus mengambil roti yang telah dibakar dan dia menyapu jem coklat kegemarannya , jem coklat gardenia .

" Good morning , Ariana ." Balas Dato Sri Ukasyah Zainudin acuh tak acuh .

" Asal papa ni , orang sapa elok - elok dia sapa macam tu je " . Protes Ariana Qalisha sambil muncungkan sedikit bibirnya .

" Heh , apa ni ? Papa dah balas kan ? " . Kata papanya dengan ketawa kecil .

" Ish awak ni , kalau tak kacau anak dara awak ni dalam sehari memang tak boleh hidup ke ? " . Sampuk Datin Sri Aisyah yang baru keluar darj dapur sambil membawa piring kuih yang diperbuat oleh nya pada awal pagi tadi .

Walaupum rumahnya mempunyai pembantu rumah tapi Datin Sri Aisyah tetap juga rajin ke dapur untuk menolong atau memasak . Sudah jelas Datin Sri Aisyah bukan seperti datin di luar sana .

Yang asyik goyang kaki , shopping habis kan duit dan pergi ke kelab orang-orang kaya .

" Ish awak apa tahu . Saya cuma nak bergurau dengan anak perempuan saya saja . Kalau nak bergurau dengan awak bukannya awak nak layan pun . Haa ni , angah mana ? . Nak kata dah pergi kerja rasa macam mimpi pulak . Anak teruna awak tu bukannya suka bangun awal , bangun tak lagi ke entah si Ariq tu ." . Panjang lebar Dato Sri Ukasyah Zainudin membebel mengenai anak terunanya yang sorang itu .

Kenal sangat dengan perangai Ariq Irfan , anak keduanya itu . Yang suka tidur lewat main game laa , apa lah . Tengok bangun pun lewat , tak berdisiplin langsung . Masuk office pun tengah hari . Tahu anak ceo tapi ingat boleh suka hati ke masuk lambat ?
Potong gaji kakrang , baru tahu langit tu tinggi ke rendah .

Dua - dua anak lelakinya bekerja di syarikatnya tapi anak pertama dia , Azreen Aiven sedang cuba kendalikan syarikatnya di Amerika . Manakala , Ariq Irfan sedang dalam proses untuk mencuba nasib nya pula pada syarikat dekat Malaysia . Manalah tahu dah jadi CEO boleh lah dia semakin lambat pergi kerja . Naya je pekerja di syarikat dapat boss yang pemalas .

" Huish papa , pagi - pagi dah kutuk angah eh " . Kata Ariq Irfan yang entah bila sudah sampai di meja makan itu .

Ariana Qalisha terus hamburkan tawanya . Sungguh dia rasa kelakar dengan papanya yang kutuk angah tanpa lihat sekelilingnya . Kalau boleh nak kutuk depan - depan .

" Aik , awal bangun . Ada apa - apa ke ? " . Tanya Dato Sri kepada Ariq Irfan dengan perasaan yang tertanya - tanya . Pelik . Itu yang boleh dikatakan olehnya . Jarang anak nya yang sorang ni nak bangun awal lagi - lagi bangun untuk pergi kerja .

" Apa ? Mana ada apa - apa lah . Saja bangun awal , bosan tidur " . Kata Ariq Irfan dengan selambanya .

" Hm , tak apa laa . Angah pergi office dulu " . Sambung Ariq Irfan dan menyalam kedua - dua tangan syurganya . Sempat lagi tangab itu menggosok kepala adik kesayangannya . Habis senget tudung yang dipakai oleh Ariana Qalisha .

" Angah ! Apa ni , suka hati je rosakkan tudung orang ! " . Kata Ariana Qilisha dengan geram . Tunggu kau angah , ada ubi ada batas , ada hari aku balas !

Kedua - dua orang tuanya hanya menggelengkan kepala . Riuh rendah rumahnya dengan suara anak - anaknya . Ini baru dua orang tak tambah lagi yang sulung . Kalau tak , tak tahu apa laa jadi . Pening kepala mereka untuk melayan . Tapi itu lah kebahagiaan dia orang .



" MANA sha ni ? Kata otw , ni dah 20 minit kita tunggu . Tak nampak - nampak batang hidungnya " Bebel Tengku Delisya yang sedang mengipas dirinya dengan tangan . Rasa ke angin tu kak oi .

" Sabar lah . Kau ni macam tak kenal saja dengan Qalisha tu " Kata Hana Damia yang sedari tadi tak bersuara . Bukannya taknak bersuara , kau tahu - tahu je lah kan kalau si Delisya ni membebel , pagi esok pun belum tentu habis .

Terlihat di pandangan Hana Damia kelibat sahabat yang ada ketika susah dan senangnya sedang berlari menuju ke arah mereka .

" Wei - wei korang . sorry , sorry " Kata Ariana Qalisha dengan nafas yang tercungap - cungap . Semua salah parking ! kalau tak penuh tak sah kan . Mujur ade kereta yang dah nak keluar dari kotak parking takdi kalau tak sampai malam pun tak jumpa lagi .

Pavillion Mall ni memang ramai orang . Lagi - lagi masa hujung minggu . Ada yang datang bawa anak - anak jalan , ada yang datang shopping dan ada juga spesies yang datang nak cuci mata . Jenuh lah nak cari parking .

" Kau pergi mana ? " Tanya Engku Katrina dengan kasar . Aku tak ada mood ni , kau pulak buat hal . Apa lah nasib badan .

" Sorrylah , aku cari parking tadi tapi tak jumpa . Ni baru je jumpa tadi " Pandangannya di tundukkan bukan takut pada kemarahan kawan rapatnya itu tapi rasa bersalah menyebulungi diri kerana tidak menepati masa .

" Dah lah aku nak balik . Semak je ! " Kata Engku Katrina dan berlalu pergi tinggalkan mereka terpinga - pinga . Ariana Qalisha yang tahu itu salahnya hanya menundukkan kepala .

" Asal dengan Kat tu wei ? " Tanya Tengku Delisya dengan rasa pelik . Berkerut keningnya . Apa masalah kawan dia yang sorang ni ? period ke ? maybe .

" Entah aku . Sha dah la tu , bukan salah kau pun . Nak buat macam mana dah kau tak jumpa parking kan . Dah jangan sedih . Dah tak comel dah Ariana Qalisha kita ni , nanti Emran dah tak pandang " Pujuk Hana Damia diakhiri gelak kecil diakhir ayatnya . Gurau je .

" Betul tu , bukan salah kau . Jom pergi makan aiskrim , aku belanja ! " Kata Tengku Delisya dengan riang . Ariana Qalisha tertawa kecil dengan gelagat Tengku delisya seperti budak kecil . Suara pun comel je .

" Aiskrim je ? Kedekut betul lah kau ni " Protes Hana Damia dengan cadangan Tengku Delisya .

" Aku belanja pun kira baik . Nak tunggu kau ? Lambat lagi . " Selamba Tengku Delisya membalas protea si Hana itu . Kau ingat aku kesah , kau protes ? Nak suruh pujuk ? Lambat lagi .

" Dah - dah , jangan nak gaduh kat sini . Jum pergi makan aiskrim ! " Sampuk Ariana Qalisha sambil menarik tangan Hana Damia dan Tengku Delisya . kalau tak leraikan makin menjadi nanti lebih baik cegah awal-awal . Terbit senyum kecil di bibir Hana Damia melihat sahabat nya tak lagi rasa bersalah .

Baik sangat kau ni , Qalisha .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now