bab 44

4.6K 254 8
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

REMOTE televisyen ditekan berkali - kali untuk menukar siaran televisyen . Langsung tak ada cerita yang menarik perhatian nya  . huh ! Dia mendengus geram . Dilemparnya remote televisyen ke tepi dengan kasar .

Geram ! Bosan ! Nak menjerit !

" Aaargghhhh ! " Jerit Qalisha kuat . Diramas geram rambutnya . Habis serabai dibuat . Dah macam mak limah versi moden .

Rayyan yang berada di ruang kerja nya terkejut bila mendengar suara Qalisha menjerit . Gelas yang berada di tangan tadi sudah selamat berdarat di lantai . Habis pecah berderai . Astaghfirullah ! Kenapa Qalisha menjerit ?  Malas memikirkan nya , dia terus memecut laju keluar dari bilik . Isterinya lebih penting .

Terdengar bunyi tapak kaki seseorang menuruni tangga dengan tergesa - gesa .

" Sayang ! Sayang ! Kenapa ni ? Kenapa menjerit ?! " Tanya Rayyan cemas . Kaki laju di bawa melangkah ke arah Qalisha yang sedang duduk memeluk lutut di sofa . Dah macam orang sakit jiwa saja lagak isterinya .

Mata liar memandang sekeliling . Takut - takut bahaya tiba - tiba datang . Mana tahu ada perompak ke ? Sebab itu isterinya menjerit .

" Sayang ! Sayang ? " Panggil Rayyan lagi bila tiada sahutan dari Qalisha . Dia duduk di sebelah isterinya . Tangan naik memegang bahu Qalisha dengan lembut .

" Sayang , kenapa ni ? Ada perompak ke ? Dia buat apa pada sayang ? "

Qalisha tidak membalas tapi kepala nya diangkat perlahan - lahan . Dia memandang wajah suaminya disisi . Penuh dengan kerisauan . Rayyan risaukan aku ? heh ! Mesti lah dia risau , aku kan isteri dia .

Qalisha menggelengkan kepalanya sedikit . Menjawab soalan Rayyan tentang perompak . Rayyan pula mengerutkan dahinya . Kalau tak ada bahaya , kenapa Qalisha menjerit ? Belum sempat Rayyan bertanya lebih lanjut , Qalisha sudah berkata dahulu . 

" Saya bosannnnn " Adu Qalisha manja . Kepala direbahkan di bahu Rayyan . Terletus tawa kecil Rayyan dengan aduan Qalisha . Ya allah isteri aku , sebab bosan menjerit macam ada perompak saja . Haih , pening dibuatnya .

Rayyan selesakan kedudukannya di sofa . Badan disandar santai pada sofa . Huh sedapnya . Boleh juga rehat , renggangkan badan . Nasib baik Qalisha menjerit tak ada lah nak mengadap kertas kerja  setiap jam . Gelas tadi tuu ... hm biarkan lah dulu . Nak bermanja dengan isteri dulu .

Tangan naik mengusap lembut rambut Qalisha . " Kenapa tak tengok TV ? " Tanya Rayyan setelah berdiam diri . Selalunya , Qalisha akan terperap depan TV . Nak tengok cerita dia lah . Setiap jam ada saja cerita dia . Kita nak bermanja - manja pun kena marah . umph !

" Tak ada cerita best pun . Habis satu TV tu saya terokai tapi tetap tak ada cerita yang berkenang di hati "

" Aik , biasanya setiap jam ada je cerita awak nak tengok . Sampai saya nak bermanja pun tak leh " Ungkit Rayyan . Bibir dimuncungkan . Merajuk !

Qalisha tergelak . Dah pandai main ungkit - ungkit dah suami saya ni ye . " Alaaaa sorry lah . Dah awak nak bermanja masa time tak tepat . Kenalah awak "

" Tapikannnn ... hari ini tak ada cerita yang saya nak tengok . Mungkin TV berkerjasama kot nak suruh saya manja kan awak hari ni . Layan suami saya je hari ni " Sambung Qalisha lagi .

Rayyan tersengih besar mendengar nya . hihi sukanya ! Alahai TV . Aku betul - betul sayang kau kali ni . Terima kasih bagi kerjasama . Terharu woi !

" Betul jugakkan . Dapat lah merasa dimanja oleh isteri sendiri hari ni " Kata Rayyan . Tangan pula sudah menggatal . Dari rambut ke bahu . Dari bahu ke pinggan . Dari pinggan ke pung ...

Pak !

" Aduh sayang ! " Menjerit kecil Rayyan bila Qalisha memukul kuat tangannya .

" Haaaa gatal lagi tangan tu . Kerat ni kang tangan tu . Menggatal aje kerjanya "

" Alaaa sayangggg . Bukannya selalu pun . Kata nak manjakan suami "

" Bukannya nak manjakan macam tu . Manja biasa - biasa sudah lah ! Otak tu kotor sangat ni . Nanti keluarkan otak tu " Pesan Qalisha pada Rayyan . Rayyan pula sudah menayang wajah blur . Keluarkan otak ? Nak keluarkan macam mana  ?

" Kenapa kena keluarkan ? "

" Saya nak clorox kan otak awak tu . Biar bersih maha suci . Tak ada lah nak fikir benda tak senonoh je " Bebel Qalisha . Kepala diangkat dari bahu Rayyan . Mulut terkumat - kamit membebel .

Rayyan masih lagi ligat memikir tentang keluarkan otak . Hah hiraukan lah ! Buat pening kepala je . Rayyan melihat ke sebelah . Qalisha sudah berhenti membebel . Dah penat mungkin .  Alhamdulillah !

Tanpa memberi signal , Rayyan terus merebahkan kepalanya di peha Qalisha . Terkejut Qalisha . Nasib baik tak melatah . hish ! Nasib baik suami je kalau tak dah lama ni .

" Sayangggg " Meleret Rayyan memanggil . Qalisha hanya menghm kan saja . Malas nak bercakap . penat !

" I miss you " Luah Rayyan sedih . Wajahnya mula bertukar mendung . Mata nya memancarkan kesedihan . Qalisha pula sudah terkedu mendengar . Rindu ?  Dia melihat wajah Rayyan .

" Kenapa cakap i miss you tiba - tiba ni ? Bukannya kita berjauhan pun . Saya ada je dengan awak " Kata Qalisha pelik . Kenapa tiba - tiba je ni ? Diaorang pernah jauh ke ? Rasa nya Rayyan selalu berkepit dengan dia . Tak faham lah dia ni .

" Betul . Memang sayang selalu ada dengan saya . Selalu disisi saya , tak pernah berjauh tapi ... " Rayyan menggantungkan ayatnya . Kepala didongakkan sedikit melihat ke mata Qalisha .

" Aku tetap rindu kau . Rindu yang aku pendam selama aku menghilang . Rindu yang tak mampu aku luahkan " Sambung Rayyan di dalam hati . Air mata mula bergenang sedikit . Wajah pula masih mendung .

" Tapi apa ? " Tanya Qalisha bila melihat Rayyan lama mendiamkan diri . Tersentak Rayyan dari lamunan pendek nya . Dikesat air mata yang hampir mengalir di hujung mata . Dia mula melihat kembali ke arah Qalisha . Senyuman kecil dihadiahkan menutup rasa di hati . Semoga Qalisha tak perasan akan air mata nya tadi .

" Tapi ... aku tetap rindu budak kecik ni ! " Jerit Rayyan dengan wajah gembira sambil mula mengeletek pinggan Qalisha . Terkejut Qalisha dibuatnya .Tak bagi signal langsung ! Nasib tak ada penyakit berbahaya . kalau tak dah lama pergi ni .

Berdekah - dekah tawa yang keluar dari mulut Qalisha . Tanganya tidak berhenti menolak tangan Rayyan di pinggan . Geli nya ya tuhan ! Rayyan ikut ketawa bersama Qalisha .

Berguling - guling mereka di sofa itu . Rayyan pula langsung tak bagi Qalisha peluang melepaskan diri . Lagi lagak dia menggeletek Qalisha .

Ketawa mereka mula bergema di ruang tamu itu . Gurauan mereka menghiasi rumah kosong itu dengan indah sekali . Setiap ruang rumah itu mempunyai diri mereka bersama senyuman bahagia . Di setiap pelosok rumah itu mempunyai pelbagai memori yang indah . Bahagia sungguh pasangan itu rasakan kini sehingga tidak sedar yang setiap rumah tangga mesti ada turun naik nya . Setiap rumah tangga mesti akan berlaku pergaduhan . Dan setiap rumah tangga mesti ada ujian yang tersendiri . Ujian yang berat mahupun ringgan .

Semua nya atas kehendak sendiri . Mahu menyelesaikan macam mana dan mula kan dari mana . Mahu menerima dengan hati macam mana ? Tenang dan redha ataupun marah dan benci ? Semua itu terletak pada diri sendiri . Orang yang betul - betul bijak akan menyelesaikan masalah dengan otak dan hati . Dan orang yang bodoh akan menyelesaikan dengan emosi dan perasaan .



























sorry sebab lama dah tak update :(  saya busy sangat dengan hal sekolah sampai tak sempat nk buka wattpad . im so sorry 😭 .

Jangan lupa vote and comment !


Pengganti Cinta ✓Onde as histórias ganham vida. Descobre agora