bab 32

4.6K 302 2
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

HARI persandingan Emran dan Katrina telah pun tiba . Tetamu berpusu - pusu masuk ke dalan dewan hotel milik keluarga Emran sendiri .

Mereka membuat majlis di hotel kerana tetamu yang ramai akan menyesakkan halaman rumah milik Keluarga Dato Kamal .

Dewan sudah pun di penuhi dengan tetamu . Kerusi - kerusi yang kosong mula di duduk oleh orang . Sebentar saja lagi Emran dan Katrina akan memasuki dewan ini bersama .

Keluarga Dato Kamal sibuk melayan tetamu . Dia bersalam dan membawa tetamu ke meja - meja kosong yang masing lagi tak berpenghuni .

Tidak lama kemudian , Emran dan Katrina memasuki dewan setelah pengacara mengumumkan ketibaan raja sehari pada malam itu . Tangan Emran dipaut oleh Katrina manja .

Kartina tersenyum bahagia . Lain pula Emran senyuman yang tak ikhlas ditayangkan . Tak nak lah orang cakap dia kahwin dengan perempuan sebab terpaksa dan bukannya cinta . Walaupun dia memang terpaksa dan langsung tidak mencintai .

Mata nya meliar di sekeliling dewan mencari keberadaan si gadis yang di cintai . Namun hampa , langsung tak ada kelibat . Keluarga si gadis pun tak ada . Tak datang kah si gadis nya di hari keseksaan nya ini .

Qalisha duduk menunduk bermain dengan jari - jarinya . Dia sedang malu termasuk menyorok dari Emran menjumpainya . Malu kerana ada begitu ramai orang di dalam dewan ini . Dah lah dia tak suka tempat ramai - ramai macam ni . Lagi - lagi jadi tumpuan orang . Malu dia tak leh bawak bincang langsung !

Ariq yang berada di sebelah memandang adiknya . Tahu lah dia adik nya malu tahap dewa . Macam mana lah kalau kahwin nanti , sampai ke lantai menunduk .

" Adik , chill lah ! Kawal sikit malu tu " Kata Ariq . Pening dia dengan sikap malu adiknya . Kalau kat rumah tak ada nya malu macam ni . Macam monyet ada lah .

Qalisha mengangkat mukanya . " Takut lah angah ! Malu ! " Dia membalas pandangan abangnya yang segak memakai tuxedo berwarna maroon dan terselit kain kecil yang dilipat kemas di poket kot nya .

" Sikit je lagi ni . Nanti balik lah . Dah jangan nak malu - malu lagi . Cucuk lubang hidung tu kan " Kata Ariq . Tergelak kecil dia . Qalisha menarik muka . Apa angah ni nak main cucuk pula .

Tiba masanya untuk pergi ke atas pelamin yang terletak gah di depan sana untuk percikan air mawar dan memberi ucapan tahniah . Ramai tetamu sudah ke atas dan berlalu keluar dari dewan untuk balik dan ada yang masih lagi di dewan sambung menjamah makan atau bersembang dengan rakan - rakan .

" Angah pergi dulu tau . Bye " Dengan selambanya dia terus meninggalkan Qalisha terpinga - pinga di meja makan . Mama dan papanya sudah rancak bersembang bersama keluarga Dato Kamal dan rakan - rakan yang lain . Azreen pula entah kemana menghilang setelah sampai tadi . Mungkin bertegur sapa dengan kawan - kawan dia . Dan sekarang Ariq pula yang tinggalkan dia seorang diri .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now