bab 11

5.3K 332 4
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

KE hulur ke hilir Azreen di depan bilik rawatan Qalisha . Keluarganya yang lain sedang duduk menunggu dengan sabar . Datin Sri Aisyah dari tadi asyik menangis di dalam pelukkan suaminya .

Sudah sejam berlalu namun masih lagi tiada tanda - tanda bahawa doktor akan keluar . Hatinya dipaut rasa gelisah . Pelbagai andaian bermain di fikirannya .

Bunyi derapan kaki yang banyak sedang datang ke arah mereka , serentak mereka menoleh ke kanan . Kelihatan datang satu keluarga ke  arah mereka .

" Ya allah , aisyah . Apa yang jadi pada Qalisha ? " Tanya Datin Medina pada kawan baiknya dari zaman universiti lagi . Datin Medina terus memeluk Datin Sri Aisyah untuk memberi kekuatan .

Dato Kamal menepuk bahu sahabatnya . Takkan nak berpeluk pula nanti apa orang sekeliling kata . Lain lah perempuan dah memang tabiat bila berjumpa berpeluk sakan , menjerit macam pontianak .

" Aku tak tahu Dina . Tak tahu " Kata Datin Sri dengan esakkannya .

Emran Iskandar bersandar pada dinding . Tertunduk lemah dia . Dia risau dengan keadaan Qalisha . Sungguh hatinya rasa gundah gulana . Walaupun pun dia dan Qalisha dah tak ada hubungan tapi perasaan cinta pada Qalisha masih mendalam dalam hatinya .

Azreen melihat Emran lama . Dia sedang memikirkan sesuatu . Ayat yang di ungkapkan oleh Qalisha bermain di dalam fikirannya semula .

" Dia pengkhianat . Dia curang "

Dahinya berkerut hairan . Ada kaitan dengan Emran ke ? Curang ? Takkan Emran curang kot . Emran amat mencintai adiknya sampai sanggup habiskan masa dengan Qalisha walaupun masih lagi banyak kerja yang perlu Emran buat . Lama dia berfikir . Tiba - tiba pintu bilik Qalisha terbuka dari dalam . Terpancul keluar figura yang memaikai kot putih dan  teleskop di lehernya .

" Uncle " Panggil Doktor Eidil atau pun nama sebenarnya Eidil Amsyar Dato Kamal . Dia adalah anak sulung pada  Dato Kamal , abang kepada Emran Iskandar .

Terus mereka datang dekat . " Macam mana dengan adik aku , bro ? " Tanya Azreen cemas .

" Alhamdulillah , dia tak apa - apa . Cuma dia kehilangan banyak air dalam badan dan mungkin dia kena tahan wad dalam seminggu " Panjang Doktor Eidil menerangkan keadaan Qalisha , bakal adik iparnya nanti . Insyaallah .

" Alhamdulillah " Ucap syukur mereka semua dengan keadaan Qalisha . Walaupun Qalisha perlu ditahan wad tapi alhamdulillah tiada yang serious berlaku pada kesihatan Qalisha .

" Bila boleh melawat Qalisha , Eidil ? " Tanya Datin Sri Aisyah . Tak sabar dia  nak melawat anak daranya . Hatinya yang tadi resah sekarang keadaan sedikit tenang selepas mendengar kesihatan anak nya baik .

" Mungkin esok sebab nak suruh Qalisha rehat dulu . Dia penat tu " Kata Doktor Eidil .

Yang lain mengangguk . Faham dengan apa yang disampaikan oleh Doktor Eidil .

" Mama , jum balik dulu . Esok kita datang melawat adik . Adik kena rehat " Ajak Ariq . Datin Sri hanya menganggukkan kepalanya . Terus mereka bergerak untuk pulang ke rumah . Esok mereka akan datang jadi harus lah rehat secukupnya .

Selepas semua balik , Emran bertemu abangnya .

" Along . Qalisha akan okay kan ? " Tanya Emran risau . Doktor Eidil ketawa kecil . haih lah adik aku ni , risau sangat .

" Jangan risaulah . Bakal adik ipar aku tu okay je . Cuma perlu rehat secukupnya " Kata Doktor Eidil . Emran tersenyum hambar apabila Doktor Eidil menyebut ayat 'bakal adil ipar' .

Kalau lah benda itu akan jadi kenyataan . Aku orang yang paling bahagia sekali sebab dapat miliki gadis sebaik dan secantik Qalisha . Namun sayang , semua nya hanya lah mimpi yang mungkin takkan jadi kenyataan . Sebab kesalahan sendiri , ia memakan diri .

Saya rindu awak , Qalisha .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now