bab 10

5.5K 325 4
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

A

ZREEN mencuba nasibnya buat kali ke 5 untuk memujuk adiknya keluar dari bilik . Nasibnya yang ke 1 hingga 4 pada hari ini kurang baik kerana tiada sahutan dari Qalisha . Insyaallah dengan bismillah Qalisha akan memberi respond walaupun hanya satu patah perkataan yang keluar dari mulut comel itu .

Pintu bilik itu diketuk beberapa kali . " Adik . Jum makan . Dah banyak hari dah adik tak makan . Nanti sakit , along juga susah " Pujuk Azreen lembut . Tiada sahutan . Namun Azreen tidak menyerah kalah . Dia terus memujuk .

Kenapa Azreen saja yang pujuk Qalisha ? sebab Azreen dah beri amaran keras pada Dato Sri , Datin Sri dan Ariq supaya dia saja yang memujuk Qalisha . dan mereka hanya patuh .

" Qalisha sayang , jangan lah macam ni . Keluar makan jum . Mama masak makanan kegemaran Sha tau " Pujuk Azreen dengan makanan kegemaran Qalisha pula . mana lah tahu menjadi .

" Qalisha .." Belum sempat Azreen menghabiskan ayatnya . bunyi kunci pintu dibuka membuatkan Azreen tersentak .

Tanpa membuang masa , Azreen terus memulas tombol pintu bilik Qalisha dan masuk ke bilik itu . Masuk sahaja ke dalam bilik , jelas di kornea matanya figura yang amat dikenali nya tapi kelihatan sedikit kusut dengan rambut yang sedikit serabai .

Dia melangkah dengan perlahan ke arah Qalisha . Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qalisha yang asyik menunduk sedari tadi .

" Qalisha " Panggil Azreen lembut . Sayu hatinya melihat adiknya sebegini rupa . rambut yang kusut masai , wajah nya cekung mungkin kerana tidak makan sudah seminggu lebih dan sempat dia menangkap mata Qalisha yang terlampau sembab .

Qalisha mengdongakkan kepalanya dan berpaling ke tepi melihat Azreen , abang sulungnya .

Terkejut Azreen melihat Qalisha dengan pandangan dekat . Ya allah . Qalisha terus meluru memeluk Azreen . terdorong ke belakang sikit Azreen namun dia pun terus membalas pelukan adik nya . menangis teresak - esak Qalisha di dalam pelukan abang nya .

" Dia pengkhianat . Dia curang " Rintih Qalisha .

Azreen mengerut kan dahinya tanda tidak mengerti apa yang keluar dari mulut Qalisha . haih , nanti-nanti lah tanya kawan adik aku .

Azreen cuba menenangkan Qalisha dengan tepuk belakang Qalisha .

" Syhhhh , dah jangan cakap . Nangis habis dulu " Ujar Azreen .

Selepas beberapa minit tiada lagi esakkan keluar dari mulut Qalisha . Azreen melepaskan pelukan .

" Jum turun makan nak ? " Tanya Azreen lembut . Qalisha hanya menganggukkan kepalanya . Azreen menolong Qalisha untuk bangun . Tidak sampai lima langkah , Qalisha rebah tidak sedarkan diri .

Terkejut Azreen , terus dia memangku kepala Qalisha . " Adik , bangun adik . Kenapa ni ? " Cemas Azreen dibuatnya . Dia menepuk pelahan pipi adiknya , tiada sebarang respond .

Tanpa membuat masa Azreen terus mencempung Qalisha untuk bawa  ke hospital .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now