bab 2

6.2K 371 5
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

KERETA Audi R8 di parking elok di kotak parking hadapan Pavillion Mall . Seorang lelaki keluar dari kereta dengan tergesa - gesa dan berlari anak untuk masuk ke dalam mall .

Banyak mata yang memandangnya , mungkin pelik dengan tingkah laku lelaki muda yang berumur 25 tahun itu yang seperti ada kecemasan ataupun mungkin dapat mengcuci mata mereka dengan melihat lelaki itu yang segak dengan kemeja kelabu dan lengan disising hingga ke siku . Rambut yang disikat rapi . bentuk muka yang sedikit bujur dan berkulit sawo matang. Ternampak kacak di mata gadis - gadis yang berada di mall itu .

Dia tidak menghiraukan mata - mata yang memandangnya yang penting sekarang adalah kekasih hatinya yang menunggu dia lebih 30 minit yang lalu . Kakinya dibawa dengan laju untuk ke cafe .

Sempat dia melihat jam casio yang terletak di pergelangan tangannya sekilas . ' aduh dah lambat ni ' Desis hatinya .

Masuk sahaja ke cafe terus dia mencari susuk tubuh kekasih yang dicintainya selama 3 tahun ini . Nampak figura kekasihnya laju sahaja kaki melangkah ke meja yang diduduki kekasihnya . Excited lah nak jumpa buah hati bukannya selalu jumpa .

" Hei , sayang . Sorry i'm late " Ujarnya lalu menarik kerusi di hadapan kekasihnya . Nafas yang masih laju diaturkan dengan sebaik mungkin .

Ariana Qalisha terus mengangkat muka apabila ada suara yang amat dikenalinya menegur . Terus masam muka gadis itu bila bertembung mata dengan si dia . Emran iskandar tergelak kecil melihat muka masam buah hati nya . Buat muka macam itu pun comel , haish .

" Awak lambat lagi , Emran ." Kata Ariana Qalisha kepada Emran iskandar .

" Sorry sayang . Emran ada meeting tadi . Habis saja meeting , Emran terus datang sini nak jumpa dengan buah hati Emran ni " Kata Emran Iskandar dengan bersungguh - sungguh untuk membuktikan pada kekasihnya bahawa dia tidak menipu .

Pernah lah kantoi dengan gadis dihadapan ni sebab menipu , kata ada meeting tapi ada sebab lain . Tapi kali ini dia betul - betul mempunyai meeting dengan syarikat Kael's Holding . Syarikat itu amat penting pada syarikatnya . Tiada syarikat itu , tidak jalan lah projeknya .

Ya , Emran Iskandar seorang CEO syarikat atau lebih tepat lagi bakal CEO . Kenapa bakal ? sebab papanya , Dato Kamal masih tidak mahu melepaskan lagi syarikatnya pada anak ketiga dia ini . Sayang katanya .

Nak beri pada anak nya yang pertama dan kedua , dua - dua dah ada cita - cita masing . Anak pertama dah berkerja sebagai seorang doktor , manakala anak keduanya pula berkerja sebagai engineer . Emran Iskandar lah satu - satu harapannya untuk mengambil alih syarikatnya agar tidak jatuh pada tangan orang lain .

" Hm ye lah . Order lah dulu air awak " Kata Ariana Qalisha bila sudah dengar penjelasan panjang Emran Iskandar .

Selesai Emran Iskandar order airnya , dia kembali pada meja dengan air yang di ordernya ditangan .

" Kenapa nak jumpa ni sayang ? Ada benda penting nak beritahu ke ? " Soal Emran Iskandar .

" Saja ajak awak keluar . Dah lama tak keluar sama - sama . Kenapa ? Tak boleh ke saya nak jumpa awak ? " Ujar Ariana Qalisha dengan kening dijongket kan sedikit .

Terletus tawa kecil di bibirnya . Ariana Qalisha merasa pelik , asal pulak buah hati aku ni , tiba - tiba saja ketawa . " awak ni kesitu pulak . Mana ada lah , manalah tahu kan ada something important nak beritahu " Kata Emran Iskandar dengan tersengih kecil . Alahai comel pulak Qalisha ni .

" Bila awak nak masuk meminang saya ? Dah 3 tahun kita bersama " Tanya Ariana Qalisha . Ni memang benda penting yang dia perlu bincang dengan Emran . Takkan sampai ke tua nak bercinta saja tanpa membina masjid . Sudah tiga tahun bersama takkan tak ada langsung niat untuk menghalakkannya lagi ? logikkah itu ?

Soalan itu membuatkan Emran terdiam . Dia ada terfikir untuk halal kan Qalisha tapi ada sesuatu yang merusut kan fikirannya . Emran mengeluh kecil .

" Not this time , Qalisha . Kita tak boleh kawin lagi , ada sesuatu yang saya kena buat dulu ."

" Buat apa ? Saya tak faham lah dengan awak . Setiap kali saya cakap pasal kawin mesti awak cakap , not this time ! What's wrong huh ?! " Tanya Qalisha dengan nada yang jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati dengan figura di hadapannya .

Setiap kali cakap pasal kawin , alasan yang sama Emran beri . Tak faham betul aku . Dia ni tak serius ke dengan aku ?

" Bukan macam tu , sha " Belum sempat Emran ingin jelaskan . Qalisha sudah memotong .

" Its okay . Tak apa , saya faham . Saya balik dulu lah ." Ujar Qalisha dan terus berlalu pergi meninggalkan Emran sendiri di cafe . Hilang moodnya untuk meluangkan masa dengan Emran .

Sungguh Qalisha berkecil hati dengan Emran . bukan kali pertama dia menanyakan tentang ini . sudab berpuluh - puluh kali dan jawapan Emran tetap sama .

Emran mengeluh berat . Bukan aku taknak halal kan kau , Qalisha . I'm sorry .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now