bab 19

5K 307 14
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

SEDARI tadi dia berada di hadapan rumah kayu moden ini . Udara di kampung ini sungguh nyaman dan segar . Tidak seperti di bandar yang mengalami kesesakkan lalu lintas , udara dari kilang yang berdekatan dan bunyi kereta yang lalu lalang membuat tidurnya tak lena saja .

Dia menggaru kan kepalanya . Dah dua kali dia bagi salam tapi langsung tak ada yang menyahut . Takkan tak ada orang kot . Opah nak pergi mana je ? Kebun ? Dah tengahhari ni . Takkan pergi ke pekan kot . Panas - panas terik macam ni . Haih opah ni , berjalan je kerjanya . Tak padan umurnya dah mencecah 60 tahun . Tapi tulang badan masih lagi kuat .

Bagi sekali lagi lah , mana tahu opah ada kat dapur tak dengar . " Assalamualaikum ! " Laung si dia kuat .

Tak perlu menunggu dengan lama lagi , pintu depan terbuka dari dalam . Terpancul susuk tubuh wargaemas berjantinakan perempuan yang masih berpakain kebun sedang tersenyum ke arahnya .

" Waalaikummusalam ! " Balas Siti Khadijah atau lebih dikenali sebagai Nek Jah di kampung . Lain pula cucu - cucunya , yang memanggilnya opah .

" Ya allah , cucu aku ! Sampai pun kamu Iyan ! Ingatkan dah tak jumpa jalan balik rumah opah " Kata Nek Jah sambil berjalan ke arah susuk tubuh tegap milik cucu angkatnya ini . Terus di peluk tubuh tegap itu .

Lelaki itu atau lebih senang dikenali sebagai Rayyan Mikael membalas pelukan opahnya . Rindunya pada opahnya hanya tuhan yang tahu .

Rayyan Mikael , CEO di syarikat Kael's Holdings . Syarikat yang menepatkan nama di serata dunia . Dan menjadikan dia sebagai jutawan muda yang berjaya di area dunia kini .

Seorang lelaki yang mungkin akan dikejar oleh perempuan di luar sana namun hatinya sudah dimiliki oleh si gadis yang dicintainya setelah sekian lama dahulu .

Mempunyai badan yang tegap , kulit berwarna sedikit cerah , mukanya yang hensem , rambut berwarna keperang - perangan , bibirnya yang berwarna pink tanda dia tidak merokok dan senyuman yang manis dapat membuatkan anak gadis , janda dan ibu tunggal di luar sana tidak jemu melihat ciptaan tuhan yang indah ini .

Pelukan tadi dileraikan . Rayyan tersenyum manis ke arah Nek Jah . Lain pula pada Nek Jah yang merenung dalam - dalam muka Rayyan Mikael . Ia membuatkan Rayyan tak selesa .

" Kenapa opah ? Ada apa - apa ke kat muka Iyan ? " Tanya Rayyan sambil memegang - megang wajahnya sendiri . Ada yang tak kena ke ? Rasanya semua dah tersusun cantik di muka dia . Takkan ada yang senget kot .

" Kenapa kamu tiba - tiba balik ni ? " Tanya Nek Jah . Pelik pada cucu angkatnya ini . Tak pernah - pernah balik ke kampung bawa beg sebesar guni . Ni tiba - tiba balik bawa barang macam nak berpindah kesini je . Lama ni pun nak balik tunggu 2 bulan kemudian kalau dah balik bulan ni . Takut orang tahu lah , takut terserempak dengan dia lah . Macam - macam alasan .

" Heh opah ni ! Kenapa tanya soalan macam tu pula ? Takkan Iyan nak balik pun tak boleh ? " Soalan tadi dibalas balik dengan soalan . Muka tak puas hati ditayang oleh Rayyan .

" Bukan tak boleh . Tapi seingat opah , kamu dah balik bulan lepas kan ? Ni balik lagi , kenapa ? " Jawab Nek Jah . Dia mengangkat sedikit keningnya .

Rayyan tersengih . " Alaaa opah ni . Takkan Iyan balik banyak kali pun tak boleh ? Opah juga membebel bulan lepas cakap Iyan ni asyik kerja je , balik pun 2 bulan sekali je . Ni bila Iyan nak balik setiap bulan opah pula yang marah " Rajuk Rayyan . Anak kawan ngan opah . Majuk sampai subuh . Tak boleh ngajuk lama - lama nanti tak merasa masakkan opah .

" Haa kamu menjawab aje kerja ye . Dah - dah . jum naik atas . Rehat - rehat dulu , mandi lepas itu kita makan tengahhari . Opah tengah masak makanan kampung kegemaran kamu kat dapur tu " Pelawa Nek Jah pada cucunya ini . Sedari tadi duduk bersembang depan rumah ni buat apa . Buat kulit bertambah hitam adalah , dengan berjemur bawah matahari .

Rayyan hanya mengikut langkah Nek Jah naik ke rumah . Serasa lama dia tak balik ke kampung opah yang terletak di Terengganu ini . Padahal baru je bulan lepas . Kalau nak balik setiap minggu tak boleh juga . Jarak Kuala Lumpur ke Terengganu bukannya dekat .

Dengan kerjanya yang banyak dekat office membatasi dia untuk balik selalu ke kampung . Mujur lah dia dah set awal - awal lagi , bila hujung bulan dia akan bercuti selama 2 3 hari kalau lebih pun 5 hari .

Tapi kali ini dia akan duduk lama sikit kat kampung . Nak bercuti panjang lah katakan sambil itu boleh lah dia teman kan opah kat kampung . ye idok ?

Dia membuka tingkap di dalam biliknya supaya angin luar dapat memasuki bilik tidur nya . Dia berdiri sambil tangan di letakkan di tingkap . Tersenyum suka dia bila angin menampar lembut kulit wajahnya . Seperti betul - betul berada di pantai .

Dari rumah Nek Jah ke pantai tak jauh sangat pun . Pantai yang paling dekat pun dekat belakang rumah Nek Jah . Boleh lah dia jalan - jalan kat pantai waktu petang nanti .

Senyuman manis terukir di wajahnya . Mata tertutup rapat menikmati angin sejuk di Terengganu ini . Dia menghembus nafasnya .

I'm back , sweetheart .









Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now