bab 33

4.7K 282 4
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

" Mikael , ni kawan saya . Engku katrina dan sebelah dia tu suami dia Emran Iskandar " Kata - kata Qalisha mengembalikan Emran ke dunia nyata .

" Dua - dua ni kawan saya dari universiti lagi . Kitaorang pun rapat " Sambung Qalisha lagi . Rayyan menganggukkan kepalanya .

" Tahniah atas perkahwinan korang . Semoga berbahagia hingga ke jannah " Ucap Rayyan . Dan ada  sedikit maksud tersirat ayat yang ditujukan pada Katrina .

Rayyan tersenyum sinis ke arah Emran . Kita jumpa lagi , tak guna !

Emran yang melihat senyuman sinis Rayyan terasa tercabar . Dia terasa dirinya di ejek oleh lelaki itu . Amarah nya manaik . Dia menggenggam erat tangan nya menjadi penumbuk .

Macam mana lelaki ini boleh ada kat sini ? Dan macam mana Qalisha boleh berjumpa dengan lelaki ini ? Tertanya - tanya dia dengan semua ini . Apa yang tengah berlaku ?

Mikael ? Dah lama dia tak dengar nama itu meniti dibibir gadis di hadapannya ini . Terasa amarahnya semakin naik .

" Kitaorang turun dulu lah . Nanti family kitaorang tercari - cari pula bakal pengantin yang seterusnya " Kata Rayyan untuk meminta diri setelah lama mereka berbual . Dan ayat bakal penganti  ditekan sedikit supaya Emran dengar dengan jelas dan cuba untuk mengejek Emran .

Qalisha memukul kecil lengan Rayyan . Apa cakap macam tu ? Malu lah nanti .

Rayyan menggosok lengan yang dipukul tadi . Dia mengerling Qalisha disebelah . Dia mengenyitkan mata nya ke arah Qalisha . Qalisha menjeling geram . Ada - ada je dia . Depan orang pun menggatal lagi .

Katrina yang mendengar tersenyum . " Korang dah nak kahwin ke ? " Tanya Katrina gembira .

" Haah . Tak lama lagi kan sayang ? " Jawab Rayyan laju dan memandang Qalisha . Qalisha menjulingkan matanya ke atas .

" Haa ye laa tu " Sindir Qalisha pada Rayyan . Tapi mereka bertiga pula yang memikirkan lain . Mereka ingat Qalisha jawab betul . Padahal orang sindir orang lain .

" Ya allah betul ke ? Tahniah korang ! " Katrina terasa teruja pula bila dapat tahu pasangan kekasih yang berpisah dulu kini bersatu kembali . Betul lah orang kata , kalau jodoh tak ke mana . Buat lah apa - apa pun untuk pisahkan mereka . mereka akan tetap bersama .

Emran menggenggam penumbuk . Gunung berapi nya sudah nak meletus ni . Sabar hati sabar . Emran merenung tajam Rayyan .

Rayyan tersenyum mengejek . Padam muka kau tak guna . Rayyan ketawa terbahak - bahak dalam hati bila tengok Emran yang macam nak makan orang .

" Ehem . Dengar tadi macam ada yang akan naik pelamin pula " Tegur seseorang . Terkejut mereka . terus mereka berpaling ke belakang . Terlihat ibubapa Qalisha , Emran , ibu kepada Katrina dan sepasang suami isteri yang kelihatan sama umur dengan ibu bapanya .

Qalisha bersalam dengan semua yang ada . Sampai ke suami isteri yang Qalisha tak kenal . Qalisha terus dipeluk oleh si isteri .

" Ya allah Qalisha . Lama nya tak jumpa " Kata Puan sri Azizah , Mummy kepada Rayyan Mikael . Puan sri menggosok belakang Qalisha lembut .

Qalisha terpana tapi dia tetap membalas pelukan wanita sama umur dengan mamanya tapi masih kelihatan cantik .

Puan sri melepaskan pelukan . Qalisha tersenyum kecil . Dia pelik sebenarnya macam mana wanita ini boleh mengenalinya padahal ini pertemuan pertama mereka .

" Awak ni pun . Tak menyabar nak lepas rindu pada bakal menantu tu " Kata Tan sri Razif . Ia membuatkan yang lain tertawa kecil . Puan sri mencemberutkan muka nya . Suka hati lah , menantu kita . huh

Qalisha melihat pelik kepada mereka . Apa yang berlaku sebenarnya ? Bakal menantu ? Sejak bila ni ?

Dato sri yang melihat Qalisha membisik sesuatu . " Kat rumah nanti kita bincang " . Qalisha menggangguk perlahan .

" Haa pengantin baru . Tahniah lah ye . Beri cucu awal sikit pada parents korang ni " Kata Dato sri .

" Hahaha . Betul lah tu . Aku dah mengidam nak main ngan cucu ni " Kata Dato Kamal pula . Riuh rendah mereka bersembang di pelamin bersama pengantin . Bergurau , tertawa merapatkan lagi sillaturahim dan persahabatan .

Puan Khalidah atau lebih dikenal sebagai nama Kelly . Hanya mencelah bila perlu . Dia rasa tak selesa bila nak berbual mesra dengan ibu bapa menantunya . Dia hanya menjeling pada pasangan itu . Meluat dia tengok pasangan itu berbahagia , bertepuk tampar bagai . Nak muntah !

Dia memang tidak suka akan besannya itu . Dari dulu lagi . huh ! Kenapa ? ada kisah yang readers tak tahu . Nanti tahu lah . hehe .

Qalisha perasan akan Puan Khalidah yang tidak banyak bercakap . Dia pergi ke arah Puan Khalidah .

" Hye aunty Kelly " Sapa Qalisha ramah . Jujur dia memang rapat dengan ibu kapada Katrina ini . Mereka pun ada hobi yang sama iaitu membaca .

" Heh hye Sha . Lama tak jumpa " Sapa Puan Khalidah tersenyum lebar . Dia sudah menganggap Qalisha anak sendiri . Maklumlah ada seorang anak je . Tak riuhlah rumah . Tapi kalau Qalisha datang , fuh ketawa kering gusi lah jawabnya . Penghibur !

Qalisha ketawa kecil . " Haahkan . Lama tak jumpa , lepak - lepak . Sorrylah aunty . Sha banyak kerja kat butik . Ni nasib baik lah Sha free " Terang Qalisha sambil memohon maaf . Takut hati tua ini terasa dengannya .

" Tak ada apalah . Aunty faham dengan kerja Sha tu . Aunty tak kisah , asalkan dapat tahu khabar Sha dah cukup " Kata Puan Khalidah .

" Aunty tahniah ! Sebab dah dapat menantu . Nanti dapat cucu jangan lupa Sha tau "

" Takkanlah aunty nak lupakan anak aunty yang sorang ni . Sha , aunty mintak maaf sebab Katrina yang kahwin dengan Emran . Padahal Sha yang patut kahwin dengan Emran " Ucap Puan Khalidah serba salah . Dia menggenggam tangan Qalisha erat . Dia mengusap kecil tangan itu .

" Tak ada apalah aunty . Dah jodoh diaorang nak buat macam mana "

" Sha tak ada dendam apa - apa pun . Jangan lah risau " Sambung Qalisha .

Puan Khalidah tersenyum manis . Sungguh mulia hati gadis dihadapannya ini . Senang memaafkan dan tak mudah berdendam dengan orang .

Kalau lah dirinya seperti itu , mesti dia takkan buat rancangannya ini . Tapi sayang , hatinya lain . Hati yang penuh dendam yang dah bertahun lama nya dia simpan . Hati yang mungkin sudah kotor dan tercemar .

Yang difikirkannya cuma dendam harus dilunaskan walau dengan cara apa sekalipun . Dendam yang akan menentukan jalan kehidupannya nanti . Mahupun baik atau buruk .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now