bab 65

3.9K 206 3
                                    

Cinta Yang Takkan Terganti

SUASANA di dalam wad itu sedikit ceria dari sebelum ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA di dalam wad itu sedikit ceria dari sebelum ini . Sebelum ini hanya ada Qalisha yang menangis menunggu suaminya sedar namun hari ini ahli keluarga yang lain datang melawat . Bersama makanan dan juga sembang gajah terbang menceriakan wad itu . Qalisha tersenyum nipis . Wajah Rayyan dipandang nya sebelum wajah itu diusap lembut .

" Abang , hari ni semua orang datang melawat abang . Wad yang dulu sunyi nampak ceria . Abang suka tak ? Sayang suka tau , tak ada lah abang keseorangan . Abang boleh dengar gelak tawa kitaorang untuk merubat rindu . Diaorang pun ada cerita macam - macam , kelakar sangat " Cerita Qalisha teruja . Senyuman nya menjadi sedikit lebar . Tangan yang mengusap wajah Rayyan diturunkan memegang tangan Rayyan . Diusap tangan itu lembut . Dicium tangan itu penuh kasih sayang .

" Ehem , Qalisha "

Panggilan seseorang membuat kan dia mengangkat kan kepalanya . Mata nya tertunak pada wajah seorang lelaki nampak agak tampan itu yang berdiri di hujung katil Rayyan .

" Ikmal " Kata Qalisha perlahan . Senyuman nipis diberikan pada lelaki yang bernama Ikmal itu . Ikmal Syamil , sepupu kepada Rayyan . Sepupu paling rapat . Dia pun tak pernah tahu Rayyan ada sepupu rapat . Nasib baik lelaki you all , kalau perempuan ni dah lama mati agaknya aku bunuh . Hahaha . Ikmal juga seorang inspektor dan semestinya dia yang ambil alih dalam kes Rayyan ini . Banyak yang dia tahu melalui Ikmal sahaja .

" Kau okay ? Nampak sedih je ? " Tanya Ikmal prihatin . Katil Rayyan dia labuhkan duduk nya . Wajah Rayyan dipandang . Tersenyum kelat dia ukir . Sakit . Itu yang dia boleh katakan . Sakit melihat sepupu nya terlantar sakit di hospital ini . Ditambahkan lagi dengan koma . Orang kata koma itu berbahaya sebab kita akan ada di sempadan antara alam hidup dan alam mati . Dan kemungkinan untuk hidup tipis .

" Saya okay , cuma saya tengok awak yang macam tak okay " Kata Qalisha . Wajah Ikmal dipandang . Nampak diraut wajah itu bahawa Ikmal sedih . Namun tak pernah ditunjukkan pada orang sahaja .

Ikmal memandang wajah Qalisha . Senyuman nipis diukir . " Siapa saja okay tengok kawan sepermainan , kawan buat hal dan sepupu rapat terlantar sakit macam ni "

Mata memandang wajah Rayyan kembali . Qalisha turut buat begitu . Tangan Rayyan yang berada di genggaman nya diusap memberi kekuatan dalam diam kepada Rayyan .

" Bila kau nak bangun Rayyan ? Dah lebih seminggu kau tak sedar kan diri . Kau tak kesian kan isteri dengan bakal anak kau ke ? " Tanya Ikmal pada Rayyan yang membisu itu .

" Ke kau nak aku kahwin dengan bini kau ? " Tersentak Qalisha saat pertanyaan itu terkeluar dari mulut Ikmal . Membulat matanya melihat Ikmal . Ya Allah apa yang di mengarut ni ?

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now