bab 39

5.1K 274 2
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

PINTU bilik dikuak dari dalam . Terpancul kepala Qalisha dari celah pintu yang sedikit terbuka . Matanya meliar di luar bilik itu mencari suami tercinto . Dijamin keadaan selamat dan tiada kelibat suaminya terus dia keluar dari balik .

Dia berjalan menuruni tangga . Melihat sekeliling . Sunyi sepi rumah agam ini . Saudara mara dia dah balik semalam sebab itu sunyi saja rumah . Kalau tak macam rumah tarzan saja rumah . Bising bebenor .

Dan dalam dua hari ini juga dia asyik mengelak dari bertembung dengan Rayyan . Kejadian yang meragut kesucian bibirnya masih segar di ingatannya . Malu yang dia rasa masih lagi belum reda . Sakit hati dan geram di hati juga belum surut .

Siapa saja tak marah kalau ada orang meragut kesucian bibir tanpa minta izin . Malu tahu tak malu ! Rasa macam nak disorok saja wajahnya dalam lubang jamban sana . Biar Rayyan tak nampak wajah merah padam miliknya .

Dia menuruni tangga terakhir dengan cermat . Takut tergelincir , buat sakit bontot dia saja kena cium dengan lantai yang bersih lagi cantik ini . Biar dulu dia pernah jatuh tangga kerana cuai . Kelam kabut turun tangga nak kejar apa tah dia tak tahu . Actually dia tak ingat . Itu pun Azreen yang menceritakan padanya . Apa lagi kena bahan lah dia tiga hari dua malam dengan Azreen dan Ariq . Buat sakit hati saja . Orang tengah sakit boleh pula diaorang ketawa kan . Dah lah sakan gila ketawa nya . Berdekah - dekah .

Dia meliarkan lagi matanya pada sekeliling rumah . Sunyi ! Ke mana semua orang dalam rumah ini ? Dah tinggalkan dia sorang - sorang ke ?! Huwaa mama ! Why ? why ? Jangan Tinggalkan adik ! Rintih Qalisha dalam hati .

huh ! Drama queen is so annoying !

Kelibat suaminya pun langsung tak kelihatan dari pagi . Bibir di cebikkan . Haih rindu lah pula nak tatap wajah hensem Rayyan . Senyuman manis bak gula itu . Lirikan mata yang menggoda . Bibir pink seksi milik suaminya itu . Aaaww mencairkan hati wanitanya . Heh ! Qalisha wake up ! Jangan mudah perdaya dengan tipu helah hati kau . Kau kena tunjuk protes kau ! Biar dia tahu Ariana Qalisha bukan seperti perempuan di luar sana . huh !

Dia mula memasuki rungan dapur . Pintu ais dibuka dan mengambil jus oren . Kebinet dapur di tuju olehnya . Gelas kaca yang berada di dalam kabinet di ambil dan di isikan penuh dengan air yang diambil tadi . Dua teguk tiga teguk air itu diteguk olehnya rakus . Haus !

Baru saja dia mahu berpusing terasa pinggannya dipeluk dari belakang . Hembusan nafas hangat si dia terasa di lehernya . Terkaku Qalisha . Fikiran negatif mula bermain di mindanya . Perompak . Kes rogol . Pecah masuk rumah . Pembunuh bersiri ! Kes - kes yang dibaca di internet bermain di mindanya .

Ya allah ! Tolong lah hambamu yang lemah ini . Aku berjanji takkan menderhaka lagi pada suami aku . Aku janji takkan buat suami aku terasa lagi . Adakah ini khifarah yang telah dia  lakukan pada suaminya ? . Rintih Qalisha dalam hati . Nama allah disebut - sebut dalam hati meminta pertolongan dan perlindungan .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now