bab 13

5.2K 304 9
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

Tiba - tiba  pintu wad bilik Qalisha terhempas dengan kuat . Terkejut mereka di dalam . Azreen masuk ke dalam bilik Qalisha dengan wajah yang bengis . Dia melihat semua wajah yang berada di dalam tanpa tertinggal satu pun .

Ariq yang melihat tertelan air liur kesat tapi terasa tersekat di kerongkong . Tahu lah dia bahawa akan ada gunung berapi akan meletus nanti atau pun lebih teruk dari itu . Ariq beranikan diri untuk bertanya .

" Along kau kenapa ? "

Azreen tidak menjawab malah matanya tertumpu pada Emran yang berada di kerusi sebelah katil Qalisha . Api amarah dalam dirinya semakin membuak - buak . Dia pergi ke arah Emran dan mencengkam kolar baju Emran . Terus Emran terbangun dari duduknya .

Qalisha mengerutkan dahinya . Pelik dengan Azreen . Kenapa masuk - masuk sahaja Azreen mencari Emran dan bukan dirinya yang sakit ini .

Tak semena - mena Azreen menumbuk muka Emran . Terduduk Emran dibuatnya di lantai . Azreen duduk di atas Emran dam menumbuk muka Emran sekali lagi . Dia tidak puas lagi untuk sakitkan Lelaki di hadapan ini . Api amarah nya semakin lama semakin menjadi - jadi bukan semakin turun .

" Ya allah , Azreen ! Kenapa ni ? " Tanya Dato sri kepada anaknya . Mereka yang berada di dalam wad berusaha untuk menarik Azreen dari menindih Emran . Ariq dan Doktor Eidil menahan Azreen dengan memegang lengannya . Tak nak Azreen bertindak lebih lagi . Bukannya Ariq tak tahu , Azreen bila dia mengamuk macam - macam dia boleh buat . Boleh mati anak orang dikejarnya Azreen .

Maria menolong Emran untuk bangun . Bibir Emran kelihatan sudah pecah dengan dua tumbukan padu Azreen . Kelihatan juga warna kebiruan di pipi Emran . Dada Azreen turun naik seperti nafasnya . Amarah nya masih tidak hilang . Semakin lama melihat muka lelaki dihadapanya , semakin membuak - buak amarahnya .

" Azreen ! Kamu dah kenapa ? Kenapa ditumbuknya Emran ni ?! " Tanya Dato Sri . Naik senoktah suara nya .

" Tanya lah jantan tak guna ni ! Apa yang dia buat ! " Azreen pun tidak kurang tinggi suara nya . Turun naik nafasnya . Dia menepis kasar tangan adiknya dan Eidil . Terlepas dia dari pegangan .

" Apa yang Emran dah buat along ? Cuba beritahu " Kata Datin Sri pula . Lembut bicaranya untuk memujuk Azreen beritahu perkara sebenar . Tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba saja belasah anak orang .

" Dia dah sakitkan hati adik ! Dia penyebab Qalisha kurungkan diri dalam bilik ! Dia juga lah penyebab adik along sakit masuk hospital ! " Jerkah Azreen kuat . Bergema suaranya di dalam wad itu . Puas sedikit hatinya beritahu perkara sebenar tapi ada lagi satu dia ingin beritahu . Tapi dibiarkan dulu .

Terkedu mereka semua di dalam wad . Terdiam , sunyi . Tiada suara yang berbunyi . Masih lagi terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Azreen tadi . Mereka mencerna sebaik mungkin setiap perkataan yang keluar .

" Aa apa maksud kau , Reen ? " Tanya Maria , kakak kepada Emran . Anak kedua dalam keluarga Dato Kamal .

" Aku cakap , adik kau penyebab adik aku masuk hospital ! " Satu - satu perkataan di tekan Azreen . Biar mereka dengar dengan jelas . Emran menundukkan kepalanya . Langsung tidak bersuara dari tadi .

" Aaku tak faham " Perlahan Ariq bersuara . Azreen mendengus geram . Apa yang tak faham lagi ni ?

" Jantan tak guna ni , curang belakang adik ! Adik dapat tahu dan terus putus kan hubungan ! Adik kurung kan diri dalam bilik sebab dia ! " Jerkah Azreen sambil menunding jari ke arah Emran yang masih lagi diam membisu . Puas hatinya dapat beritahu perkara sebenar . Biar kau rasa nanti jangan tak guna macam mana hidup kau lepas ini !

Tak terkata mereka semua . Kesunyian melanda . Tiada sebarang suara . Qalisha pula terkedu . Macam mana alongnya boleh tahu ? Takkan lah Hana yang beritahu ? Tak mungkin .

" Asal kau diam ? Semua aku cakap betul kan ? Kalau kau bukan adik kawan aku dan anak kawan papa aku dah lama kau masuk ICU ! " Azreen bersuara setelah hampir lima minit mereka mendiamkan diri .

" Emran . Betul ke semua yang Azreen beritahu ? " Tanya Datin Medina kepada anaknya . Dia perlu kawal geram nya dihadapan kawan baiknya . Tapi Emran hanya mendiamkan diri .

" Emran Iskandar Dato Kamal ! I ask you ! So answer my question ! " Marah Datin Medina . Sungguh kesabarannya semakin menipis . Amanda yang berada di sebelah ibunya , menggosok lengan Datin Medina supaya bertenang .

" Ukashah , aku balik dulu . Selesaikan benda yang patutkan ? Aku mintak maaf wakil anak aku " Kata Dato Kamal serba salah kepada kawan baik nya sorang ni .

" Tak ada apa lah . Kau pergi lah balik dulu dengan keluarga  kau ni . Nanti kita selesaikan masalah ni " Ujar Dato sri pula .

" Balik dulu ye aisyah . Assalamualaikum " Kata Datin Medina sejurus itu mereka sekeluarga melangkah keluar dari wad Qalisha . Muka Datin Medina masih lagi tegang . Maria menarik lembut tangan Emran untuk mengikutnya keluar dari wad .

Suasana dalam wad sunyi sepi tanpa suara . Dato Sri mengeluh berat . Dia memicit pelipis yang terasa berdenyut - denyut . Pening kepalanya . Haih .







sorry kalau cerita ni macam bosan ke apa - apa . saya penulis baru so saya akan cuba yang terbaik untuk buat cerita yang terbaik . thank you for support !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now