bab 70

4.7K 200 6
                                    

Cinta Yang Takkan Terganti

" QALISHA mana ? " Tanya Azreen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" QALISHA mana ? " Tanya Azreen . Lepas saja selesai melawat kubur Datin Medina terus saja dia datang kesini . Dia risau kan adiknya itu . Masuk saja wad yang menempatkan Rayyan terus dia mencari adiknya . Namun tiada ! Rayyan juga hilang entah kemana . Dia bertanya kepada doktor , namun doktor sendiri tidak tahu . Dia risau ! Ya Allah .

Tidak lama selepas itu , datang pula kawan - kawan Qalisha dan sepupu Rayyan . Mereka juga turut terkejut apabila diberitahu bahawa Rayyan dan Qalisha hilang . Mereka semua mula berkumpul di ruang sofa yang berada di dalam wad ini . Masing - masing runsing . Tidak tahu nak buat apa ! Azreen tidak senang duduk jadinya . Ke hulu , ke hilir dia berjalan . Nak report polis ? Belum 24 jam lagi . Nak pergi cari ? Tidak tahu kemana Rayyan dan Qalisha pergi . Tiada langsung petunjuk . Haih , pening .

" Kitaorang langsung tak tahu kemana Qalisha pergi . Dia tak contact pun " Kata Hana . Wajah nya berkerut risau . Risau dengan keadaan sahabatnya itu . Dah lah mengandung , lepastu menghilang entah kemana . Buat hal betul mak buyung ni .

" Ikmal , kita tak leh buat report sekarang ke ? " Tanya Harith yang juga berada disitu . Wajah Ikmal dipandang berharap walaupun sudah tahu apa jawapan yang akan diterima nanti .

" Tak boleh . Baru je beberapa jam diaorang hilang . Kita kena tunggu 24 jam jugak " Kata Ikmal serba salah . Dia pun risau bila memikir kan Rayyan dan Qalisha . Tapi nak buat macam mana , memang begitu syarat nya .

Semua yang situ mengeluh lemah . " Takkan tak leh ejah kot ? Kau kan inspektor " kata Ariq pula . Ikmal menggeleng kan kepalanya . Senyuman serba salah diberi . Bukan apa , dia taknak gunakan pangkat yang dia ada untuk kepentingan sendiri . Itu salah . Nampak tak bertanggujawab dan nampak berat sebelah . Orang lain punya lah kena tunggu 24 jam , takkan keluarga dia beberapa jam pun dah boleh cari kan . Tak adil macam tu .

Semakin kuat mereka mengeluh . Dah tak tahu nak buat apa dah . Takkan mereka nak goyang kaki je ?

Azreen mula bangun . " Hah ! Aku tak kira , aku nak pergi cari adik juga . Aku tak boleh tahan lagi ! " Kata Azreen . Terkejut mereka semua . Hoho biar betul ? Nak cari kat mana ?

" Kau biar betul , long ? Nak cari kat mana ? Kau tahu ke ? Kau ada petunjuk ? " Tanya Ariq bertubi - tubi . Kalau Along nya tahu , dia pun nak pergi cari juga ! Hatinya bagai bergolek - golek dilanggar kereta saja rasanya . Tak senang duduk . Risau !

Azreen melihat Ariq . " Entah , aku tak tahu nak cari kat mana " Kata Azreen selamba . Ternganga Ariq dengan jawapan Azreen . Apa benda ni ? Punya lah dia semangat nak pergi cari , ingat kan ada lah petunjuk , atau tau tempat kat mana - mana tapi hampeh ! Kurang cerdik juga ye abang dia ni . Ariq tersenyum pasrah .

" Tapi ! Aku tak kisah , satu KL ni pun aku sanggup ronda ! Aku tetap nak cari adik ! " Tekad Azreen . Tanpa berlengah terus saja dia berlalu pergi dari situ . Ariq yang melihat menggelabah bangun ikut Azreen . Kurang asam punya abang . Tinggal aku kat belakang !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now