bab 22

4.7K 285 16
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

"QALISHA kat kampung nanti hati - hati . Jangan degil . Jaga diri tu . Tolong juga opah kat sana . Jangan nak duduk goyang kaki je . Ingat kita ni anak dara bukan anak teruna " Bebel Datin Sri Aisyah pada anaknya . Qalisha pula terangguk - angguk kepala mendengar bebelan mama kesayangannya ini .

Boleh menanah terlinga kalau dengar setiap hari . Setiap kali nak pergi jauh dari family , Datin Sri akan membebel dulu pada anaknya . Tak kira anak sulong ke , kedua ke ataupun bongsu . Sama saja kena tadah telinga untuk mendengar .

" Ye ma . Adik tahu lah nak jaga diri . Jangan lah risau sangat . Ada opah kat sana akan tolong tengokkan adik . Kan along ? " Terang Qalisha pada mamanya .  Risau sangat mama ni . Sibuk dia mengangkat beg yang kecil diletakkan di seat belakang kereta . Manakala league Ariq yang tolong letakkan di bonet .

Azreen terpinga - pinga . Aik , aku pula yang dimention nya . " Ye betul la tu ma . Ada opah tengok - tengokkan Sha ni . Hero dia pun ada juga " Kata Azreen mengiyakan saja kata - kata adiknya . Ayat terakhir di perlahan kan supaya diri sendiri saja yang dengar .

" Mama jangan lah risau sangat . Adik balik kampung je bukan pergi berperang " Seloroh Ariq berkata . Dato Sri dah tertawa kecil . Kan dah kena dengan anak sendiri . Datin Sri sudah memuncungkan mulutnya . Dah serupa itik .

Qalisha datang kearah mamanya dan memeluk wanita itu . Dia usap perlahan belakang badan Datin Sri untuk hilangkan kerisau mamanya . Lega Datin Sri bila kerisauan tadi kembali hilang . Qalisha leraikan pelukan .

" Mama jangan risau tau . Adik sampai kampung terus adik call " Kata Qalisha atau lebih tepat lagi berjanji pada si ibu .

" Ye lah - ye lah . Hati - hati dalam perjalanan . Kalau rasa tak sempat sampai hari ini , berhenti dulu untuk rehat , tidur . Jangan paksa diri " Pesan Datin Sri . Susah betul hati dia nak lepaskan Qalisha pergi sorang - sorang . Tak pernah Qalisha menjauh dari keluarga . haih .

" Baik ma . Adik pergi dululah . Nanti sampai lewat pula  kat kampung " Qalisha bersalam dengan Datin Sri dahulu dan diikuti dengan papa , along dan angahnya .

" Hati - hati drive ! " Pesan Dato Sri pada Qalisha setelah lama mendiamkan diri . Kalau menyampuk pun bukan ada yang melayang . Sibuk dengan drama air mata yang tak berbayar ni . Mujur lah dia seorang yang murah hati nak tengok drama tu secara percuma .

Qalisha berjalan ke arah kereta . Setelah dia membolosi diri dalam kereta dan hidupkan enjen kereta . Dia tersenyum ke arah keluarga . Dia menekan hon tanda dia akan bergerak sekarang .

Kereta mula berjalan keluar dari pintu pagar rumah agam itu . Setelah yakin kereta itu sudah pergi . Mereka sekeluarga masuk ke dalam rumah kembali .

Kami akan rindukan adik .





















PADA petang yang nyaman ini . Rayyan sibuk menolong Nek Jah di dapur . Kata Nek Jah ada orang nak datang . Orang yang special . Bila ditanya siapa . Nek Jah pula yang tak nak beritahu . Rahsia lah apa lah . hm .

Rayyan bertungkus lumus menumbuk bawang di dalam lesung batu . Haih ada pengisar tak nak guna . Nak juga guna cara tradisional . Penat lah macam ni !

" Opah "

Panggil Rayyan . Nek Jah hanya menanti apa yang ingin disampaikan oleh cucunya itu .

" Siapa yang nak datang ni ? "

Tanya Rayyan lagi , lagi dan lagi . Sampai Nek Jah pun muak mendengar soalan yang sama . Nek Jah menjulingkan matanya ke atas . Tak menyabar betul si Rayyan ni .

" Sabar lah . Nanti Iyan tahu lah . Jangan gelojoh sangat boleh tak ? Dalam pukul 6 macam tu sampai lah orang special tu " Terang Nek Jah . Aku dah muak dah nak beritahu benda yang sama je dari tadi . Aku rakam suara aku bagi dia dengar , baru faham bahasa kot .

Rayyan memuncungkan bibirnya . Eleh orang tanya sikit marah , tanya sikit marah . Tak chill langsung lah opah ni . Kata nak jadi muda balik .

Dan mereka terus kan memasak tanpa suara . Kadang - kadang Rayyan membuat perangai , taknak buat ini lah , nak buat itu . Nak guna  ini lah taknak guna itu . Macam - macam ragam .

Sedang sibuk mereka hidangkan makanan di atas meja . Terdengar bunyi hon kereta yang berbunyi sebanyak 3 kali . Nek Jah bergegas keluar bila orang special sudah sampai . Rayyan hanya mengikut langkah opah dari belakang .

Setibanya di depan . Terlihat di kornea mata kereta Mercedes berwarna putih terparking di halaman rumah . Rayyan cuba untuk lihat siapa yang berada di dalam kereta . Tapi tidak kelihatan kerana cermin kereta berwarna hitam .

Nek Jah pula sudah tersenyum lebar . Tak sabar nak peluk orang special itu . Dah lama tak jumpa . Mesti banyak cerita yang akan dibualkan . Nek Jah mengerling ke orang sebelah . Kelihatan Rayyan masih tertanya - tanya siapa gerangan orang special itu .

Pintu kereta terbuka . Si dia mengeluarkan kaki dahulu . Kasut sedikit bertumit berwarna kulit terlihat . Si dia pun mula keluar dari kereta bersama senyuman manis . Berdiri tegak dia di pintu kereta setelah sepenuh badannya keluar .

Terkaku Rayyan bila melihat gerangan orang special itu . Lidahnya kelu , tidak dapat mengata kan apa - apa . Sungguh dia tak percaya . Orang yang selama ini dia rindu berada di hadapan matanya . Sudah lama dia tidak lihat senyuman itu . Senyuman yang selalu ada bila mereka bersama . Senyuman kebahagiaan .

Nek Jah tersenyum manis . Walaupun manis ia membawa maksud yang tersirat . Nampaknya , kisah cinta yang sebenar akan bermula mulai sekarang . Kisah cinta yang penuh tragedis , tipu helah , rahsia yang tak terbongkar lagi dan segalanya .

It's beginning .






















Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now