bab 24

4.6K 288 4
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

PAGI itu , Qalisha  dan Nek Jah sedang berusaha di dapur untuk memasakkan sarapan pagi buat mereka . Mi halus goreng dan keropok keping serta air teh o sedang dibuat .

Rayyan yang sedang terbokang tidur langsung tak terganggu dengan bunyi bising di dapur . Lena saja tidur nya .

Setelah sedia hidangan sarapan untuk pagi ini . Qalisha bergerak ke atas untuk ke biliknya sekejap . Ambik telefon untuk menelefon mamanya nanti .

" Rian ! Pergi kejut kan Iyan kejap ! " Laung Nek Jah dari dapur . Budak tu , kalau tak dikejut nya bukannya reti bangun . Macam mana lah nak kahwin dengan cucu kesayangan aku ni .

Qalisha yang mendengar laungan Nek Jah mengeluh lemah . Sungguh dia rasa terlalu malas untuk kejutkan lelaki tak dikenalinya itu . Dah lah annoying ! Pervert pula tu . huh !

Qalisha bergerak ke bilik dihadapannya ini . Dia mengetuk pintu tapi langsung tiada sahutan dari dalam . Dia cuba lagi buat kali kedua . Hampa , keputusan tetap sama macam tadi .

" Awak ! Saya masuk tau ! " Jerit Qalisha dari luar bilik . Lantak kau lah ! Aku ketuk pintu macam nak roboh tak juga bangun . Letak bom tepi telinga belum tentu pak cik tua ni bangun .

Qalisha membuka pintu bilik . Dia terus meluru masuk dan pergi ke katil yang menepatkan seekor gergasi sedang nyenyak tidur tanpa sedikit pun bergerak . Lena !

Qalisha menggoncangkan sedikit bahu Rayyan yang terdedah tanpa seurat benang . Haih , terasa berdosa pula sentuh anak teruna orang sesuka hati . Tiada tanda - tanda Rayyan akan bangun .

Qalisha goyangkan lebih kuat . Hanya renggekan menjadi respond . Qalisha mendengus geram . Aku jeruh dengan air panas ni kang . Tak reti nak bangun - bangun .

" Mikael , bangun lah ! Opah dah nak sarapan tu ! " Jerit kecil Qalisha dibuatnya . Geram betul aku ! Nanti aku jerit kuat - kuat , roboh pulak rumah opah ni .

Saja dia memanggil Rayyan dengan nama Mikael . Nampak macam lebih sesuai dengan gergasi ni . hehe . Rayyan tu macam cliche sangat .

Rayyan mengeliat kecil sebelum membuka matanya . Sinaran matahari dari tingkap membuatkan dia silau . Dia melihat ke arah seorang gadis yang sedang berdiri di tepi katil miliknya .

Aik ? Sejak bila aku dah kahwin ni ? Isteri siapa kejut aku ni ? Takkan aku punya kot ? fikir Rayyan bila dia tak boleh melihat dengan jelas . Kerana matanya sedikit tertutup sebab silauan matahari .

" Mikael "

Rayyan tersentak . Nama tu , dah lama dia tak dengar . Dia rindu akan penggilan itu kepadanya . Hanya seorang saja yang memanggilnya dengan nama Mikael dahulu . Tapi kini siapa sangka , dia dapat mendengar balik panggilan Mikael kepadanya .

" Sayang " Panggil Rayyan tanpa sedar . Dia seakan tidak sedar . Qalisha mengerutkan dahinya . Sayang ? Dah gila ke apa mamat ni tiba - tiba panggil aku sayang . Takkan mamai lagi kot .

" Sayang kepala otak awak lah ! " Kata Qalisha sambil menampar kuat lengan tanpa baju itu dengan kuat . Terus Rayyan tersedar akan kelanjurannya tadi . Ya allah ! Macam mana boleh terlepas cakap ni ! Dia mengraup mukanya kasar .

Selow - selow Rayyan . Cepat atau lambat dia akan tetap jadi milik kau semula nanti . Sabar Rayyan Mikael . Bisik Rayyan dalam hati

" Dah ! Cepat lah bangun . Opah dah lama tunggu kita tau "

" Hm ye lah . Kau keluar lah dulu . Nanti aku turun " Jawab Rayyan . Dia bangun dari baringannya .

" Saya keluar dulu tau " Pamit Qalisha . Baru beberapa langkah dia berjalan , dia menghentikan langkahnya . Dia memusing menghadap Rayyan .

" Mikael "

Rayyan terdengar suara lembut Qalisha di telinga terus mengangkat muka . Alahai , tak keluar lagi rupanya budak ni . Rayyan menjongketkan keningnya memberi isyarat .

" Awak nak lipat sendiri pakaian atau nak suruh saya tolongkan ? " Tanya Qalisha . Selepas ini , dia bercadang nak lipat pakaian yang telah diangkat kemarin oleh opahnya . Nak tolong opah sikit . Tak adalah opah terbeban .

" Kau tolong kan lah . Aku malas " Jawab Rayyan bersahaja . Orang dah offer nak tolong takkan nak tolak pulak kan . Rezeki jangan ditolak wahai anak - anak .

" Sha "

" Kenapa kau panggil aku dengan nama Mikael ? " Tanya Rayyan . Dia nak dengar jawapan dari mulut Qalisha sendiri . Dia ada juga terfikir mungkin Qalisha suka akan nama itu sama macam dulu . hm .

Qalisha menjongketkan keningnya ke atas . " Sebab nama tu sesuai dengan awak . Saya suka nama tu . Kenapa ? Saya tak boleh panggil awak dengan nama Mikael ke ? " Tanya Qalisha polos .

Terus Rayyan teringat kenangan lama dahulu . " Saya suka lah nama Mikael . Saya nak panggil awak Mikael lah . Nampak sesuai dengan awak . Nampak macho and hot " Tergelak kecil gadis itu .

" Heh tak lah . Teruskan je lah panggil macam tu . Aku suka " Rayyan tersenyum manis . Qalisha menganggukkan kepalanya . Dia membalas senyuman Rayyan .

Sejurus itu , dia pun keluar dari bilik itu . Tak baik lama - lama , nanti apa pula opah cakap . Tak elok , nanti jadi fitnah . Sedap je nanti dapat kahwin free .

Rayyan hanya memerhati . Tepat sakaannya . Qalisha suka akan nama itu . Dari dulu hingga kini , nama itu tetap menjadi nama kesukaan si gadis itu . Dia tersenyum bahagia . Walaupun dia hilang pemilik hati itu tapi dia yakin hati si gadis tetap sama  . Tak pernah berubah .












































Sorry kalau ada typo dan ada ayat macam berbelit sikit . Tak ada masa nak check balik . sibuk dengan kerja sekolah . HAHAHAHHAHA .

Enjoy your read !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now