bab 28

4.4K 264 11
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

RUMAH agam itu kelihatan sunyi bila dilihat dari luar . Tapi di dalam hanya tuhan yang tahu betapa bisingnya rumah itu .

Datin Medina datang melawat kawan baiknya , Datin Sri Aisyah di rumah . Sudah 1 jam dia berada di rumah ini . Air yang dihidang sudah separuh menghilang . Rumah itu kelihatan sibuk seperti ingin mengadakan majlis besar - besaran .

Walaupun hakikatnya , mereka hanya ingin membuat majlis tahlil dan doa kesyukuran saja dalam 1 minggu akan datang . Sempat lah Qalisha balik .

" Kau upah orang macam kau nak buat majlis tunang je . Ramai sangat " Komen Datin Medina . Mana tak nya , catering , wedding planner untuk hias meja dan kerusi dan pembuat kad jemputan di upah untuk majlis ini .

" Tak ada  lah . Sikit je ni . Yang kau datang ni kenapa ? Dari tadi kau tak beritahu pun sebab kau datang ni "

" Aik , nak melawat kawan pun dah tak boleh ke ? " Bidas Datin Medina . Datin Sri hanya tergelak kecil .

" Tak cakap pun macam tu . Aku cuma pelik je lah . Tiba - tiba datang ni "

Datin Medina membetulkan duduknya . " Aku datang ni bersebab " Kata Datin Medina .

Datin mengerutkan wajahnya . " Sebab apa ? Pasal apa ni ? " Pelik semacam je kawan aku ni . Dah kenapa ? Kena sampuk hantu ke ? Atau nampak hantu semalam ?

" Aku nak mintak maaf "

" Mintak maaf apa pula ni ? Kau buat apa ? " Tanya Datin Sri . Haih , semakin pelik ni . Dia ada scandal dengan suami aku ke apa ni ? Kau jangan macam - macam , aku humban kau dalam loji tahik nanti .

" Haih , pasal Emran . Aku mintak maaf wakil anak aku ni . Aku malu sangat dengan kau . Tak sangka anak aku boleh buat macam tu kat anak kau . Aku mintak maaf " Jujur Datin Medina . Datin Sri mengeluh lega . Mujurlah apa yang difikirkan tak betul . selamat !

" Tak ada apa lah . Ni berkaitan anak - anak . Biar mereka yang selesaikan . Kita sebagai orang tua cuma bagi nasihat je bila perlu . Kalau tak perlu , tak payah masuk campur " Kata Datin Sri . Bukan dia taknak masuk campur hal anak - anak . Cuma dia nak anak - anak yang selesaikan sendiri masalah ni . Dia akan tolong dan terlibat bila perlu je .

Datin Medina menganggukkan kepala . " Tapi kan Syah . Aku nak sangat berbesan dengan kau . Nak sangat Qalisha jadi menantu aku " Luah Datin Medina tentang hasrat untuk berbesan dan menjadikan Qalisha menantunya . Dia sayang kan Qalisha seperti anaknya sendiri dah . Dari Qalisha berumur 2 tahun dia dah jatuh sayang pada Qalisha .

" Itu aku tak boleh nak kata apa - apa . Jodoh di tangan tuhan . Kalau Sha ada jodoh dengan Emran . Tercapai lah hasrat kau . Tapi kalau tidak , kita tak boleh buat apa - apa " Terang Datin Sri kepada kawan baiknya ini . Dia pun teringin juga nak berbesan dengan kawan baik sendiri tapi kalau dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan ?

Datin Medina mengeluh lemah . Tak tercapai lah nampak hasratnya ini . Tak mungkin Qalisha akan kembali pada Emran setelah apa yang anaknya buat pada Qalisha . Aduhai , anak aku pun satu hal .

Dia perlu buat apa untuk satukan Qalisha dan Emran kambali ? Pujuk Qalisha ? menjadi ke . Culik Qalisha ? haih , itu kerja gila . Takkan nak buat perkara macam tu ?

Tiba - tiba , telefon milik Datin Medina berbunyi menandakan ada panggilan masuk . Tertera nombor yang tidak dikenali sedang memanggil untuk diangkat .

Dia membalas  pandangan dengan Datin Sri . Terlihat anggukan dari kawan baiknya membuatkan dia mangangkat panggilan itu .

" Waalaikummusalam " Jawab Datin Medina selepas orang disana memberi salam terlebih dahulu .

Datin medina kusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh orang di talian . Datin Sri hanya melihat . Kadang - kadang terlihat muka Datin Medina sedikit berkerut .

Terkejut tidak kepalang dia bila dapat tahu perkara ini . Tak mungkin anaknya perangai sebegitu . Tak mungkin . Ini mesti ada yang memerangkap anak dia ni .

" Ye . Sekejap lagi saya datang . Insyaallah . Assalamualaikum " Kata terakhir diberi oleh Datin Medina sebelum meletakkan panggilan .

Datin Sri melihat muka kusut Datin Medina jadi tertanya - tanya . Apa yang berlaku ? siapa yang membuat panggilan tu ? apa yang di beritahu ? ada masalah berlaku ke ? Perlbagai soalan bermain di dalam fikiran nya saat ini .

" Kenapa Dina ? Apa yang berlaku ? " Tanya Datin Sri perlahan . Tak nak lah dia mendesak Datin Medina untuk beritahu apa yang terjadi .

Datin Medina mengangkat muka dan melihat Datin Sri . Terpancar riak kecewa di muka itu . Dia memejam mata seketika sebelum menjawab .

" Emran ... "

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now