epilog

7.7K 263 39
                                    

Cinta Yang Takkan Terganti

Cinta Yang Takkan Terganti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa bulan kemudian...

PANDANGAN laut di hadapannya ini di pandang tenang . Nafasnya ditarik perlahan dan dihembus tenang . Matanya dipejam merasai hembusan angin . Hatinya kini tenang seperti air di lautan . Tidak disangka banyak benda yang berlaku dalam hidupnya . Hidupnya yang disangka indah dan tenang rupanya sudah lama ditimpa badai .

Bermula pada kemalangan yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas , ketika dia masih lagi merupakan seorang student di sebuah Uni . Sehingga lah pada hari dimana Rayyan menyelamatkan dari Emran .

Rupanya hidupnya selama ini dipenuhi dengan tipu helah oleh orang sekeliling . Orang yang disangka baik rupanya dalang di dalam kemusnahan hidupnya . Orang yang disangka jahat rupanya penyelamat nya . Sungguh tidak dapat dia berfikir dengan betul . Hidupnya begitu complicated !

Dan alhamdulillah , ingatan nya sudah semakin membaik . Ingatannya bersama suami tercinta pada masa lalu dia sudah ingat . Tak disangka , kuat betul jodohnya dengan Rayyan . Betul lah orang cakap , kalau jodoh tak ke mana . Lari lah ke hujung dunia sekali pun kalau dah jodoh tetap berjumpa .

Ikatan persahabatan mereka ? Alhamdulillah , Allah masih mengizinkan kami berkawan seperti dulu . Hana dan Delisha sudah memaafkan Katrina . Mereka tahu niat Katrina baik setelah mendengar penjelasan dari Katrina . Tak sangka , Katrina buat begitu deminya . Sanggup merancang untuk tangkap basah dengan Emran supaya dia tidak berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai . Sungguh mulia hati seorang insan bernama Engku Katrina . Katrina juga sudah memaafkan Hana akan kata - kata Hana yang melampaui di hospital dulu . Dah akhirnya kami mula buka buku baru dan lupa kan kisah lama . Tak perlu dikenang lagi kisah dahulu , jangan disebabkan satu kesalahan , segala kebaikan yang orang pernah buat pada kita hilang ditiup angin . Hubungan juga akan terjejas .

Lihat pada kebaikan bukan pada kesalahan seseorang . Kesalahan mengajar kita menjadi matang dan berdikari . Mengajar kan kita tentang kehidupan dan juga kejam nya dunia . Kisah lalu adalah sebuah pengajaran dan masa kini dan depan adalah sehelai kertas kosong yang perlu kita lakarkan dengan kenangan dan kebaikan . Dan jangan mengulangi kesalahan lama . Peluang hanya dua kali , tiada tiga mahupun empat . Fikir - fikirkan .

Emran Iskandar ? Sekarang dia berada di hospital sakit mental . Menerima rawatan disana . Nasib nya baik , dia terselamat dari tembakan Ikmal . Dia dirawat di hospital dan di bawa ke hospital sakit mental selepas itu apabila mendapati dia mula meracau dan bercakap seorang diri . Pakar psikologi sudah mengesahkan bahawa Emran mempunyai masalah mental tahap rendah . Keluarga Emran juga sudah minta maaf akan apa yang Emran buat pada dirinya dan Rayyan .

Sebagai hamba Allah yang baik , mesti lah dia maaf kan walaupun susah untuk melupakan . Siapa lah kita taknak memaafkan orang kan ? Kita hanya hamba Allah yang lemah , mempunyai pelbagai masalah dan membuatkan pelbagai kesilapan . Lumrah manusia . Jadi memaafkan adalah cara terbaik sebelum dia menjadi dendam yang menghitam kan hati yang bersih .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now