bab 63

3.5K 184 16
                                    

Cinta Yang Takkan Terganti

TANGAN Rayyan diusap lembut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Rayyan diusap lembut . Jari jemari Rayyan juga di mainkan . Wajah lena milik Rayyan ditatap lembut . Senyuman kelat terukir di wajahnya . Dah seminggu Rayyan tak sedar kan diri . Dalam seminggu itu jugalah seleranya mati . Bila dia makan mesti makanan itu akan terkeluar balik . Haih , ini alahan ibu mengandung ke ?

Tangan yang tadi berada di atas katil kini turun ke perut kempis nya . Diusap lembut perutnya persis mengusap jasad anaknya .

" Anak mama , anak mama sihat kat dalam tu ? Selesa tak ? " Tanya Qalisha pada anaknya . Tersenyum manis dia . Matanya kembali naik menatap wajah suami .

" Abang , sayang dah mengandung . Sayang bawa anak abang dalam perut sayang . Bukti cinta kita . Mesti abang happy kan ? " Kata Qalisha pada suami nya . Tangannya langsung tidak beralih dari mengusap perut nya . Dia ingin memberi kasih sayang pada anaknya dari dalam rahim lagi , supaya anak nya tidak akan merasa dia keseorangan dalam perut ini . Dan semoga lahir dengan kasih sayang yang cukup .

" Abang kena bangun tau . Sian baby kita rindu papa dia . Papa tak rindu baby ke hm ? " Sambung Qalisha lagi . Namun hanya kesunyian yang menjawab pertanyaan nya . Dia tergelak kecil . Sudah biasa dengan keadaan ini . Dia bercakap , dia juga kadang - kadang yang jawab sendiri . Namun dia tidak kesah sebab dia tahu Rayyan dengar segala luahan dan percakapannya . Doktor pun ada beritahu yang pesakit koma dengar apa orang sekeliling bualkan cuma dia tak mampu nak menjawab . Doktor nasihat kan supaya sentiasa berbual dengan pasakit yang mengalami koma ini . Mungkin dengan mendengar suara tersayang mampu baginya semangat untuk sedar . Who's know right ?

" Sayang rindu abang " Luah Qalisha sayu . Kepala di letakkan di atas katil . Tangan Rayyan diambil dan digenggam rehat olehnya . Mata dipejam , menahan air mata yang ingin keluar . Dia tak mahu menangis di depan Rayyan . Nanti Rayyan risau . Dia tak nak buat suaminya risau tentangnya . Dia cuma nak suaminya sedar . Itu saja .

Bunyi ketukan di pintu wad membuatkan Qalisha membuka matanya kembali . Kepala diangkat dan dia memandang ke arah pintu . Berkerut keningnya . Siapa pulak yang datang melawat ni ? Tanpa buang masa dia terus bangun dan melangkah ke arah pintu . Pintu wad itu dibuka dan terpampar wajah 3 orang yang sangat dia kenalinya . Terus dia tersenyum nipis .

" Korang ! Masuk lah " Jemput Qalisha sopan . 3 orang tadi mula masuk ke dalam . Mereka mengambil tempat di ruang sofa yang berada di dalam wad itu . VIP kan ? Mesti lah mewah .

" Korang buat apa kat sini ? " Tanya Qalisha pada orang di hadapannya ini .

" Aikk , datang melawat pun tak boleh ke ? " Tanya Delisha kembali . Qalisha sudah tersengih .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now