bab 27

4.5K 266 6
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

SEPANJANG perjalanan untuk balik ke rumah . Pelbagai suara yang berbisik tentangnya memasuki gegendang telinga . Dia tidak begitu pasti , mereka bercakap baik ataupun buruk tentangnya .

Dia menjeling Rayyan disebelah . Kelihatan jejaka itu langsung tidak terganggu . Seperti sudah biasa melaluinya .

Mereka berjalan kaki balik dari air terjun . Basikal di serong oleh Rayyan . Saja mereka untuk berjalan kaki . Ambik angin kampung sikit sambil itu tengok - tengok kampung . Bertegur sapa dengan penduduk yang dijumpai . Tak ada lah cucu Nek Jah ni di cop sombong . ye idok ?

Qalisha terlihat ada sebuah kedai runcit yang tak jauh dari mereka . Dia mula berfikir tentang aiskrim . Uuuu sedapnya kalau dapat makan ni . Dengan cuaca panas lagi . Aaaa melegakan tekak .

" Mikael " Qalisha memanggil Rayyan . Rayyan terus berpaling melihat Qalisha . Kening di jongketkan . Terus Qalisha menunjukkan kedai runcit yang dilihat tadi . Rayyan pun melihat ke arah yang ditunjuk Qalisha .

Kedai runcit ? Nak buat apa kat sana ? Nak beli sesuatu ke ? Opah ada pesan apa - apa ?

" Nak buat apa kat sana ? Opah ada pesan sesuatu ke ? " Tanya Rayyan pelik .

Qalisha menggelengkan kepalanya . " Tak lah . Opah tak suruh beli apa - apa pun . Saya yang nak beli "

" Beli apa ? "

" Aiskrim " Jawab Qalisha sepatah . Tersengih kecil dia . Bukannya selalu dia boleh makan aiskrim . Kalau duduk kat rumah di Kuala Lumpur tu , tak adanya dapat makan aiskrim ni . Mama nya  marah . Kata tak sihat lah , gigi boleh rosak . hm .

Rayyan tergelak kecil . Macam budak - budak je perangai . Tak matang langsung .

" Okey jum pergi beli "

Qalisha yang mendengar itu terus terjerit suka . Aaaaa axcited nya nak makan aiskrim ! aum aum .

Mereka mula bergerak ke arah kedai runcit itu .  Qalisha memasuki dulu kerana Rayyan sedang menongkat basikal . Rayyan hanya mampu menggelengkan kepala saja melihat perangai kebudak - budakkan bakal bini dia itu . hehe . Perasan je kau ni Rayyan .

Qalisha dengan teruja nya memasuki kedai runcit . Dah alang - alang sampai kesini , apa kata kita tawaf satu kedai ni . Mana lah tau ada jajang yang menarik perhatian .

Qalisha mula berjalan satu lorong ke satu lorong . Jajang yang menjadi tarikannya semua dia ambik . Coklat , super ring , mamee dan perlbagai lagi .

Rayyan mencari Qalisha di dalam kedai . Haih , mana  budak ni pergi ? Nak kata kedai ni besar , tak lah besar sangat . Aduh lah .

Sampai di lorong makanan ringan , terus dapat dia lihat Qalisha yang sedang memilih makanan walaupun di tangannya sudah penuh . Rayyan menuju ke arah Qalisha .

" Kau cakap nak beli aiskrim . Ni habis  jajang kau ambil . Aiskrimnya tak ada lagi " Kata - kata  Rayyan mengejutkan Qalisha yang sedang kusyuk memilih .

Qalisha memalingkan kepalanya ke belakang . " Suka hati saya lah . Dah alang - alang datang ni . Beli lah terus apa yang berkenang di hati "

" Pandai je kau " Rayyan menjulingkan matanya ke atas .

" Nah ambik pegang ni . Jangan nak berdiri tengok je " Kata Qalisha sambil meletakkan satu jajang pilihan hati ke dada Rayyan . Rayyan yang terkejut terus dia memegang jajang itu . Nanti jatuh pula , kesian rezeki .

Rayyan melihat Qalisha tajam . Tapi langsung tak dihiraukan Qalisha . Qalisha berjalan dan mengambil apa yang dia nak dan bagi kepada Rayyan . Rayyan dengan lemahnya menyambut saja huluran Qalisha .

Sudah mereka berbeli sakan . Mereka ke kaunter pembayaran . Kelihatan seorang pak cik tua sedang sibuk mengira sesuatu . Mungkin mengira hasil jualan atau keuntungan yang dia dapat untuk bulan ini .

" Assalamualaikum , pak cik " Sapa Qalisha lembut . Kalau tiba - tiba sergah boleh mati orang tua ni kalau ada penyakit sakit jantung . Hahahaha .

Pak cik itu mengangkat muka bila ada yang menyapa . Senyuman di hadiahkan kepada pelanggan nya .

" Waalaikummusalam "

Qalisha meletakkan makanannya di atas meja kaunter selepas pak cik itu menjawab salamnya . Begitu juga Rayyan .

" Kamu ni cucu Nek Jah ke ? " Tanya pak cik itu sekadar berbasa basi dengan pelanggan .

" Haah , cucu Nek Jah " Jawab Qalisha bila mengetahui soalan tadi ditujukan kepadanya . Pak cik menganggukkan kepala tanda mengerti .

Siap membayar , mereka keluar dari kedai .

" Heh Rayyan ! " Tegur seorang mak cik . Terhenti langkah mereka .

" Qalisha pun ada lah " Kata seorang lagi mak cik lebih dikenali sebagai mak cik Lia . Mak cik Lia yang selalu datang ke rumah Nek Jah untuk menghantar kuih muih yang dibuatnya .

" Lama tak nampak korang balik sekali . Biasanya Rayyan balik seorang diri je " Kata Mak cik yang pertama , Mak cik Kiah .

Qalisha mengerutkan dahinya . Balik bersama ? dengan Rayyan ? Pernah ke dia ? Bukan ke ini kali pertama dia berjumpa dengan Rayyan ? Pelik .

Rayyan sudah menggelabah tapi dikawal supaya tidak kelihatan dari gerak gerinya . Rayyan ketawa kekok .

" Baru ada masa sebab itu lah " Jawab Rayyan .

" Oh macam tu . Jangan kuat sangat berkerja , spendtime juga masa tu dengan benda lain " Kata Mak cik Lia . Rayyan menganggukan kepalanya .

" Kami minta diri dulu . Opah dah tunggu kitaorang " Pamit Rayyan . Semakin lama kat sini , semakin panas dia rasa .

" Ye lah . Kirim salam kat Nek Jah ye "

" Baik lah . Assalamualaikum .

" Waalaikummusalam "

Terus Rayyan menarik tangan Qalisha untuk pergi dari situ . Qalisha hanya ikut tanpa merungut . Haih , haraplah Qalisha tak tanya apa - apa nanti . Kalau tak habis lah kantoi pasal siapa dia sebenar .






















Pengganti Cinta ✓Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum