bab 34

4.7K 263 6
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

DIA merebahkan dirinya di atas katil saiz king miliknya . Tuala kecil yang untuk mengeringkan rambutnya masih terletak elok di kepalanya . Rambut panjang hitam miliknya yang mencecah pinggan kelihatan cantik dengan air yang masih lagi mengalir turun .

Dia mengeluh kecil . Perlu ke dia terima atau pun menunggu jodoh yang lain datang . Tapi kalau menunggu yang lain , mungkin sampai ke tua pun dia takkan berkahwin .

Masalahnya , dia baru saja berkenalan dengan lelaki itu dan tak sampai sebulan lagi pertemuan mereka berdua . Takkan dia nak terima macam tu je . Teringat perbincangan dia sekeluarga bersama keluarga pihak lelaki pada tempoh hari yang lalu .

flashback

Ruang tamu di rumah milik Qalisha hanya kedengaran gelak tawa dua pasangan suami isteri saja yang sedang bergurau . Qalisha membuat keputusan untuk diam saja .

Dia pun tak tahu kenapa semua orang perlu berkumpul dan lagi pelik ada Puan sri dan Tan sri bersama anak perempuan mereka .

Mereka perlu menunggu seseorang untuk teruskan perbincangan ini . Masalah nya dah hampir setengah jam mereka menunggu tapi langsung tak ada kelibat seseorang itu .

Ariq dan Azreen hanya merenung skrin telefonnya . Apa yang dilihat tak tahulah . Langsung tak beralih padangannya .

Tiba - tiba kedengan suara gurau memberi salam . Tertoleh semua melihat ke arah pintu masuk . Muncul susuk tubuh yang masih memakai baju kerja sedang berjalan menuju ke arah mereka .

" Sorry Iyan lambat sikit . Baru sudah meeting " Pohon Rayyan Mikael . Dia tersenyum manis bila matanya bertentang mata dengan si gadis idaman . Dia mengambil tempat di sebelah adik perempuannya , Raisya Mikayla .

" Tak apa lah . Biasa lah kerja pejabatkan . CEO pula tu " Balas Dato sri untuk menyenangkan hati jejaka pemuda itu . Dia tersenyum .

" So mari lah kita bincang . Tak sabar ni nak tunggu apa yang papa nak beritahu " Celah Ariq untuk masuk ke tujuan utama mereka berkumpul disini . Yang lain mengangguk .

" Sebenarnya kita orang datang ni bersama hajat " Mula Tan sri Razif .

" Hajat apa tu zif ? "

" Kami datang nak satukan anak kita berdua sekaligus jadi kan kita sebagai besan " Kata Puan sri pula . Dia tersenyum manis . Tiga adik beradik itu mengerutkan dahi . Nak petik yang mana ni ? kumbang dua ni ke atau pun bunga yang sorang ?

" Haa bagus sangat lah tu . Aku pun ada fikir benda yang sama . Alang - alang Rayyan dan Qalisha ada bercakap nak naik pelamin masa majlis Kamal tu . Aku terus rasa nak jodohkan diaorang " Jawab Dato sri .

Tersentak Qalisha bila nama nya disebut . Takkan lah dirinya akan dikahwinkan ? Dengan Rayyan ? Like seriously ? 

" What pa ? Seriously ? Sha kahwin dengan Mikael ? Kita orang baru je kenal " Kata Qalisha . Hampir terjerit dia di buatnya .

" Sha . Jangan macam ni sayang . Dengar dulu apa yang papa nak diberitahu " Pujuk Datin sri bila anaknya kelihatan terkejut dan menahan geram .

" Sha ni untuk Sha juga . Keselamatan Sha akan terjamin dan ada orang yang akan jaga Sha nanti . Jangan risau Rayyan ni baik orangnya . Papa dah lama kenal dia . Dan dah lama papa nak buat dia jadi menantu papa " Kata Dato sri . Qalisha mengerutkan dahinya tanda dia sedang menahan geram .

Keluarga lelaki hanya mampu diamkan diri melihat perbincangan anak beranak itu . Rayyan masih lagi dengan muka tenang . Dia yakin Qalisha akan terima cadangan ini . Hati Qalisha lembut dan mudah tersentuh .

" Adik , along pun rasa benda yang sama . Terima lah cadangan ni . Bila kahwin nanti , keselamatan adik akan lebih kukuh sebab ada suami yang akan jaga adik " Lembut Azreen bertutur dengan Qalisha . Kalau cakap cara kasar , semakin naiklah keras kepala Qalisha tu .

" Biar betul along ? Kau yakin ke ni ? " Tanya Ariq tak percaya . Gila kau . Along lah orang yang paling susah sekali nak lepaskan adiknya pada orang lain . Ni senang - senang je ? Tak caya arh !

" Betul lah ni . Kau nampak aku buat lawak ke ? " Perli Azreen . Haih , orang betul - betul lah ! Ada yang kena hempuk ni kang .

Qalisha yang mendengar hanya diam membisu . Dia berfikir perlu ke dia terima . Tapi apa yang dikatakan oleh papa dan alongnya ada betul juga . Haih susah lah macam ni .

" Qalisha , terima lah cadangan ni . Aunty nak sangat Qalisha jadi menantu aunty . Qalisha terima eh ? " Pujuk Puan sri pula setelah lama dia mendiamkan diri .

Qalisha berfikir lagi . Banyak benda yang bermain difikirannya . Dia mengeluh kecil .

" Beri Sha masa dulu dalam 3 hari . Selepas tu , Sha akan beritahu keputusan Sha .  Boleh ? " Tanya Qalisha untuk mendapatkan persetujuan semua yang berada di ruang tamu itu .

" Boleh boleh boleh . Ambik masa akak tau . Isya tak sabar nak dapat kakak ipar " Celah satu saura perempuan . Raisya Mikayla , anak perempuan Tan sri Puan sri dan satu - satunya adik Rayyan Mikael .

Kelihatan teruja gadis berumur 20 tahun itu . Rayyan tersenyum lebar . Haih dia yakin Qalisha akan terima . Confirm !

" tak sabar nak halalkan kau , Qalisha "

end flashback .

Dia mula berfikir macam - macam . Macam mana kalau ada orang ketiga datang nak hancurkan rumah tangga dia macam dalam novel dan drama tu ?

Perlbagai perkara negatif pula bermain di kotak fikirannya setelah mereka akan bergelar suami isteri nanti . Bahagia kah ? Sebulu ke mereka ? Akan hadirke sayang dan cinta ? Dia akan kena pukul ke ? Akan diduakan ke ? Di cerai kan walaupun tak sampai tiga bulan mereka kahwin ?

Oh shit ! Qalisha stop it ! Jangan fikir bukan - bukanlah . Percaya pada takdir dan jodoh . Percaya pada allah . Kalau betul Jejaka yang bernama Rayyan Mikael itu jodohnya mesti mereka akan bersama juga kan ? Percaya dan doa .

Esok harinya dimana dia akan mengumumkan keputusan yang akan bakal mengubah hidupnya sepenuhnya .

Get ready Ariana Qalisha !

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now