bab 62

3.5K 180 15
                                    

Cinta Yang Tak Terganti

SUARA ketawa nya bergema di dalam bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA ketawa nya bergema di dalam bilik itu .  Air berwarna kuning yang berada di dalam gelas itu dicapai dan diteguk rakus olehnya . Senyuman nya langsung tidak pudar di bibirnya . Bahagia , terlalu bahagia .

" Finally... " Gumannya perlahan . Sengih sinis diukir olehnya . Mata nya lurus mengadap ke hadapan . Dinding Kosong yang berwarna biru gelap itu direnung nya lama .

" Akhirnya , berjaya juga aku tumpaskan kau "

Ketawanya bergema lagi di dalam bilik itu . Entah lah , hatinya terlalu bahagia dengan berita yang dikhabarkan oleh orang suruhannya tadi . Berita yang dia nanti - nantikan selama ini . Berita kejatuhan musuh sejatinya .

" Hahaha , walaupun kau tak mati lagi tapi aku tetap bahagia sebab kau koma ! "

" Kau bagi aku peluang untuk dapatkan pujaan hati aku balik . Perlu ke aku berterima kasih pada kau ? "

Dia ketawa sinis . Kepala di gelengkan . " Tak , tak . Aku tak boleh nak berterima kasih pada kau nanti sebab...kau akan mati ! Aku akan bunuh kau ! Bunuh ! "

Ketawanya mula bersambung lagi . Air arak dituang ke dalam gelas yang sudah kosong itu dan mula meneguk lagi . Semakin rakus dia meneguk air haram itu . Penawarnya bila dia dalam stress , kesusahan dan terluka . Arak lah penawar baginya . Tiada apa yang dapat membagi nya ketenangan selain air kuning itu .

Katrina yang berada di luar bilik tergamam . Terkejut apabila dengar kata - kata Emran tadi . Bunuh ? Ya Allah . Emran mahu bunuh siapa ? Rayyan lagi ke ?

Takkan belum puas lagi Emran ingin menyiksa Rayyan ? Rayyan sudah terlantar sakit dan tidak sedarkan diri di hospital . Apa lagi yang Emran mahukan ?

Dada nya dipegang , sebak . Apa akan berlaku pada rumah tangga kawannya itu nanti ? Akan bergaduh ? Cerai ? Ya Allah , bila fikirkan semakin sakit hatinya . Kenapa Emran boleh jadi macam ni ? Takkan disebabkan cintanya pada Qalisha ? Sebesar itu ? Sampai sanggup membunuh ?

Tak , dia tak akan biarkan semua ini berlaku . Dia akan halang Emran dan selamatkan rumah tangga kawannya . Dia akan tebus dosanya pada Qalisha dengan cara ini . Cara ini saja dia dapat buat . Hilang nyawa ? Dia sanggup asalkan kemaafan dan bahagia yang Qalisha hadiahkan untuknya .

Laju kakinya melangkah pergi dari situ . Bilik tidur nya yang berada di tingkat bawah bersebelahan dengan dapur dituju dan dimasuk . Telefon miliknya dicari . Setelah berjumpa , dia menekan - nekan skrin telefon itu . Tertera nombor Qalisha . Laju saja dia menekan simbol berbentuk telefon itu dan telefon itu diletakkan di telinganya .

Pengganti Cinta ✓Where stories live. Discover now