Bab 15

380 26 2
                                    

SUNGGYU, Woohyun dan Seungho adalah tiga sahabat yang amat rapat dan akrab. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Seulbi, adik kepada Sunggyu amat rapat juga dengan Woohyun dan Seungho.

Persahabatan mereka terjalin kerana hubungan keluarga. Keluarga Sunggyu dan Seungho berkenalan atas urusan perniagaan yang dijalankan oleh kedua-dua buah keluarga manakala keluarga Woohyun berjiran dengan Sunggyu.

Mereka berempat seperti isi dengan kuku. Keakraban mereka terlalu utuh untuk dirobohkan. Mereka membesar bersama-sama sehingga menginjak usia remaja. Dalam tempoh itu, Seungho menyimpan perasaan terhadap Seulbi.

Walau bagaimanapun, persahabatan itu roboh dalam sekelip mata. Ketika Seulbi berumur 12 tahun, ada trajedi besar di antara keluarga Seungho dan Sunggyu. Perkara tersebut melibatkan nyawa kedua-dua buah keluarga.

Ibu bapa mereka terkorban disebabkan mimpi ngeri yang dahsyat itu. Seulbi juga hampir terbunuh jika lambat diselamatkan. Dendam yang menyelubungi Seungho membuatnya menjadi seorang lelaki yang kejam.

Seungho terlalu inginkan Seulbi sehingga tahap yang boleh dikatakan obses. Sunggyu takut perkara yang berlaku 8 tahun lalu berulang. Oleh itu dia sering berjaga-jaga terhadap keselamatan Seulbi selama ini.

Selepas kejadian itu, Seulbi koma dan trauma. Dia telah kehilangan memorinya. Doktor yang merawatnya kata mungkin ia kesan daripada traumanya. Sunggyu bersyukur Seulbi hilang ingatan tentang trajedi tersebut dan segala memori tentang Seungho.

Untuk mengelakkan memorinya kembali dan demi keselamatannya, Sunggyu menghantar Seulbi ke Jepun. Selama 8 tahun di sana, dia membesar dengan baik. Sunggyu dan Woohyun juga sering menjenguknya ke sana.

Sehingga ke hari ini Sunggyu tidak pasti akan punca Seungho menculik adiknya itu. Kejadian yang menimpa Sungjong membuatkan dia risau. Dia takut keputusannya salah dengan membawa Seulbi pulang ke Korea.

Kesian dia melihat Sungjong yang menjadi mangsa keadaan. Dia tidak tahu mengapa tetapi yang pasti firasatnya kuat mengatakan yang ini semua angkara Seungho.

Seulbi tidak boleh berjumpa dengan Seungho dan dia akan pastikan Seungho tidak akan dapat berjumpa dengan Seulbi. Sunggyu juga rasa bersalah terhadap Dongwoo, Hoya, Sungyeol dan terutamanya Myungsoo.

Dia tahu Myungsoo terhidu sesuatu tetapi apakan daya dia untuk menceritakan segalanya? Dia tidak mahu persahabatan mereka selama hampir 6 tahun ini hancur begitu sahaja. Sama seperti yang dulu. Dia tidak sanggup.

Dia buntu.

Dia keliru.

Apa yang perlu dia lakukan?

Perlukah dia hidup dalam ketakutan seumur hidup?

Seulbi berhak merasai kebahagian. Baginya kebahagiaan Seulbi adalah kebahagiaannya. Dia sanggup lakukan apa demi kebahagiaan adiknya. Walau pun melibatkan nyawanya. Dia rela menyerahkan nyawanya asalkan Seulbi hidup bahagia.

"HYUNG mana Sungjong?" Myungsoo yang baru pulang dari kampus terus ke rumah Sunggyu ditemani dengan Sungyeol. Kelihatan Woohyun telah tiba disitu lebih awal.

"Dia dah sedar ke?" Sungyeol mencelah. Sunggyu hanya membatukan diri. "Belum. Dia masih menerima rawatan sekarang ini." Woohyun menjawab bagi pihak Sunggyu.

Woohyun faham keadaan Sunggyu ketika ini. Dia tersepit. Dia tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan mereka terutamanya Myungsoo.

"Di mana dia sekarang?" Myungsoo bertanya lagi. Sunggyu dan Woohyun hanya mendiamkan diri. "Hyung... Sunggyu hyung? Woohyun hyung?"

"Dia berada di tempat yang selamat." Hanya itu yang mampu Sunggyu katakan. Dia rasa bersalah terhadap mereka.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Hoya dan Dongwoo juga tiba. Mereka saling berpandangan. Mereka terasa suasana agak dingin pada petang itu. Pasti akan tercetus perbalahan sebentar lagi jika keadaan ini berterusan.

"Sungyeol." Sunggyu memanggilnya. "Ya, hyung."

"Tolong... hari ini bawa Seulbi keluar."

"Huh?" Sungyeol memandangnya pelik. Bukan dia tidak sudi tetapi dengan si Seulbi? Budak perempuan yang menyampah itu?

"Hari ini saja... Saya tak nak nanti dia tahu tentang perkara ini. Ada sesuatu yang perlu saya selesaikan sekarang ini.

"Tapi..."

"Biar saya sajalah." Woohyun mencelah menawarkan diri.

"Tak boleh. Awak kena ada disini." Arah Sunggyu.

"Bolehkan Sungyeol?" Sunggyu bertanya lagi.

"Baiklah..." Dengan ketidakrelaan dia menjawab.

"Terima kasih."

Kenapa kena aku? Hoya dengan Dongwoo hyung kan ada? Lagi pun Woohyun dah tawarkan diri tapi Sunggyu hyung tak nak pula. Tak faham aku. Sungyeol mengomel ketidakpuasan hatinya sepanjang perjalanan ke kampus.

Dia memakirkan kereta Audi R8 nya betul-betul dihadapan pintu masuk kampus. Selama lima minit dia menunggu si Seulbi baru kelihatan batang tubuhnya. "Lambat betul." Omel Sungyeol.

Sungyeol keluar dari keretanya sambil cermin mata hitamnya masih menutupi matanya. Semua gadis-gadis disitu terpegun dan terpesona melihat keindahan ciptaan Tuhan itu.

"Kim Seul Bi." Sungyeol memanggil Seulbi yang memandangnya pelik. Seulbi memandang sekeliling lalu jari telunjuknya mengarah ke dirinya. Aku ke? Detik Seulbi.

"Come here, right now." Arah Sungyeol. Seulbi memuncungkan bibirnya. Suka hati mak bapak dia je arah aku. Omel Seulbi dalam hatinya. Dengan langkah yang longlai dia berjalan ke arah Sungyeol.

Para pelajar yang menyaksikan adegan itu semua berbisik sesama sendiri. "Kenapa?" Seulbi bertanya pada Sungyeol. "Masuk kereta sekarang." Arah Sungyeol lagi.

Seulbi tercengang. Mamat ni dah kenapa? Makin pelik sahaja tingkah laku Sungyeol pada pandangan mata Seulbi. Seulbi masih berdiri disisi kereta ketika Sungyeol memasuki kereta itu.

Bengang pula Sungyeol pada Seulbi. Perempuan ni tak faham arahan yang mudah ni ke? "Seulbi?" Dia membukakan pintu dari dalam. Walau pun Seulbi masih tidak faham tetapi dia tetap menurut segala arahan Sungyeol.

"Kita nak ke mana?" Tetapi soalan Seulbi itu tiada balasnya. "Pakai tali pinggang keledar." Sekali lagi arahan dari mulut yang comel itu keluar. Seulbi hanya menurut seperti pak turut.

### Happy Lunar New Year!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now