Bab 11

382 29 1
                                    

###Aipsss wattpad dah baru lagi ~,~

BUNYI petikan gitar yang mempesona Seulbi itu beralunu dengan merdunya dari bilik rakaman abangnya itu. Dengan langkah yang perlahan-lahan Seulbi mendekati bilik itu. Alunan melodinya membuat Seulbi ingin tahu siapakah gerangan yang bermain gitar itu.

Petikan gitar itu berhenti sebaik saja Seulbi berhenti betul-betul dihadapan pintu bilik rakaman itu. Dengan debaran didada, Seulbi memulas tombol pintu.

"Myungsoo oppa..." dia terkesima. Rupa-rupanya Myungsoolah yang mengalunkan irama-irama merdu itu tadi. Tak dijangka yang orang itu Myungsoo, lelaki yang amat disukainya.

"Seulbi... Ada apa?" Myungsoo bertanya sambil memasukkan gitarnya ke dalam beg gitar. "Uh, ehm... Tak ada apa. Tadi terdengar bunyi gitar..." Seulbi menjawab dengan penuh debaran dijiwa.

"Oh, lain kali oppa ajarkan Seulbi. Hari ini tak boleh, kelas dah nak mula." sambil tangannya mengusap kepala Seulbi dengan senyuman manis dilemparkan. Cair Seulbi dibuatnya. Makin panas pipinya ketika itu.

"MAYA~!"

Seulbi menjerit keriangan setelah dapat berjumpa dengan Maya di taman berdekatan rumahnya. Mujur tidak ramai orang ketika itu. Hanya sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan 6 tahun sedang bermain.

"Kau ni dah kenapa? Pekak telinga aku!" pekik Maya. Si Seulbi hanya menayangkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi. "Maaflah~ Aku terlebih teruja pulak."

"Apa-apalah. Ada apa nak jumpa aku?" Maya mengipas-ngipas kerana cuaca hari ini agak panas. "Aku perlukan bantuan sahabat baik aku." Seulbi mengeluarkan dua tin minuman lalu satu daripadanya dhulurkan kepada Maya.

"Bantuan apa?" Maya meneguk rakus air isotonik itu kerana kehausan menunggu Seulbi dibawah terik matahari.

"Aku rasa, aku nak pikat dia." Seulbi berterus terang. Tersembur air dari mulut Maya dibuatnya sehingga tercekik. Kesian Maya, terbatuk-batuk kerana mulut lurus si Seulbi itu.

"Kau ni dah kenapa sembur-sembur?" Tanya Seulbi sambil mengurut belakang badan Maya. Merah muka Maya disebabkan batuk dan terik mentari.

"Kaulah! Mulut tak ada insuran." Maya mengelap seluarnya yang basah sedikit terkena percikan air. "Aku pulak yang salah."

"Kau nak pikat siapa? Myungsoo kau tuh?" Maya bertanya sekali lagi bila dia dalam posisi sedia. Seulbi hanya mengangguk. "Jadi? Kenapa khidmat saya diperlukan?"

Seulbi mengetuk kepala Maya yang lembap itu dengan buku limanya. "Yah! Sakit!" marahnya sambil menggosok-gosok dahinya itu.

"Khidmat mu diperlukan kerana beta ingin bertukar wajah." Seulbi mengajuk cara percakapan ala-ala raja zaman Joseon.

"Kau nak bedah plastik ke Seulbi?!" Maya terkejut besar mendengar jawapan Seulbi. Kawannya cukup comel kenapa perlu lakukan pembedahan?

"Kau ni minah! Bila aku kata nak bedah plastik?" Geram pula Seulbi dbuatnya. Maya ini bijak tapi kadang-kadang otak dungu juga.

"Habis itu? Kau cakap nak tukar wajah." Sekali lagi hinggap satu ketukan didahi Maya. "Tukar wajah tuh maksud aku ubah penampilanlah. Aku nak jadi perempuan sejati gitu. Macam kau." Aduh~ apalah yang susah sangat si Maya ni nak faham?

"Kau ni bukan perempuan sejati ke?" Maya membuat muka takut-takutnya. Sekali lagi, Seulbi terasa ingin pengsan disitu juga. Maya ini jadi macam ini mesti sebab kurang tidur.

"Kau tidur pukul berapa semalam?" Seulbi bertanya dengan tegasnya. "Aik? Apa kena mengena aku tidur pukul berapa dengan hal kau?" Maya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku tanya, jawab jelah." Seulbi masih bersuara tegas. "Jam... 2-3 pagi kot... Aku layan drama semalam sampai tertidur pulak." Maya tersenyum kambing.

"Aku dah kata jangan tidur lambat. Tengok otak kau dah tak berfungsi." getus Seulbi. "Maaf~ jap... Kau tak jawab lagi soalan aku ni, kau bukan perempuan sejati ke?" Maya masih dalam dunia dungunya.

"Habis tuh selama ini kau kawan dengan aku yang lelaki ke perempuan?" Seulbi bagai hilang sabar. Macam manalah aku boleh berkawan dan bertahan dengan dia?

"Kau boleh tukar-tukar jantina ke Seulbi?!" Sekali lagi Maya dengan muka terkejutnya. "Baik aku cakap dengan kau lain kali. Apa kata, kau balik hotel dan tidur secukupnya? Lepas itu, baru datang jumpa aku." Seulbi berputus asa.

PADA keesokan harinya, mereka berjumpa sekali lagi dan Seulbi menjelaskan segala rancangannya dalam misi yang dipanggil "Projek Memikat Si Dia." Ini semua idea gila bernas Seulbi dan Maya.

Siapakah gerangan Si Dia? Tidak lain dan tidak bukan ialah Kim Myung Soo, jejaka yang berjaya menambat hati keras gadis bernama Kim Seulbi. Seulbi nekad yang dia mahu mengubah dirinya menjadi seperti gadis yang Myungsoo inginkan.

Tetapi... gadis seperti apakah yang Myungsoo dambakan? Oleh itu, Maya telah merancang untuk melakukan Pelan A iaitu misi mengorek rahsia. Rahsia apa? Rahsia Myungsoo punya gadis idaman.

"Macam mana nak korek? Aku korek lubang cacing pun tak reti." Seulbi beralah. "Buat secara spontan." Maya menambah idea.

"Spontan? Spontan yang macam mana?" Hari ini si Seulbi pula mendapat gelaran Si Otak Dungu. "Korangkan selalu lepak sama-samakan? Masa tulah kau curi sikit-sikit rahsia." Maya memberi idea tanpa henti dengan otak segarnya hari ini.

"Nanti kantoi pulak aku syok kat dia. Aku tak pro sangat bab-bab macam ini." Seulbi menghela nafas yang panjang.

"Oh ya! Dia modelkan?" tiba-tiba Maya mendapat satu idea. Seulbi mengangguk. "Aku rasa kita guna Plan A 2.0." Maya berkata bersulamkan maksud.

"Plan A 2.0 tuh apa pulak?" Seulbi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Nanti kau tahulah."

~

"Kau nak aku buat apa dengan semua majalah ni?" Seulbi meletakkan majalah-majalah yang diminta Maya di atas meja itu.

"Baca setiap muka surat yang ada temu bual Myungsoo, aku tengah cari pasal dia kat internet." Maya masih khusyuk melayari internet sambil menikmati kerepek.

"Boleh tak kau jelaskan dulu maksud Plan A 2.0 kau tuh?" Seulbi menarik muncung. Maya ini kadang-kadang gemar berahsia juga.

"Kau ni lembap ke apa? Kemungkinan besar... oh salah... peratus kemungkinan sebanyak 95%, dalam majalah-majalah itu akan ada temu bual yang akan tanya jenis perempuan idaman Kim Myung Soo engkau tuh."

"Tak sangka Maya geliga sungguh kau hari ini." Seulbi memeluk erat tubuh Maya sehingga Maya lemas. "Dah dah lah tu. Pergi buat kerja cepat." Maya meleraikan pelukannya.

"YES SIR!"

~

"MAYAAAA!!! AKU DAH JUMPA!!" gempa bumi sebentar bilik tidur Seulbi ketika itu. Maya dengan pantas menutup kedua-dua telinganya dengan bantal. Tak tahan mendengar teriakan si Seulbi itu.

"Cakap pelan-pelan tak boleh?" sindir Maya. Seulbi seperti biasa menayang senyuman tak malunya itu. "Mana?"

Seulbi memberikan majalah itu kepada Maya. Maya mengambilnya lalu membaca isi temu bual itu. Dia mengeluh kecil. Perasaan hampa tiba-tiba datang menerpa.

"Long wavy hair..." Maya mebaca satu persatu. Rambut Seulbi hanyalah panjang paras 10 cm bawah bahu dan rambutnya lurus. Kalau nak bagi berombak boleh tetapi cukup panjangkah rambutnya?

"Kenapa?" Seulbi bertanya setelah melihat reaksi Maya. "Jom pergi salun." Maya menarik tangan tangan Seulbi yang masih terpinga-pinga.

"KIM Seulbi?" Sunggyu menatap gadis dihadapannya ketika itu. Ada kelainan padanya yang membuat Sunggyu memandangnya pelik.

"Betul ni Seulbi?" Dia bertanya sekali lagi. Seulbi hanya mengangguk sambil tertunduk malu. Rambutnya telah ditukar menjadi 'long wavy hair'. Terima kasih kepada 'Salun Maya'.

"Seul tak pernah-pernah buat macam ni... kenapa..?"

"Ah, Seul bosan dengan rambut Seul, jadi ingat nak cuba ubah gaya... err, tak cantik ke?" Seulbi menjawab teragak-agak.

"Lawa. Dah pergi mandi lepas itu turun makan malam."

Can You Save Me?Where stories live. Discover now