Bab 39

154 17 4
                                    

JANJI temu hari ini bakal mengubah sesuatu yang besar dalam hidupnya. Dia masih tidak sedar tentang hal itu. Sesungguhnya dia sudah mempunyai seorang penyelamat bak pari-pari kecil dalam hidupnya. Malangnya dia akan kehilangan pari-pari itu suatu hari nanti. Mungkin juga mereka tidak akan dapat berjumpa selamanya selepas itu.

Rambut merahnya disisir kemas ke tepi. Semalam dia ke salun untuk mewarnakan rambutnya merah. Kata si kekasih hati, dia amat kacak dengan rambut berwarna merah dan sedikit panjang. Lalu dengan gembiranya dia mewarnakan rambutnya di salun. Sahabat baiknya pula mewarnakan rambutnya blond. Katanya itu pertama kali dia mewarnakan rambut. Malu juga dia ingin keluar rumah. Bukan setakat itu sahaja, rambutnya dipotong sedikit pendek.

Mereka berdua ingin memberi kejutan pada si gadis-gadis. Kim Myung Soo berjanji temu di taman tasik kegemaran mereka bersama Yoo Ji Ae. Manakala Lee Sung Yeol akan membawa Kim Seul Bi a.k.a Kim Sung Bi berjalan-jalan di Everland. Ya, sehingga ke saat ini Sung Yeol masih tidak tahu hal yang sebenarnya. Bukan dia sahaja. Dong Woo, Hoya, Myung Soo dan Sung Jong juga belum mendapat berita tentang perkara sulit ini.

Telefon bimbit dan kunci kereta BMW X5 dicapai. Tidak perlu tanya berapa banyak kereta mereka berdua ada. Sekejap Porshe, Mini Cooper, Mercedes, Audi dan macam-macam lagi lah. Rasanya garaj rumah mereka dah boleh jadi muzium kereta mewah. Hari ini Sung Yeol ingin kelihatan segak bergaya dengan kereta hitam tersebut. Maklumlah bukan selalu dia melakukan perkara seperti ini.

Perkara pertama haruslah menjemput kekasih hati. Setelah itu keretanya meluncur laju ke Myeong-dong-gu. Syurga membeli belah di Korea Selatan. Kata Sung Bi, ada benda yang ingin dia cari untuk seseorang. Tidak pula diberitahu siapa orang yang bakal menerima hadiah itu. Sesungguhnya, Sung Yeol malas mahu bertekak dengannya jika dia ingin merahsiakannya.

"Oppa! Jom masuk kedai ini!" Sung Bi menarik lengan sasa si Sung Yeol masuk ke salah sebuah kedai di jalan itu.

Tiffany & Co. Siapa yang tak kenal jenama barangan kemas yang menjadi bualan mulut ramai orang ini? Setahu Sung Yeol, kekasihnya ini orang yang bersedarhana. Mengapa pula mahu membeli barangan kemas? Istimewa sangat ke orang yang bakal diberi hadiahnya itu?

"Selamat datang ke Tiffany & Co. Ada yang boleh saya bantu?"

Pekerja di situ menyambut mereka dengan senyuman manis dan ramah.

"Saya nak cari hadiah untuk seorang wanita yang dalam lingkungan 40-an." Jawab Sung Bi jujur.

Sung Yeol memandangnya aneh. Bukankah mereka anak yatim piatu? Mengapa perlu membeli hadiah yang boleh dikatakan untuk pangkat seorang ibu? Mungkin untuk mak cik yang rapat dengan mereka. Tebak si Sung Yeol dalam mindanya. Malas dia mahu berfikiran negatif. Dia tahu yang kekasihnya ini memang seorang yang baik hati.

"Boleh saya tahu ciri-ciri atau kesukaan orang tersebut?"

"Hurm..."

Sung Bi berfikir sejenak. Kesukaan wanita itu memang dia tak tahu. Baru dua kali mereka bertemu. Itu pun masih tidak sempat nak saling mengenali secara mendalam.

"Beliau seorang yang sangat elegan dan beribawa."

Pekerja tersebut tersenyum, "Kami ada keluaran terbaru pada bulan ini. Mungkin cik mahu melihatnya? Kerana kami mensasarkan pada pembeli lingkungan 25-40 tahun."

Sung Bi mengangguk laju. Si Sung Yeol pula hanya diam membisu. Pekerja itu berlalu ke suatu sudut untuk mengambil set barangan kemas yang dikatakan itu. Sung Bi menyiku Sung Yeol yang setia di sisi.

"Kalau awak nak jalan-jalan tengok barang, pergilah. Mana tahu ada benda yang awak berkenan nanti." Sung Bi tersenyum manis.

Sung Yeol seperti termakan kata-katanya terus meninjau sekitar. Boleh juga dia melihat-lihat produk Tiffany & Co. Mana tahu boleh beli seset untuk si buah hati.

USAI membeli belah dan berjalan-jalan, mereka makan malam di sebuah restoran yang diberi nama Miss Gong. Tidak usahlah ke restoran lima bintang jika restoran di deretan rumah kedai juga mampu memberi kepuasan pada perut dan tekak.

Setelah itu mereka ke Sungai Han untuk menikmati pemandangan malam. Teringat pula kisah di mana Sung Yeol membawa gadis itu ke sini ketika Sung Gyu menyuruhnya membawa adiknya keluar berjalan-jalan agar dia tidak pulang ke rumah.

"Oppa..."

"Hurm?"

Mereka berdua memandang ke langit sambil berbaring di atas tikar. Kawasan ini tidak ramai orang maka, mudah untuk mereka berdua 'berpiknik'.

"A lady who loves you, who take cares of you and sacrifices her life for you... who is that lady?"

Sung Yeol berjeda. Mengapa tiba-tiba suasana bertukar hiba? Apa yang telah merasuk Kim Sung Bi?

"A lady that I call omma."

Rindunya pada orang yang bergelar ibu itu tiba-tiba datang menyapa.

"That's right. And you can't hate your omma right? Because without her you're nothing."

"What are you trying to say, Kim Seul Bi?"

Sung Yeol amat yakin pasti ada sesuatu yang telah menimpa gadis kesayangannya ini.

"You're lucky Lee Sung Yeol but you never realised it."

Mereka berdua berada pada posisi duduk. Sung Yeol semakin penasaran.

"Yes, I am lucky to have you."

"No, it's not that. You've omma but you never appreciate her."

"What do you mean?! My omma is died."

Sung Yeol semakin tak senang duduk. Gadis dihadapannya ini seperti telah bertukar menjadi orang lain.

"Yes, I know but you've another omma right? You've two omma Lee Sung Yeol."

Suara Sung Bi masih tenang walaupun dalamannya sudah bergetar seribu kali seperti mahu tercabut sahaja tulang rangkanya. Ketakutannya hanya dia dan Tuhan yang tahu.

"She is not my mom!"

Bentak Sung Yeol. Bagaimana pula Sung Bi boleh mengetahui hal ini? Adakah wanita itu benar-benar berjumpa dengannya? Apa yang telah mereka bicarakan? Perasaan marah dan benci semakin membuak-buak pada wanita itu.

"Yoo Jung Soo is your mom!" Tegas Sung Bi.

"Kim Seul Bi shut up! You don't know anything!"

Mereka telah bertukar pada posisi berdiri.

"No! You are the one who don't know anything Lee Sung Yeol!"

Sung Bi menahan air matanya. Bukan niatnya untuk mereka bertelagah. Bukan niatnya untuk merosakkan hari mereka. Bukan niatnya untuk membentak pemuda ini. Tetapi demi menyedarkannya dia rela lakukan apa sahaja.

"Listen here!"

Sung Bi mengeluarkan sesuatu dari begnya. Sampul besar bewarna coklat.

"Your mom, Mrs. Yoo Ji Yeol, can't pregnant. Dia mandul. Then, your parents decided to ask doctor how can they got their own biological child. Nak tahu doktor itu ada suggest apa? Anak tabung uji atau anak dalam rahim perempuan lain. Of course she can't do the first option. So, her lovely cousin, Miss Yoo Jung Soo willing to help her since they saved her life. Awak tahu tak? Awak hidup dalam rahim dia selama 9 bulan? Your dad's sperm and your mom's ovum growing inside her tummy. Dia yang rasa semua kesakitan dari mengandungkan kamu sehingga melahirkan kamu. You're her child too."

Can You Save Me?Where stories live. Discover now