Bab 21

258 26 0
                                    

GOSH BAD SO 대박 !!! 인피니트 화이팅

___________________________________

MAYA menelefon Seulbi untuk mengajaknya ke Pesta Air. Maya berasa aneh dengan tingkah laku Seulbi beberapa hari kebelakangan ini. Seulbi juga seperti tidak mahu berkongsi cerita. Jadi sebagai seorang sahabat dia ingin mengembirakan kawannya itu.

Seulbi mula-mula tidak mahu pergi kerana tidak mahu bertembung dengan lelaki-lelaki itu tetapi setelah penat mendengar pujuk rayu dari Maya, dia akhirnya pergi juga. Mereka semua berjumpa Cheonggyechon Stream (Ejaan kurang pasti).

Sunggyu terlalu teruja dan menyuruh Seulbi untuk cepat bersiap dan membawa beberapa peralatan yang penting seperti baju hujan, pistol air dan sebagainya.

Pesta Air biasanya akan diraikan sebelum musim panas berakhir. Sambutannya amat menggalakkan setiap tahun, terutamanya kanak-kanak. Tidak kurang juga yang remaja kerana mereka dapat mengimbas kembali zaman kanak-kanak mereka.

Sebelum itu mereka bertemu di Kafe Yangjaecheon untuk menikmati minum petang sebelum memulakan perang air. Mereka semua bergelak ketawa mendengar cerita daripada Woohyun dan Hoya kecuali Seulbi yang lemas di dunia lain.

Woohyun yang duduk disebelahnya perasan tentang itu. Jadi dia cuba untuk menceriakan gadis molek itu. "Cake or ice cream?" Woohyun bertanya pada Seulbi.

Seulbi tersenyum. Mamat ni tahu-tahu saja nak menaikkan semangatnya. "Geez you know that I like ice cream." balas Seulbi. Woohyun terdiam. Dia perasan sesuatu yang aneh sedang berlaku.

"Not chocolate." Tambah Seulbi. Woohyun memandang Seulbi pelik. "Kenapa?" tanya Seulbi. Woohyun hanya menggeleng dan tersenyum. "Anything for you."

Selepas menikmati minum petang itu, mereka mula bergerak ke Cheonggyecheon Stream. Ramai orang sudah berkumpul dan bersedia untuk Pesta Air. Jam menunjukkan lagi 5 minit lagi sebelum perang bermula. Mereka terus memakai baju hujan yang dibawa dan mengisi pistol dengan air.

3... 2... 1... MULA!!!

Woohyun terus menyasarkan pistolnya ke arah Seulbi. Seulbi yang terkejut terus menembak Woohyun dan mereka berkejaran. Yang lain juga menikmati pesta tersebut. Akhirnya, Seulbi tersenyum riang.

RAMBUT mereka yang basah dek kerana kena tembakan tadi dilap sehingga kering. Myungsoo dan Hoya menawarkan diri untuk membeli kopi di kafe berdekatan. Kata Sunggyu, untuk mengelakkan daripada demam. Memang seorang abang yang prihatin!

Yang lain hanya berborak-borak menunggu kopi tiba. Seulbi dan Sungyeol diam membisu. Dek kerana tidak selesa dengan keadaan itu, Seulbi berjalan-jalan. Sungyeol memerhatinya dari tadi. Lalu dia mengikuti Seulbi dari belakang.

Angin malam yang menampar tubuh Seulbi membuatkan dia kesejukan. Lupa pula dia hendak memakai jaket yang dibawanya tadi. Tiba-tiba ada kain panas (selendang yang untuk menghangatkan badan) tersarung di bahunya. Dia menoleh ke belakang.

Lee Sungyeol.

"Kopi dah sampai." Cuma ayat itu yang keluar dari mulutnya dan berlalu pergi. Seulbi tersenyum dan membontotinya. Entah mengapa ada perasaan bahagia menjalar ketika itu.

Sebelum pulang mereka makan malam bersama dan berkongsi cerita tentang petang itu. Myungsoo menunjukkan gambar-gambar yang sempat ditangkapnya tadi. Banyak juga muka derp mereka yang sempat diambilnya tadi. Hahaha.

NAM WOO HYUN pergi berjumpa dengan Kim Sung Gyu pada pagi itu. Kedatangannya amat mengejutkan SungGyu. Biasanya WooHyun akan menelefonnya dulu.

"Ada apa awal-awal pagi sudah terpacak dalam pejabat? Rindu eh?" SungGyu cuba bergurau dengannya. Malangnya, WooHyun amat serius ketika itu. SungGyu mengesan perbalahan bakal berlaku nanti.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now