Bab 33

240 26 2
                                    

"JOM!"

SungYeol menarik pergelangan tangan Seul Bi. SeulBi yang sedang mengelamun tersedar dari lamunannya yang panjang.

"Uh..."

Mereka berada di dalam barisan, menunggu untuk memasuki rumah hantu tersebut. SeulBi menundukkan mukanya kerana orang disekeliling mula bercakap-cakap tentang mereka. To be exact... tentang pewaris Kumpulan Sevit, Lee SungYeol.

Siapa yang tak kenal pemuda itu? Keluarganya memiliki Tabika Sevit, Sekolah Rendah Sevit, Sekolah Menengah Rendah Sevit, Sekolah Tinggi Sevit, Universiti Sevit dan juga Hospital Sevit. Baru-baru ini mereka akan mentandatangani sebuah projek besar iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sevit.

"Kamu kenapa?" SungYeol bertanya kerana melihat keadaan SeulBi yang seperti kurang selesa itu.

"Uh, tak.. takde apa-apa." Seul Bi membalas gugup sambil mengelak memandang ke anak mata lelaki itu.

SungYeol tidak percaya dengan jawapan yang diberi gadis itu. Dia tahu yang SeulBi sedang menipu. SungYeol memerhati sekeliling. Barulah dia perasan yang ramai orang sedang bercakap tentang mereka terutamanya dia. SungYeol mengeluh kecil.

"Dipersilakan masuk."

"BWAHAHAHAHAHA!"

SeulBi tergelak besar sehingga matanya mengeluarkan air mata dan perutnya sakit disebabkan terlalu banyak gelak.

"Omma! Omma!" Dia mengejek SungYeol.

SungYeol yang menahan malu terus menarik SeulBi dan mereka berdiri di bawah sebuah pokok, jauh dari orang ramai.

"Dah habis gelak?" SungYeol bertanya, ada nada yang tidak disedap didengari keluar dari bibirnya.

"Uh.. hahaha... belum!" SeulBi mengacahnya lagi.

"Kim..." SungYeol berjalan selangkah ke hadapan.

SeulBi terdiam. Rasanya mereka terlalu dekat. Jantung SeulBi memainkan irama yang begitu rancak sekali. Dia mengambil satu langkah ke belakang.

"...Seul..."

Satu langkah ke hadapan.

Satu langkah ke belakang.

"...Bi."

Satu langkah ke hadapan.

Satu langkah ke belakang dan ooops! I'm trapped! Badan SeulBi tidak dapat bergerak ke belakang lagi kerana ada pokok yang menghalangnya. Sungyeol menghalang laluan kiri dan kanan SeulBi dengan meletakkan tangannya pada pokok itu. SeulBi membersihkan tekaknya dan matanya membuntang. Dia dapat merasakan nafas hangat milik SungYeol semakin mendekati telinganya. Dia memejamkan matanya. Mungkinkah SungYeol akan...

Akan...

Akan...

"Booooooo!" SungYeol menjerit ditelinga SeulBi. SeulBi terus menutup telinganya kerana sakit mendengar pekikan yang kuat itu. Kali ini SungYeol pula yang gelak terbahak-bahak. Nampkanya dia cuma ingin membalas dendam. Tak guna punya Lee Sung Yeol!

Setelah itu SungYeol menarik tangan SeulBi ke sebuah tempat kerana dia tahu si cilik ini sedang merajuk. Mereka berhenti di hadapan kedai yang menjual topeng. SeulBi membeli topeng berwarna biru yang dihiasi jalur emas dan bulu pelepah. Manakala SungYeol membeli jenis yang sama tetapi berwarna putih. SeulBi mengeluarkan telefonnya, "Oppa let's selca! Say kimchi..."

Klik.

Mereka tersenyum dengan gambar yang mereka ambil. Pelbagai jenis mimik muka yang mereka buat. Yang paling kelakar SungYeol membuat muka burung hantunya. Serius jadi!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now